Assalamualaikum…
Maaf dipohon (walau raya belum lagi) kerana hampir seminggu shida tak update blog….mungkin ini disebabkan penyakit M yang melanda diri shida untuk update blog dan kerja yang menimbun banyak sebelum bercuti selama 3Hari 2Malam di Kuala Lumpur Bersama Blogger..bukan program besar-besar yang dirancang…hanyalah pertemuan biasa pada permulaan nya…Shida dan Ina Lesung Batu plan nak turun KL untuk bertemu pemilik blog Sunah Suka Sakura dot com…tetapi alang2 dah berada di KL apa salah nya bertemu dengan teman blogger yang lain…
22 Julai….Terminal Bas Sepadu di Bandar Tasik Selatan menjadi saksi pertemuan antara shida, shida dan Sunah….waaaaaaaaaaaaaaah comel dan ayu orang nya…lemah lembut plak tu…
Alhmdlah 23 Julai 2011 Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cerakah merupakan tarikh dan lokasi yang tak mungkin kami semua lupa..kerana pada hari tersebut merupakan detik pertemuan pertama antara kami..shida agak berdebar jugak untuk bertemu Sunah, Suhaili Sarif (Pearl Jade), Along Usop, Aima MO, Iffah Miss Ran dan Rozuan Pak Cik Biola..Ini adalah pertemuan pertama shida dengan mereka…Ina, Kirin, Dek Nasz, Ady dan Nadh sememangnya Shida dah biasa jumpa mereka…
Kami semua berkumpul di Bukit Cerakah, kebetulan Ady dan Gaven habis awal Adventure Challenger Rexona Men dan rezeki kami apabila Zul Fikar kol Along Usop ajak kami sarapan di rumahnya…rezeki sapa nak tolak kan…dah kenyang…dah borak2 dan bergambar..kami mintak izin untuk beredar kerana nak pergi suprise Atiq di Gathering SB kat Extreme Park Shah Alam….sori ye atiq akak dan lain2 tak boleh lama kat event SB..insyaAllah nanti kita jumpa yer..
Bukit Cerakah dah…Makan free dah…Jumpa Atiq dan blogger lain di Gath SB pun dah….seterusnya kami nak cari port untuk lepak2 (jangan tak percaya viva muat 6 orang) hahahhaa…plan awal nak lepak di taman metropolitan…tp cuaca tak mengizinkan so kami ambil keputusan pergi Mid Valley…sebelum tu masuk UM jalan2 cari makan…..apa yang best nya makan di UM tunggu entry selepas ini ok…
MidValley kami lepak2 di Popeye…temankan Along Usop, Rozuan dan Encik Hisham makan…Kirin tak nak makan…diet ke dak gemok…eh eh dia bukan diet tapi dia nak makan nasi..huhuhu..kecian kirin x makan….berakhir lah pertemuan kami pada 23 Julai di Mid Valley…
Oppps bukan bererti kami tak jumpa keesokan harinya….dah nama pun 3hari 2malam kan…ini baru 2 hari…hari ke3 tunggu entry seterusnya……bye
psssst : terpaksa jugak update walau busy tak mau cerita nie basi…ini pun dah hampir2 basi kan…..mcm tak percaya je dapat jumpa blogger yang kebanyakan dotcom nie