Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, December 2, 2012

TAHNIAH: Izyan (Masterchef Malaysia-2) dan Team Harimau Malaya (AFF-Suzuki)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH….kakakecik ucapkan kepada Izyan Hani kerana bergelar Juara Masterchef Malaysia Musim Kedua..memang dah awal episod masterchef musim kedua kakakecik dah nampak aura Izyan untuk menjadi juara…malam tadi terbukti Izyan telah bergelar JUARA MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KEDUA..Dengan kemenangan ini, Izyan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.00 berserta trofi dan hadiah peralatan memasak Panasonic.
Izyan
Tahniah sekali lagi untuk Izyan…walaupun Izyan kadangkala nampak tidak berkeyakinan..risau lebih..dengan aksi muka nya dan kata-kata nya..sampaikan mak kakakecik kata lawak jugak Izyan nie…tapi Izyan pernah digelar Ensiklopedia Masakan oleh rakan peserta lain di awal episod, mana tak nya dia berjaya mengenali semua bahan masakan semasa ujian penyingkiran (kalau tak silap la, ingat2 lupa kakakecik episod ke berapa). Izyan, x perlu la ye lepas ni menggelarkan diri anda ‘Tukang Masak’ sebab anda sudah pun menjadi Juara Masterchef…

aff cup
TAHNIAH jugak kepada Team Harimau Malaya kerana berjaya membaham Garuda dengan 2-0 sekaligus melayakkan Malaysia ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki…walapun pada awal permainan Indonesia lebih menguasai padang dan beberapa kali berjaya menembusi benteng pertahanan negara. Agak terkilan sebab tak dapat melihat sendiri aksi jaringan pada minit 27 dan 30 itu, almaklum la dengar kat radio je, time nie otw balik dari Perak..dengan ujan yang renyai2…drive pun kena hati2. Nasib baik dapat kawal stereng masa goaaaaaaaaaaaaaaal..separuh masa kedua dapat la tengok sebelum tengok masterchef…


pssst : malam tadi agak frust sebab x dapat tengok finalis masterchef masak di dapur..huhu…along nampak kemas je malam tadi…kepada along, ah hong, etiqa dan semua pserta masterchef jangan berhenti memasak yer…kepada harimau malaya lakukan yang terbaik perlawanan menentang Thailand

4 comments:

kiera'sakura said... [Reply]

baru sekali ritu kira tgk masterchef nie tue pun ulangan. tup tup laaa dah abis????

Areef Ibn Naim said... [Reply]

masa last 4 org tu sy pilih izyan gak... tp masa ada undian kt page masterchef tu mula sy pilih izyan, then sy pilih etiqa... sbb masa tu, undi along mendahului lbh sikit dr etiqa... so, sy undi etiqa sbb sy tknak along menang, hehehe...

izyan dpt teka betul masa teka jenis2 kacang...

sy pun tgk bola kat kedai makan... kebetulan ada gathering ngan kwn2... masterchef final tk tgk lg, huhuhu... tp dok baca berderet2 komen org tk puas hati pasal final tu...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura alahai kecian nya..akak boleh dikatakan setiap episod tengok xpernah miss hehe

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Areef Ibn Naim

izyan mmg ada skill dia kan..suka dia...eh awak ingat ek dia dapat teka apa yang betul semua tu..shda dah terlupa..thanks bagitau...

memang xpuas hati pun awak sebab xdapat tengok dorang masak dari larik daripada format asal masterchef