Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, February 28, 2012

Jom Memasak : Kek Karamel 3 in 1


7

Assalamualaikum dan salam sejahtera…alhamdulillah malam tadi kakakecik buat lagi kek karamel untuk kali ke 5 tetapi ini adalah hasil kek karamel ke 6 dan 7…rajin tak kakakecik buat 2 biji kek sekali…rajin rajin kan…cepat puji kakakecik rajin….ceeeeeh tak malu punya orang kan kakakecik nie…ok jangan nak perasan lebih ye…sebenarnya kakakecik buat 2 biji sekali nie nak jimat masa, 1 biji untuk mak nyang imah yang tempah sekian lama..dah 2kali kot dia dok tanya…kek dia bila nak..hahaha…1 biji lagi tu untuk makan2 di rumah la kan…nanti terliur plak mak ayah n adik di rumah tu…

Untuk sekian kali ini kakakecik cuba buat perasa coklat, strawberry n oren…kalau tak asyik-asyik  nak wat perasa pandan oren je kan…apa kata kali nie kita letak color yang agak menarik. 2-2 biji buat perasa yang sama je..senang dan memudahkan kerja…xperlu basuh bekas banyak kan….lagi satu malam tadi kakakecik gedik gatal tangan lebih…dok p lorek2 atas nya..dah le masa letak adunan tu comot dah..cer tengok gambar tu…kan comot rupa nya…
2

Apapun tak kisah la kan…resepi masih sama macam yang sebelum ini…apa malas nak g sana…ok ok kakakecik share jugak di sini ye…jangan merajuk ok..jom kita semak resepi nya…

KEK KARAMEL
Bahan bahan:
GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
** taburkan gula pasir dalam loyang . Jadikan gulakan gula hangus.Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pade loyang
Bahagian atas ( karamel )1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
** Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau dengan perlahan dan sebati, jangan sampai berbuih. Ketepikan

Lapisan kek (A)140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak
** campurkan air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih, dan masukkan gula..pukul lagi hingga kembang
** Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit, pukul lagi hingga sebati
** Ketepikan

Meringue (B)
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim tartar
**Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi, masukkan cream of tartar dan pukul hingga kembang dan apabila diterbalikkan bekas, telur tidak akan jatuh)
Campurkan A dan B..KACAU DENGAN TANGAN (senduk kayu atau plastik...SPATULA)..kaedah kaup balikapabila sudah sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna yang disukai atau campurkan dengan perisa yang disukai. (kakakecik bahagikan kepada 3 adunan, satu pewarna oren + perisa orange, 1 bahagian pink+merah dan perisa strawbery dan 1 bahagian lagi kakakecik tambahkan serbuk koko + choc emulco)
  1. Tapis dan masukkan karamel dalam loyang gula hangus (loyang saiz 8” atau 9”)
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan secara berselang seli..kakakecik mulakan dengan 2senduk warna pink ditengah-tengah loyang, kemudian masukkan 2 senduk adunan coklat di atas adunan pink dan 1 senduk perasa oren di atas perasa coklat..dan begitu la seterusnya diselang seli sehingga adunan habis)
  3. Panaskan oven selama 10 minit
  4. 45 minit pertama guna api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pada suhu 180 darjah
  5. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.
  6. Setelah masak biarkan 10-15minit, kek akan perlahan-lahan merenggang dari tepi loyang dan terbalikkan kek akan keluar dengan sendirinya dari loyang
  7. Sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam dalam peti ais sebelum dipotong
 
Selamat mencuba

 3 kek yang tak dapat dipotong….tempahan dari mak nyang imah
 5
daripada loyang 4 segi untuk makan-makan sekeluarga…cantik kan color dia…sedaaaaaap nya makan sejuk-sejuk bila baru bawak kuar dr peti ais..malam tadi sanggup letak kek ni bahagian beku tau..sebab nak makan cepat hahahaa…teruk tak perangai kakakecik..oppps nie adik pikah yang suruh buat mcm tu..kakakecik ikut je kata adik…


pssst : kek karamel ku ini akan langkah laut sekejap lagi…

Monday, February 27, 2012

Jom Memasak : Ayam Masak Pedas, Apabila TERPIKAT Anak Teruna Memasak

 

Assalamualaikum….dan selamat petang di suasana suram mendung suam2 kuku…

 

Anak Teruna mana plak masak ayam masak pedas nie sampaikan kakakecik telah terpikat dengannya…HAHHAHAHA..

Tengahari semalam kakakecik telah terpikat dengan masakan anak teruna KL yang simple tetapi menyelerakan…kakakecik orang 1st kot komen bila Ady upload gambar di FB nya….dengan muka tak malu nya tanya Ady Budika… “erm......ayam tu epol goreng dulu kan...pastu sambal tu guna cabai besar n cmpur cabai melaka skit kan” …bertuah punya abang.. “shida.. biaq epul jawab.. ady tak tengok sgt dia masak tadi..ehhehe”

 

Terpaksa la kakakecik menunggu Epol sedang menikmati nasi + ayam masak pedas di depan TV hingga habis…15 minit jugak la menunggu di gambar ini…jamu mata je la…

Akhirnya epol memberi respon tentang ayam masak pedas nie…

epol

YES YES YES…memang boleh buat la dari apa yang epol bagitau nie…mungkin kakakecik akan tambah sedikit apa yang perlu…jom tengok ayam masak pedas versi kakakecik pula..kakakecik buat pagi tadi (kebetulan ada stok ayam di rumah)

DSCN8115

Bahan-bahan :

4-5 ketul ayam yang telah dipotong dan dibersihkan**

Garam dan serbuk kunyit ** (gaul dan perap sekejap)

1 keping asam gelugur

Garam secukup rasa

1/2 cawan air

Bawang besar yang dipotong melintang

 

Bahan kisar:

Cili besar + cili padi (kuantiti bergantung kepada citarasa masing-masing) – kakakecik guna 5 bj cili padi + 3 biji cili besar

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 cm halia

 

Cara-caranya :

  1. Goreng ayam yang telah digaramkunyit sehingga keperangan - Ketepikan
  2. Panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan kisar, masukan garam secukup rasa, asam gelugur dan air.
  3. Kacau hingga masak dan pekat.
  4. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong melintang biarkan ia sedikit kecut dan masukkan ayam goreng.
  5. Sedia dihidang dengan nasi panas…Selamat Mencuba

 

pssst : sekarang ni ramai anak teruna bujang yang pandai memasak…anak dara tak tercabar ke..thanks epol…ayam nie ala2 ayam penyet gitu…esok2 nak mencuba ayam burma CMG plak

Sunday, February 26, 2012

Cuba Teka…LAKSA Johor, Kelantan or Kedah?

 

Assalamualaikum… masih sempat lagi kakakecik nak update CNQ nie… sapa di antara pembaca nie yang penggemar laksa..tak kira la laksa utara ke.laksa kedah ke..laksa penang ke…janji nama nya laksa…jumaat lepas mak pesan suruh buat laksa, kebetulan pucuk putat yang ayah ambil di bendang (sawah) banyak plak..so tak nak membazir mak mintak buat laksa…mak dah bagi duit kat sepupu untuk beli ikan selayang semua sebelum mak pergi kursus haji mingguan…yang nak kena masak semua nie mesti la kakakecik kan…tak kisah la…suka je masak di hari cuti-cuti nie…

 

Kakakecik start masuk dapur pukul 11 pagi…sediakan bahan utk membuat laksa dan jugak lauk pauk utk makan tengahari…tetiba bila mak balik je dari kursus haji..mak tanya “kuah buat 1 jenis je ke” kakakecik pun jawab cepat je “ a;a mak buat 1 jenis je..malas nak buat 2 jenis”.. Mesti ada yang tanya kan..apa yang kuah laksa sampai 2 jenis nie…

laksa

Ok kalau nak tahu kat umah kakakecik nie lebih menggemari laksa kuah lemak..bukan macam kuah laksa kelantan tu….nie ala2 kuah laksa johor…sebab apa kakakecik kata macam kuah laksa johor…sebab dia letak serbuk kari dan santan…macam gambar di atas tu…kakakecik sendiri pun tatau nak panggil apa laksa nie..yang pasti kami semua panggil LAKSA KUAH LEMAK

 

pssssssst : ady budika pun suka tau laksa nie,sepupu2 kakakecik tu tak upaya la nak gtau…memang dorang suka je apa yang kami sekeluarga masak

Tuesday, February 21, 2012

uweeeeeeeeeeeeeeek…hilang selera…

 

Uweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeek nak termuntah…

 

Serius kakakecik tengah meloya nie….rasa nak termuntah ye semua…kepala dah pening2…adoooooooooooooooooiiiii memang hilang selera habis dah nie…

 

(opppps jgn salah paham yer…)

 

Tengahari tadi kakakecik ada beli nasi goreng paprik seafood (dah le rasa tak de paprik langsung) kat 1 kedai makan nie…makan lewat skit dlm kul 4++ . So makan pun dengan lengah2 sebab dok chat kat gmail… (tapi xde plak cite dengan dia kes nie)..Nak tahu tak kenapa yang kakakecik nak termuntah dan hilang selera makan…tengok la gambar bawah tu…apa yang korang nampak..

 

DSCN8054

Agak-agak korang binatang apa la ye…..td dia dok elok je dlm sotong tu…kakakecik kuarkan ia sedikit….ok lah tak nak usha lama2…nak termuntah…kalau kakakecik makan kat situ..sah sah bagi balik nie….ini bungkus…kira kakakecik kena bungkus je la nasi tu masukkan dlm tong sampah..uwaaaa..rugi udang 2 ekor yang x makan lagi…sotong ada lagi 3 ketul…

 

pssst : lepas nie memang x pegi dah kedai makan tu…(kedai makan terpaksa dirahsiakan)..

p/s : alamak kawan kakakecik mintak didedahkan nama kedai nie la….erm nama kedai nie tak sure…tapi kedai dia kat dengan simpang 3, Titi Haji Idris, Jalan Pendang-Langgar..betul2 dengan trafic light tu

Sunday, February 19, 2012

Hari Jumaat Hari Memasak Hari Mewah Makanan

Assalamualaikum…

Jumaat : Penghulu segala hari

Jumaat : Hari cuti bagi negeri Kedah

Jumaat : Hari kakakecik akan masak sesuka hati di dapur

Jumaat yang lepas merupakan hari yang agak mewah dengan makanan bagi keluarga kakakecik…kakakecik macam biasa la ada je nak masak itu ini…jika malam sebelum kakakecik buat kek yang menakutkan tapi menyelerakan…dan pada malam itu juga satu-satu kakak kakakecik meminta kakakecik buat laksam… memandangkan kak ja sedang mengandung…tak sampai hati kakakecik nak menolak permintaan nya…lagipun kakakecik sendiri dah lama tak buat laksam…

Pukul 9 pagi dah kerah abg mie…abg ipar merangkap suami kak ja pergi beli ikan selayang, tepung dll keperluan utk membuat laksam serta kuahnya…dah siap dia beli..kerah pulak kopek kulit kelapa yang kakakecik x mampu nak asingkan antara kulit dan tempurung nya..dah alang2 kopek tu mesin la siap2 yang abg ipar ku…untuk isterimu jugak…

laksam

laksam yang mengidam makan tak banyak mana pun…

  

Di petang jumaat itu jugak mak dengan rajin serajin rajinnya….membalut ketupat…saja untuk makan-makan agih2 kepada sedara terdekat..kebetulan kat kebun banyak daun palas…beras pulut kenduri akikah Sorfina masih ada lagi baki nya… untuk kali nie mak buat 2 jenis..pulut hitam dan pulut biasa….kakakecik tak makan pulut hitam (bukan takut gelap kulit nie)

ktupatketupat daun palas…1st time masak teknik mengukus

 DSCN8048sebahagian ketupat untuk diagih / diberikan kepada sedara2 terdekat

 

Tak sedap la kan kalau makan ketupat tanpa ada pencicah nya…kakakecik yang sememangnya rajin nie buat la serunding ikan bilis…

srndingSerunding ikan bilis…bukan rendang yer….kami sekeluarga suka serunding ikan bilis basah2

 

Alhamdulillah akhirnya kami sekeluarga dapat menjamu sedara terdekat dengan laksam, kek dan ketupat…mana yang tak datang rumah, mak hantar ketupat ke rumah. Moga-mogaan kami sekeluarga dilimpah rezeki olehNYa…

  

 

pssst : mak ngah siap tanya birthday sapa plak nie..bila kakakecik kol jemput mai makan di rumah…

Senyum Bahagia Akhirnya

 

Setiap insan mempunyai hati…

Sekeping hati itu lah yang akan dicuri..

Sekeping hati itu juga lah yang perlu dijaga…

Ada hati mudah dicuri…

Ada hati yang sukar dicuri…

TETAPI…

Biar lah susah untuk mencuri hati tersebut…

Pabila sukar untuk mendapatkannya..

Kita akan tambatnya dengan ikatan yang sekuat2nya..

Sebolehnya kita akan sentiasa menjaganya..

menjaga sebaik-baiknya…

seperti mana menjaga hati kita sendiri..

tidak mahu dicalar atau disakiti…

apatah lagi untuk kehilangan sekeping hati yang akan menjadi pasangan hati kita yang satu itu…

Semoga sekeping hati yang dicuri itu

akan membuatkan pencuri dan pemilik hati senyum bahagia di akhirnya…

Dengan harapan 2 hati menjadi 1 untuk selama-lamanya…

 

 

pssst :#jiwangsesaat…

Jom Memasak : Kek Batik Arora

Assalamualaikum….kakakecik rasa bersalah le plak, kecian dekat kawan2 di Fb terutamanya Kak D dan  Lydia Miza sebab kakakecik dok post gamba makan-makan…maaf ye kak D dan Lydia Miza. Biasa la dah 2 hari cuti ada je la yang kakakecik masak. Sampaikan malam jumaat…kakakecik buat kek batik arora yang resepi panas2 dari CMG, kena perli dengan Pak Su… “rajin sungguh la anak menakan sorang nie..tapi xde jugak orang datang *****” oppps cheq masak nie bukan utk orang datang teeeeeeeeet…saja nak wat makan2…kira untung la kan paksu semua dapat gak makan. HAHAHHAHAHA…

 

Ok la, petang khamis tu CMG telah up entry kek…KEK BATIK ARORA…warna nya memang menarik sangat…bila kakakecik belek2 dia punya resepi…semua bahan ada..kecuali butter..so, selepas habis kerja…singgah pasaraya beli butter, tepung kek, pewarna tambahan…Kat rumah plak cari bekas loyang lubang tengah..dah lama x buat kek berlubang tengah..tapi adik pikah x suka…sebab dia x suka makan kek yang tepi2…kakakecik dan adik ilah suka makan bahagian tepi…

 

Memang betul kata CMG kek batik arora yang warna warni nie mampu memikat hati kanak-kanak…Di malam kejadian, si aisya yang sudah tidur sebab demam terjaga bila ibu, achik, achu dan tok su nya sedang menikmati kek batik arora..terus ngap kek…2 keping jugak aisya nak..si adib anak mak su pun dah makan nak lagi…Esok nya pun aisya masih mintak kek batik arora itu…seronok tengok aisya makan walau warna yang Ateh dia buat agak menakutkan hehehhee..

kek

warna agak menakut dan menggerunkan tidak menggentarkan aisya untuk makan

 

Jom kita semak resepi yang kakakecik dapat kat blog DTS

BAHAN-BAHANNYA :

  • 250 gram mentega
  • 100 gram gula kastor
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 250 gram tepung gandum* (kakakecik guna tepung kek)
  • 2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak) – tak guna sebab guna tepung kek
  • 6 biji telur gred A
  • 1 camca teh ovallate
  • 5 jenis perisa pilihan anda (ikut pilihan mat gebu seperti di bawah)
  • Pewarna oren = perisa oren
  • Pewarna merah = perisa stoberi
  • Pewarna violet/ungu = perisa blueberry
  • Pewarna coklat = perisa coklat emulco
  • Pewarna hijau = perisa pandan paste

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bund-pant berlubang tengah dengan mentega dan tabur dengan tepung gandum rata2 dan ketuk keluar lebihannya. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati. Tambah telur satu persatu sambil diputar hingga kembang. Jarak masa untuk setiap satu biji ialah satu minit.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata. Atau anda boleh gaul adunan tadi dengan spatula sambil menambah tepung sedikit demi sedikit. gaul hingga rata.
  4. Bagi adunan tadi pada 5 bahagian sama banyak dan bagi setiap bahagian dengan perisa yang anda gemari dan warna yang anda suka. Kacau rata dan isi setiap adunan dalam plastik bersih yang tidak bocor.
  5. Ambil satu bahagian gunting bucu plastik tadi, dan paipkan satu lingkaran pada dasar tin (jika anda guna tin kek berlubang tengah). Kemudian paip kan satu lingkaran, kali ini guna perisa lain pulak. Lakukan kaedah sama secara berselang-seli dengan perisa berlainan hingga siap. (kakakecik malas nak masuk dalam plastik..so sudu2kan je tu yang x cantik susunan color dia)
  6. Bakar dalan oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sekejap dan boleh keluarkan dari tin. Biar sejuk sepenuhnya atas jaringan. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan (1st time ayak gula aising sbg hiasan : mak tanya wat apa tu). Hidangkan...

 

Selamat Mencuba

 

pssssst : mak su siap mintak separuh kek tu utk bawak balik umahnya….kek batik arora salah 1 kek pilihan kakakecik…

Bye Bye Kedah….

 

 

Bye Bye Kedah

Bye Bye semua family di Kedah

Bye Bye Tok, Bye Bye Wan

Bye Bye ATeh, Mam Chu, ALang

Bye Bye Kak iera, kak aisya

Sorfina da balik Ipoh…Sorfina kan IPOH MALI

 DSC05158

Selepas 1 bulan 15 hari Sorfina berada  di Kedah…

Kak Aisya pun dah rindu sorfina…asyik2 dok “LA ILAHA ILLALLAH LA ILAHA ILLALLAH”

 

DSC05161 Ainur Sorfina : 18 Feb. 2011

 

Ibu Sorfina pun dah janji 2 minggu lagi nak balik Kedah semula..

tapi Jumaat nie, insyaAllah Ateh, Mama Chu, Tok n Wan ke Ipoh…

 

psttt : dah x boleh lagi cuit2 pipi sorfina n panggil nama nyer….

Thursday, February 16, 2012

MANDI BUNGA…Perlu Ke?

 

Assalamualaikum……

 

MANDI BUNGA…pernah tak korang mandi bunga? Perlu ke mandi bunga untuk seseorang terutama anak gadis / dara  / wanita yang akan mendiri rumahtangga… Selalunya bagi perempuan yang lambat berkahwin, usia makin meningkat…ada saja suara di luar sana mengesyorkan supaya mandi bunga…bukan saja mengesyorkan….malahan kadang-kadang masih ramai orang tua-tua yang memaksa anak dara untuk mandi bunga.

 

Kenapa yer masyarakat kita masih terikat dengan mandi bunga? Apa keistimewaan, kelebihan mandi bunga ini ?

 

Ada pendapat yang mengatakan mandi bunga untuk menaik kan seri wajah, oooh kalau macam tu bila dah mandi bunga…muka kita nie akan berseri-seri la yer orang pandang…ramai la yang berkenan dan akan masuk meminang..macam tu pun boleh erk?  Tapi pasal untuk membuang sial, mengurangkan dan merawat penyakit berpunca daripada sihir dan makhlus halus macam mana pula…sapa nak jawab tu…

 

Persoalannya ?

Apakah hukumnya jika si anak tidak mahu melakukan mandi bunga dan menyebabkan kemarahan kedua ibu bapanya yang niat mereka hanya untuk kebaikan anak mereka?

  • Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak diiktikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja.
  • Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Baginda.
  • Ianya hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan.
  • Bagi kes di atas, seseorang itu dipaksa mandi air bunga kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian sedangkan ibunya memaksa ia berbuat demikian. Yang terlibat hendaklah berbuat demikian jika difikirkan kemudaratan tidak berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia mandi air bunga tersebut.
  • Seeloknya perempuan yang terlibat perlu membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah.

-Sumber

Sebenarnya mandi bunga nie adalah untuk mengharumkan badan dan tujuan kebersihan adalah diharuskan tetapi sekiranya mandi bunga itu dikaitkan dengan amalan perbomohan dan jampi serapah yang tidak difahami, maka ia adalah dilarang sama sekali kerana boleh membawa kepada unsur syirik yang merosakkan akidah.Sekiranya mandi bunga dengan menggunakan doa daripada ayat-ayat al-Qur'an, maka ia adalah diharuskan.

 

Antara jenis bunga yang biasa digunakan :

  • Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
  • Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
  • Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
  • Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.
  • Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
  • Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.
  • Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.
  • Limau susu - melembutkan kulit.

pssssst : mandi bunga di malam / hari Selasa…

Monday, February 13, 2012

Jom Memasak : Kek Lapis Tembikai

 DSCN7988

Assalamualaikum…selamat petang

 

Semalam kakakecik dapat panggilan telefon dari seseorang tempah kek lapis tapi tak berbayar…nak FREE..untuk bagi makan-makan kepada tetamu yang datang ke rumahnya esok…kakakecik syorkan kek karamel je..tapi pemanggil tu kalau boleh nak jugak kek lapis….waaaaaaaaaaaaaaaah nasib baik pemanggil tu seorang IBU yang kakakecik panggil MAK….penat macam mana pun di kedai nie…kugagahi jugak melapis malam tadi…selepas mak kol petang semalam…kakakecik terus belek2 resepi kek lapis yang masih kakakecik save kat pc nie…salah satu nya kek lapis tembikai…memang dah lama kakakecik nak buat…lagipun mak nyang imah (adik ipar mak) ada bagi 3 kotak kismis hitam…so, memang sesuai la kan kakakecik buat kek lapis tembikai, kismis tu jadikan biji nya…

 

Memandangkan kek lapis tembikai yang kakakecik (dah lupa dari mana kakakecik dapat resepi nya, myresepi kot) menggunakan sukatan gelas..so terpaksa la mintak tolong pakcik google….Sunah…jika terdapat keyword yang lebih kurang bunyinya “1 gelas tepung bersamaan berapa gram kek lapis tembikai” tu keywords akak la ye (kantoikan diri sendiri)..hehhee….thanks Sunah, akak tambah tolak sukatan gelas Kek Lapis Tembikai Susu kat Selera Sakura

DSCN7991

 

Jom kita semak resepi kek lapis tembikai nie…

 

Bahan-bahan :

10 Biji Telur Gred A

500gm Mentega

1 gelas gula (kakakecik guna 200gm ikut Sunah)

3 gelas tepung (kakakecik guna 450gm rasa nya….tak ingat la dah tua)

1 gelas horlicks (kakakecik guna 100gm)

1/2 tin susu pekat

1 tin kecil sri kaya

1 sudu makan perasa tembikai (xada)

Pewarna merah + strawberry paste

Pewarna Hijau + Pandan paste

Esen Vanilla

Chocolate chip @ kismis hitam secukupnya

 

Cara-cara :

  1. Gula + mentega di pukul hingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul hingga rata.
  4. Masukkan horlicks + perisa tembikai dan pukul lagi.
  5. Masukkan sri kaya + susu dan pukul hingga rata.
  6. Bahagi kepada 3 bahagian :- 1. 3 senduk + pandan paste 2. 2 senduk biar plain 3. selebihnya + pewarna merah
  7. Bakar warna hijau 3 lapis. Kemudian warna plain 2 lapis. Diikuti dengan warna merah.
  8. Chocolate chip @ kismis hitam di masukkan di atas lapisan warna merah.

 

Selamat Mencuba

 

pssst: malam tadi cuba guna oven besaq tu…tapi berasap la…..uwaaaaaaaaaa…last2 guna je oven kecik nak wat bakar kek karamel…rugi 1jam utk melapis kek lapis tembikai nie…ibu yang baru lepas pantang tepat jam 12tgh malam dikejutkan makan kek lapis panas2..

 

** apa yang kakakecik dapat dari pakcik google…1 gelas tepung = 155gm…ada yang kata 1 gelas tu = 1 cawan metrik…ntah betul ke tak tatau la….ada sapa2 yang tau sukatan sebenarnya nie..tolong inform yer

Sunday, February 12, 2012

Jom Memasak : Condensed Milk Pound Marble Cake

DSCN7973

Assalamualaikum…

Ehem ehem speaking plak kakakecik di petang Ahad nie…kalau nak kata kena tempias org LONDON ke tak ada plak…nak buat macam mana dah kakakecik dapat resepi yang diderhaka kan pun nama nya begitu…bak kata CMG kalau di Melayukan jadinya “KEK PAUN SUSU PEKAT” tu yang CMG punya kek la…kalau kakakecik punya kek nie akan jadi “ KEK PAUN MARBLE  SUSU PEKAT” betul ke nie…lain macam je bunyi nya….aaaah senang cite macam nie…kakakecik minggu lepas macam biasa la jalan-jalan tengok entry lama CMG di DTS tu…mana tau ada yang kakakecik berkenan di hati boleh la cuba terai test kan…so, salah satu entry lama CMG yang bertarikh 19 Disember 2010 telah mencuri perhatian kakakecik…copy paste print balik rumah menelaah la resepi tu…

 

Petang semalam masih lagi belek resepi2 yang telah diprint bersama dengan JELITA Feb. 2012 sampai dok kena perli dengan adik..tak habis-habis lagi ke dok belek majalah tu….ermmmmm dok study la…nak buat kek nie…tatau nak buat yang mana satu….memandangkan resepi2 kek yang lain kena guna susu segar/susu cair…kat umah ada skit je tak cukup..susu pekat manis jugak yang banyak…(almaklum la baru lepas kenduri kan)…Elok benar la buat kek yang guna susu pekat nie…tp kakakecik tak mau plain..nak buat oren coklat adik plak tak nak…konon buat kek nie utk jamu sahabat sekolah adik yang datang melawat AINUR SORFINA….tetapi baru kakakecik nak start buat dorang dah sampai..memang tak de rezeki Emy sekeluarga la…sori ye emy…

 

Jom kita semak resepi..apa yang telah diderhakakan oleh kakakecik

DSCN7987 sejujur hati…memang sedap kek nie..tak manis sangat sedap2 makan tak sedar dah 8-10 keping…nyum nyum

 

BAHAN-BAHANNYA :

  • 120 gram mentega
  • 120 gram tepung kek (kakakecik guna tepung gandum)*
  • 3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 45 gram gula halus – ketepikan 1 sudu
  • 2 biji telur gred A
  • Secubit garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 sudu serbuk koko**
  • 1 sudu air panas** (bancuh bersama)
  • choco emulco
  • cream of tartar

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek berukuran 6 inci x 6 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan esen vanilla dan garam, putar hingga gebu. Tuang susu pekat manis dan putar lagi hingga sebati.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata.
  4. Akhir sekali masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga mendapat adunan yang licin, jarak masa antara 1 biji telur ialah 1 minit. Tuang dalam tin tadi dan bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. (Part kakakecik DERHAKA: Asingkan telur kuning dan putih – telur kuning masuk kan satu persatu ke dalam adunan dan terus memutar manakalan untuk putih telur kakakecik buat meringue…pukul putih telur hingga berbuih..masukkan 1 sudu gula dan cream of tartar…pukul sehingga bertanduk. Campurkan adunan telur putih dengan adunan tepung dan kacau dengan menggunakan senduk kaedah kaup balik, Bahagikan adunan kepada 2, 1 plain dan 1 lagi adunan dicampurkan choco emulco, dan bancuhan serbuk koko)
  5. Masukkan adunan dlm loyang mengikut kreativiti…asalkan jadi MARBLE…dan bakar
  6. Uji kek dengan mencucuk lidi sate (kakakecik guna lidi ambik raut dari pokok) dibahagian tengah, jika keluar bersih tandanya kek anda telah masak. Uji kek kira2 5 minit tempoh terakhir masa membakar. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

 

 

psssssst : lepas nie kakakecik kalau nak buat kena buat 4 or 6 biji telur…baru puas makan…

Thursday, February 9, 2012

Warna-Warni Yang Memikat

DSCN7952

kakakecik suka la….suka dengan warna kertas ini….kombinasi warna yang menarik perhatian dan memikat kakakecik…

dapat je tak lepas..mau habis semua kakakecik amik…

cer teka apa benda nie…

apa nak klu!!!

klu : Padang Besar

Jelita Feb. 2012 : Apa yang istimewanya???

Assalamualaikum dan selamat petang…

 

Akhirnya pagi tadi kakakecik dapat pun Majalah Jelita keluaran Feb. 2012..semalam pergi 2 kedai kat Pendang nie takde..dah laris habis stok…waaaah apa yang istimewa sangat keluaran bulan nie yer….tatau la kat dorang…tapi kakakecik nak dapatkan majalah sebab CMG telah digoda oleh JELITA….msa nak beli tadi tak bape yakin je..betul ke nie…dah tu terkoyak plak kulit JELITA tu..cepat2 je kakakecik tanya ada yang lain tak…nasib baik ada yang baru..molek semangat skit kakakecik nak membaca nya…

 

1st sekali kakakecik buka halaman isi kandungan….nak tengok m/s bape bab2 masak nie..malas nak selak 1-1 helai…bila dapat je terus selak m/s 146….waaaaaaaaaah terpampang Kek Batik Horlick Sakura oleh CMG…ada lagi 6 resepi lain dr CMG (kalau nak tau resepi apa, beli la majalah JELITA bulan nie punya) hahhaaa

DSCN7949

 

Selain resepi CMG nie…kakakecik rasa syukur sangat sebab apa yang kakakecik dok cari akhirnya ada dalam JELITA keluaran nie jugak..bahagian masak-memasak jugak tau…KEK PUDING KARAMEL…eh eh bukan ke kakakecik dah biasa buat sebelum nie…memang pun kakakecik dah biasa buat sebelum nie…tapi malam sebelum kenduri akikah Sorfina, kakakecik buat la bagi kakak2 ipar kakakecik makan…so dorang suggest kakakecik buat puding tu tebal..lebih kurang sama dengan tebal kek…YA AMPUN..camne nie…kakakecik kata kalau mcm tu kena tambah kuantiti susu dan telur la…yakin tak yakin sama banyak je…tetapi memang betul pun apa yang Kak Noorsha kongsikan dalam resepi nya di Jelita (m/s140) tak percaya, cer tengok bawah tu….kan kan

 

DSCN7957

 

Lepas nie boleh la cuba buat resepi2 yang ada majalah JELITA nie…Tahniah kepada CMG, Kak Noorsha, Raihanna dan2 blogger lain serta Sunah Sakura coz Kek Batik Horlick Sakura kan idea kamu kepada CMG

 

pssst : arini kakakecik dok belek2 je entry masak memasak kak Noorsha dan Raihanna

Maulidur Rasul : Kenduri Kesyukuran & Akikah Ainur Sorfina

Assalamualaikum…baby Sorfina, maafkan Ateh ye sebab agak terlambat coretkan sekitar Kenduri Kesyukuran dan Akikah pada 05/02/2012, hari Maulidur Rasul 12 R/Awal 1433H..bukan Ateh sengaja tau Sorfina…Ateh banyak keje..ingatkan nak ceritakan semalam n post WW Sorfina berbaju kurung…lappy Ateh plak tak bawak..seingat Ateh gambar2 Sorfina dalam lappy bila arini Ateh nak up pasal Sorfina…cari gambar yang Ateh dah edit takde dalam lappy…uwaaaaaaaaaaaaaaaa… cuak jugak la Ateh….Sorfina nak tau tak sebenarnya kat mana gambar2 Sorfina yang Ateh dah edit tu…dalam pen drive…adoooi nampak sangat Ateh ni dah tua kan…dah lupa…

sorfina

Kenduri Akikah Sorfina nie beserta kan Kenduri Kesyukuran, masak pakat-pakat kami adik beradik..mak ngah la yang bertanggungjawab utk masak-memasak nie…Kambing masak apa ntah, yang tau belacan, bawang merah, bawang putih, halia semua ramas gaul dengan daging kambing…serai ketuk2…lain2 bahan tatau..sebab kakakecik tak makan kambing, ayam masak merah, gulai kari ikan bilis+pisang muda, gulai kari ikan tongkol + timun, ikan kembung goreng dan sambal belacan beserta ulam-ulaman.

P1020049

Sepupu sepapat, adik ipar mak sibuk di dapur…nie sebahagian yang buat kerja dalam rumah..yang memasak di luar tak snap plak gambar dorang…sori ye Mak Ngah, Darling, Kak Hah, Tok Cik dan semua la yang xada dalam gambar nie..

Tak seri rasa nya kenduri akikah jika tak ada marhaban..Majlis Marhaban oleh pihak lelaki dalam pukul 10.30 pagi..awal sebab ada lagi rumah orang lain yang buat akikah jugak.

  mrhban

marhaban  

Bila dah Kak Ja buat hias buaian pagi tu, mak tanya nak buat berendoi ke…kami kata tatau la, saja je buat…mak p panggil Tok CIk ni..bila tok cik mai kat kami, dik ilah tanya tok cik boleh tak berendoi….dia kata boleh je kalau ada kawan-kawan nya…so Majlis Berendoi oleh kumpulan Tok Cik Ni (Nenek Sorfina) dalam pukul 2.30 ptg

  P1020081

berendoi

nyenyak

Sedap je Sorfina masa Nenek dia dan kawan2nya berendoi…bila dorang stop je..dia masa merengek gitu…sekarang pun dok bagi jugak dia dengar. si Ateh nya memang teruja la masa tok cik nak berendoi nie..1st time kot tengok orang berendoi dah tu..JAKUN tatau yang berendoi tu nak bagi baby tido…HHAHAHHAHAHA..buat malu je kan…

P1020086

Baby Ainur Sorfina dan Ibu nya…dengan Ibu Ja, mummy dan mama xde pun bergambar…kami 4 beradik pakai baju warna hitam..dengan Abah dia pun xde jugak

 

psssssst : dah sebulan lebih dah Sorfina..si ibu dok bilang ari je nak lepas pantang..arini dah 41 hari…plan minggu depan nak p perlis…

Jom Memasak : Sambal Bilis, Dek Tergoda dengan CMG

Assalamualaikum…

 

EHem Ehem….tajuk entry boleh bikin gempak nie kakakecik….sejak bila tergoda dengan CMG nie….eh eh korang tatau ke yang dah lama kot kakakecik tergoda dengan CMG…hampir 2 tahun dah jatuh cinta dengan resepi2 masakan nya di Dapur Tanpa Sempadan…baru2 nie CMG ada buat sambal kentang bilis…walaupun simple tapi kakakecik memang suka sangat la sambal bilis nie mau lak ada kentang…so berangan la masa dok belek2 entry di DTS tu yang malam nanti nak buat…sekali asyik dok tengok Vanilla Coklat tak terbuat…

 

Pagi semalam baru kakakecik buat…tapi kuciwa nya sebab kentang dah habis…jadi la sambal ikan bilis kering sahaja…dijadikan bekal utk bfst dan lunch semalam…simpan skit di rumah..konon balik malam lepas kerja boleh la makan dengan roti ke apa…sekali dah pesan roti dengan mak su, sambal bilis dah habis la…kena la buat semula…malam tadi kakakecik buat banyak skit 2 genggam jugak la ikan bilis tu…senang boleh makan banyak kali…

DSCN7945 Sambal bilis kering + roti gardenia…sedap enak di makan di waktu pagi dan petang…

 

Jom semak resepi bahan dan cara bagaimana kakakecik buat sambal bilis nie..sama tak dengan korang semua kan

 

Bahan-bahan :

2 genggam ikan bilis yang telah dibelah, rendam dan toskan

3-5 sudu besar cili kisar

2-3 sudu gula

1 keping asam gelugur

1 cawan air

garam secukup rasa

1 biji bawang besar – dipotong melintang

2 ulas bawang putih- ditumbuk halus

3 ulas bawang merah – ditumbuk halus

 

Cara-cara :

  1. Goreng ikan bilis hingga garing dan kekuningan. Angkat dan tos, ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Masukkan cili kisar, air, asam gelugur, gula dan garam.
  3. Biarkan ia masak sehingga pekat dengan menggunakan api sederhana dan masukkan bawang besar(jangan lupa rasa ye)
  4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi, gaul hingga rata dan kering.
  5. Tutup api, biarkan sejuk…siap dihidangkan dengan nasi panas or makan dengan roti

 

Selamat Mencuba

 

psssst : ada lagi 2 keping roti utk petang nanti, teringat plak kenangan zaman study dulu selalu buat sambal nie bawak balik kolej…si Ruzz pun pandai buat sambal bilis kering nie…dipanggil nya sambal bilis jawa….sedaaaaaaaaap

Thursday, February 2, 2012

Spontaneus Thursday # 8

24-25 Mac ada 3 event

 

    1. InsyaAllah jamuan sambut baby baru (Ainur Sorfina) di Ipoh
    2. Ibu Zain Alumni BBQ Dinner  di Felda Villa… hampir 9 tahun tak jumpa shbt2 sekolej masa belajar(dorang planning dr awal januari)
    3. Family Day KBU di Pantai Merdeka Resort...

 


uwaaaaaaaaaaaaaaaa :((
tatau mana 1 kakakecik nak pergi....last2 tatau nak p yang mana dok kat umah wat kek lapis dan kek karamel tak pun decoupage pun boleh

Berdegil..BERGEDIL

Assalamualaikum…

 

Apa yang Berdegil..BERGEDIL nie kakakecik….TYPO ke….oppps bukan typo ok…

 

Malam tadi kakakecik berdegil nak jugak buat Bergedil..kentang ada la dlm 6-8 biji…isi ayam pun curi yang dalam sup ibu berpantang…memang kakecik nie jenis kalau kata nak makan itu..itu la yang kakakecik nak…macam malam tadi..nasi dah makan pukul 8 malam…dalam pukul 10 macam tu masa dok tengok TV cite apa ye malam tadi…oooh AKU, DIA dan FB…tetiba teringin dan lapar plak nak makan bergedil….wah mengalahkan orang mengandung kan kakakecik nie…

 

So..masa dok iklan cepat2 kakakecik p dapur…buka peti ais..selongkar tengok tak de pun ubi kentang….aduuus mana plak ubi kentang nie..baru je sehari sebelum tu nampak mak keluarkan ubi kentang dan bungkus2 kannya…tak kan dah habis kot…dalam sup mak tak masukkan pun ubi kentan…cari punya cari selongkar punya selongkar kabinet bawah dapur…nampak la ubi kentang yang berbalut tu….senyum lebar la…kakakecik tak ingat la bape biji kakakecik amik..dalam 6-8 biji kot…yang kakakecik ingat 3 biji simpan utk mak wat apa2 utk makan2 di umah…

 

Sesi kupas menggoreng kentang buat masa tu jugak…sementara tu dok ulang alik ke ruang tamu tengok cite TV tu…dah selesai menggoreng angkat lesung batu, pinggan mangkuk semua ke ruang tamu…nak menumbuk kentang depan TV… Isi ayam, bawang putih, bawang merah, lada hitam, sebiji bunga cengkih kakakecik punya la malas nak menumbuk..semua tu sekali harung je kakakecik blender kering…siap blender masuk je yang dlm bekas ubi kentang yang siap ditumbuk + garam + cili merah dan daun sup…

 

AKU, DIA dan FB pun dah habis, mudah la kakakecik gentel bulat bentuk2 kan bergedil ni kat dapur… celup telur dan goreng pun sekali tu je….hahahhaa..mudah je kan kakakecik buat kerja….telur yang lebih tu buat telur dadar makan saja taruk kicap n sos atas nya…nyum nyum…jom jom jamu selera mata bergedil kakakecik malam tadi…

bgdil Bergedil + sos, makan dalam gelap…kecian ibu berpantang tengok je kami makan…

 

Ok semua…bye2…nak siap2 g jumpa ex-roomate n best frend masa belajar dulu….jumpa isnin depan insyaAllah…esok(jumaat) dan Sabtu kakakecik ada kursus di Tanjung Bunga, Penang (harap2 ada WiFi boleh online)..Ahad kenduri akikah baby Sorfina…jemput la datang ye mana dok kawasang berdekatan dengan kakakecik…

Tuju Pot/Tin : Mengimbau Permainan Zaman Kanak-kanak

Assalamualaikum…dan selamat petang

 

Baru-baru ni anak-anak sedara kakakecik pakat balik umah tok depa…semua asyik dok mengadap laptop main game…tak kira siang tak kira malam…larang main game di laptop…handphone ibu ayah ummi abah dorang plak jadi mangsa….tak pun terngok Astro Channel Ceria yang kita tak boleh nak join sama-sama tengok…

 

Satu petang tu dah puas melarang dorang main game di laptop, so suruh la dorang main kat luar umah…main tuju kasut ke…menjadi jugak la cadangan tu…dorang main bukan main riuh lagi…kakakecik yang masa tu tak bape sihat, tido…tetiba tengah sedap tido dengar plak abg ipar (ayah aisya n aiman) dan adik pikah (mama pikah skrg ni) menjerit…waaaaaaah dorang main sekali ke dengan anak-anak sedara nie…

 

Kakakecik apa lagi celapak la bangun tengok…time tu dorang dok main tuju kasut (baling selipar)… bola pun guna selipar gak…apa barang main semua guna selipar nie…kakakecik suruh kak ja (ibu aiman n aisya) buat bola macam kami main dulu2…yang guna suratkhabar letak batu 2-3biji balut dengan plastik barang…baru la best main…

 

Bila dah siap bola, rancak la dorang main..kakakecik apa lagi..join jugak la dorang main tuju kasut…tapi tuju kasut nie leceh skit sebab nak kena letak betul2 kasut tu bagi berdiri…sekali lagi kakakecik bagi cadangan main tuju pot…kakakecik dengan mat aidil (anak jiran) bersemangatnya p belakang umah kutip tin-tin susu…main depan umah je…berpeluh jugak la..yang nak demam pun boleh hilang tau…mau tak nya lari ke sana ke mari rasa mcm tak cukup je tanah tu takut kena tuju..MATI la lepas tu dah x boleh main nak susun tin tu lagi…

 

PEMBAHAGIAN KUMPULAN : kami guna cara lai lai tang ling tang plong……(gambar terdelete.huhuhu)

DSCN7782

Ketua Kumpulan “OH SOM” nak tengok sapa yang mula dulu

 

  DSCN7781

Aisya pun nak OHSOM jugak…

 

DSCN7778

Bowling Orang Dulu2…TUJU POT / TUJU TIN..Cer tengok bola tu…best tu kalau kena…

 

2 hari berturut anak-anak sedara kakakecik main (oppps bukan anak sedara je..ayah, abg ipar, kakakecik dan adik..jiran sebelah umah pun main jugak tau…) memang hepi sangat-sangat…keesokan harinya pun anak jiran masih mai tanya…" “arini tak mau main lagi ke…sori la mat aidil depa dah balik umah depa dah”

 

psssst : baru budak2 skrg nie best nya permainan zaman 80-90an kan…

Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesday # 35 : Kirin Selama Perak

ateh3

Gadis Bertudung Bawal

Assalamualaikum dan selamat hari wilayah…

 

Picit2 bahu letup2kan jari pusing kiri pusing kanan dulu baru selesa nak update entry…banyak sangat kerja minggu rasa tak termampu je kakakecik nak lakukan..tapi alhamdulillah dapat jugak selesaikan seperti yang dijanji dan ditetapkan…

 

Siapa la ye agaknya gadis bertudung bawal, adakah Heliza Helmi, Najwa Latif?

 

Sekarang ni rata2 gadis anak dara di luar sana memakai shawls kan..macam tu jugak dengan kakakecik…hampir 2 tahun jugak la kakakecik tinggalkan tudung bawal di dalam 2 laci almari di rumah tu…asyik pakai shawls je…al maklum la shawls kan murah berbanding tudung bawal…kakakecik siap kena perli kot dengan sepupu sebab bila dok borak bab tudung bawal…selamba je kakakecik kata MAHAL nya…hahaha sekali amik gedebuk sepupu hentam… “ye la hang kan dok pakat selendang je…” SEMESTINYA LA..selendangkan baru rm10-15 sehelai….

 

Tetapi sejak 31disember 2011 lepas..masa kenduri Eliani tergerak plak hati kakakecik nie nak memakai tudung bawal…lain ke muka kakakecik bila pakai tudung bawal…style still sama lagi..pacak kat atas kepala…

ateh

 ateh2 ertudung bawal pada 31 Disember 2011

 

DSCN1173Dulu kala berbawal 9/11/2009

DSC04307Bertudung bawal pada 10-07 2007

Dan

 

 

 

 

Wajah kakakecik berbawal pada hari ini 01-02-2012

bawal 

Sama je kan muka kakakecik berbawal dari tahun 2007 ke, 2009 ke, 2011 ke….tak de beza kan…so adakah kakakecik akan terus berbawal lepas nie…tungguuuuuuuuuuu…

 

pssst : skrg nie dah kakakecik berkenan lak tudung bawal plain jahit tepi biasa yang tone color….

Wordless WednesdaY # 34

DSCN7860

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

vDSCN7859