Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, September 30, 2012

Aisya..

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Aisya..ecah..ca’ca..itu la panggilan bagi Aisya Myrza…si anak dara yang berambut cantik..bermata bulat…mulut macam bertih..ada je dia buat itu ini tak boleh duduk dia kejap pun…diam pun time tido je kot…kalau nak tido mesti kena ada tuala biru tu..xnak tuala lain…(tuala diwarisi oleh  ateh)..hanya 1 bucu ujung tuala tu je dia akan gentel2 dan letak kot ikut dia…sabar je la…

Dia tak boleh tengok orang buat apa..dia akan tanya…contoh kalau si ateh nya tengah buat kek..ayat dia akan kuar macam nie “Ateh, ateh buat apa tu” dan kalau kita tengok dia, dia akan tanya “awat ateh” huhuhu..kalau ateh nya nak pergi kerja..cepat2 je kuar dari bilik dan akan tanya..”Ateh nak mana..”bila jawab nak p kerja..”ateh kerja di kedai kan” sabar je la dengan ecah nie…kalau dia x sempat sapa kita..dia akan tengok dari pintu utama umah..terpaksa la ateh nie turun kan tingkap dan lambai2 tangan sambil tu say babai aisya…

Malam tadi..tengah ateh nya ralit tengok TV..tetiba dia mai dengan lari2 anak..”ATEEEEEEEEEEEEEEHH, ECAH BUAK KOPIII..”
DSCN9862
Ecah buat kopi…bijak nya anak buah ateh nie..opps KOPI tu adalah TOPI…sebenarnta ecah xboleh sebut K dan T..dia akan sebut terbalik…K akan T dan T akan jadi K…kalau jumpa ecah try tanya dia..FROG apa…KAKAK…hehehhe..KAKAK FROG…ooh ecah katak erk…
 aisya
Memang cerdik aisya nie..dia kuat imiginasi nya…dia ambik kotak corak mickey mouse (maybe kotak baju adik auni nie) dikoyak nya bahagian atas dan dibuat TOPI...bijak bijak..kreatif aisya nie...yang biasa la kan budak2 umur baya dia memang macam nie…tatau nak gambar camne sunyi nya umah kalau aisya dah balik umah taman…huhu..mesti ateh bosan kan..xde kawan nak gaduh…ecah pujuk la ibu n ayah dok umah tok mah je…
aisya2
Ini pose untuk Acu….acu…ecah rindu kat chu…sampaikan di ambik nya remote TV dia buat telefon konon dok cakap telepon dengan chu dia….dia memang manja dengan chu..kalau tak..tak nangis la chu time nak g UKM sebulan yang lalu…huhuhu

Jom Memasak : Masak Lemak Cili Padi Pucuk Ubi + Bilis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Buat pertama kali nya kakakecik membuat masak lemak cili padi pucuk ubi dengan ikan bilis..kalau sebelum2 nie mak selalu buat kari je pucuk ubi dengan ikan bilis nie..memandangkan Jumaat lepas ralit khusyuk sangat tengok TV..tak ingat cite apa pagi tu..mak pun dok sibuk di bengkel bunga nya…sekali dah habis cite drama TV tu baru kelam kabut nak masuk dapur..tau la dah kenyang makan donut pun..

 

Pergi dapur bahan basah tak de apa sangat..yang ada pun ikan isi..tatau ikan apa…masa nie terlintas la…nak buat kari pucuk ubi..so terus terjah umah tok cik nab kat sebelah tu…tanya ada tak pucuk ubi…kebetulan tok cik tengah petik kacang botol…peluang baik nie..suruh la tok cik petik pucuk ubi di tepi pagar umah nya sekali untuk cucu sedara kesayangan dia kan…bila lagi nak manja2 dengan tok cik…kat umah tok cik nie macam2 dia tanam,nak makan petik je..bila tok cik tanya..nak buat apa dengan pucuk ubi nie…tengahari rembang baru nak kutip..dengan selamba je jawab.. “nak buat gulai la tok cik”

 

Sekali balik umah..bukan gulai (kari) yang kakakecik buat…masak lemak cili padi…masa dok kelas ambik pucuk / daun muda nie pun masih konpius nak masak apa…teruk kan kakakecik nie..dalam konpius2 tu gunting jugak daun2 yang panjang…tekad kan di hati nak buat masak lemak cili padi je….ehem ehem, santan tak de..so suruh ayah la kupas n mesin nyoq…nak senang je kan kakakecik nie…sabar je la…

 pck ubi

Resepi ringkas dan mudah je nie…jom semak resepi nya..

Bahan-bahan :

  • Pucuk ubi – yang telah dicuci, celur  dan toskan
  • 1 batang serai – dititik
  • 1/2 inci halia (**)
  • 1 biji bawang besar (**)
  • 2 biji bawang putih (**)
  • 9 biji cili padi (**)
  • 3-5 biji lada hitam (**)
  • 1/2 mangkuk ikan bilis –rendam dan toskan
  • 1 biji bawang besar – potong/ hiris bulat
  • Santan
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk Kunyit

Cara-cara membuatnya:

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda (**) dan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan pucuk ubi, ikan bilis, santan dan garam serta kunyit. Biar masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat.....Rasa dan kalau dah ok cukup rasa semuanya matikan api. Hidangkan...

Selamat mencuba

pucuk ubi

 

Makan pulak dengan nasi panas..ikan kering masin..time ujan…sedaaaaaaap yang teramat kot..tak puas rasa nya makan tengahari Jumaat tu..sebab terpaksa kejar masa..malam nya balas dendam..

 

pssst : kecian kat kak ja beria2 dia kata nak makan..sekali pucuk ubi mana elok untuk ibu yang baru melahirkan anak…

Lama Tidak Mendonut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Erm…dah lama kot kakakecik tidak mendonut..bukan malas ke apa..tapi tak larat nak uli doh tu..huhuhu…Jumaat lepas, orang lain sarapan pagi tapi kakakecik nie jenis tak makan berat time pagi..tengok kuih yang mak beli pun tak menyelerakan…konon boleh la tahan lapar tu..sampai kul 10pagi mana boleh tahan lagi… lapar punya pasal..terpaksa la mengganas kan diri untuk menguli setengah kilo tepung untung wat donut..Adunan pun main ingat2 lupa je…masuk kan itu ini tanpa sukatan..main agak2 je..dalam hati dok berdoa..harap2 menjadi la donut nie…

donut 

Setengah di perap lebih kurang sejam…Alhamdulillah menjadi pun…dapat la buat frozen sikit dan makan panas2…nyum nyum..Resepi klik je kat entry lama nie…

Thursday, September 27, 2012

Jom Memasak : Spaghetti Tomyam Black Pepper

Assalamualaikum dan Selamat Petang,
Memandangkan semalam seharian hujan..perut pun asyik mintak di isi je..siang tu kakakecik just makan biskut Lexus dan Nasi goreng mak buat untuk sarapan yang dibungkus dengan telur dadar..jadi la nasi goreng pattaya…itu je bekalan makanan kakakecik di tempat kerja sepanjang hari semalam…balik umah selepas meredah 3 tempat banjir..jenguk2 dapur buka tudung saji..just ada daging goreng kunyit dan singgang ikan…alahai…ujan2 nie rasa macam x berselera plak nak makan mcm tu…

Sambil tengok “JULIA” di TV3, dok bebel dengan Kak Ja dan Mak..nak makan apa nie..lapar..ada ke time ni la mak dan Kak Ja suruh buat kek gula hangus..xde kerja…tup tup teringat spghti ada je baru beli aritu..tak guna2 lagi…so terus tanya Kak Ja..kita buat spghti nak x…tapi takde plak sos tomato…kita wat spghti goreng nak x…tetapi Kak Ja cadangkan buat spghti black pepper..memandangkan sos black pepper ada 2-3 botol tersadai je di dapur tu…Eh, sedap ke…tak kisah la…pandai2 la kita buat…Kakakecik plak dok teringat Sunah ada buat Spghti Tomyam..so cuba la ingat2 balik apa benda yang dia letak dalam resepinya tu…
DSCN9829
Jom kita cer tengok resepi yang kakakecik buat malam tadi walau pun tak seberapa tapi kami sekeluarga dapat menikmati nya…tak de sapa pun leh tambah..tak berani nak buat banyak riso tak sedap..nasib baik sedap rasa rugi plak buat skit..
Resepi : Spaghetti Tomyam Black Pepper
Bahan-bahan :
  • Spaghetti
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos black pepper
  • 1 sudu pes tomyam
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 2 batang sosej (dipotong sederhana nipis)
  • 2 batang isi ketam (dipotong sederhana nipis)
  • sedikit kubis
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil daun parsli kering
  • 1 sudu kecil oregano
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara-cara membuatnya :
  1. Spaghetti direbus dalam air mendidih bersama sedikit garam hingga empuk dan toskan
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau dan layu
  4. Masukkan cili kisar, sos black pepper dan pes tomyam. Biarkan sampai rencah masak dan pekat.
  5. Perasakan dengan gula, garam, daun parsli dan oregano.
  6. Masukkan sosej dan isi ketam serta sayur.
  7. Masukkan spaghetti dan gaul rata-rata.
-Selamat Mencuba-

pssst : ayah dan mak semenjak 2 menjak nie dah pandai dah makan spghti

Banjir oh Banjir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Semalam balik je dari kerja…memandu dengan penuh berhemah dan berhati-hati..ye la hujan kan..gila ke apa nak bawak laju2..sampai je kat jalan masuk kampung..tengok kiri kanan jalan..bendang semua air dah penuh…bila pandang ke depan..alamak dah banjir…boleh tahan jugak tinggi dia…kebetulan ada kereta dan motor dari arah bertentangan terpaksa la berhenti dulu…dah berhenti terus snap picture la…

DSCN9819

Amboi bukan main suka lagi bebudak kampung melepak kat dalam air banjir tu..yang muda belia ambik peluang basuh motor…arrrrh lantak ampa la aku redah je…janji kereta jangan mampus tengah2 banjir tu dah la…bukan 1 tempat je banjir..3 tempat banjir…terpaksa la redah..kecian jugak kat rumah dorang tu..sebelum nie banjir pun xde la teruk sampai masuk ke rumah..eh rumah kakakecik memang x akan kena banjir..umah atas bukit skit…so selamat la..kalau umah kakakecik banjir tenggelam satu kedah kot..hehehe..(teringat dulu2 time tadika..cikgu tadika bawak p tengok banjir..teruja sangat…padahal banjir kat jalan kg tu jugak..dah nama pun budak2 kan..)

 

Pagi tadi, ingat air dah surut..tapi masih sama..ye la malam tadi kan ujan jugak..pagi tadi pun hujan..tetapi pagi tadi memang mencabar skit la sebab bawak keta kancil..manual plak tu..dah bertahun kot tak bawak kancil ke sana ke mari…sampai kat tempat last tu ada la motor 2-3 biji..si mamat tu buat isyarat apa ntah…tak paham…sekali kakakecik redah mcm tu je..habis dorang terkena air simbahan dari kereta…oppps sori bro, kereta i manual..i tak berani nak slow..mati kat dalam air nie..ampa nak tolong ke..hhehehe..kecian pun ada..tapi masih boleh dok gelak kat depa..jahat kan…

 

pssst: Harap2 air dah surut la..sekarang pun dah panas..dah nampak sinar matahari

P/S : url blog akan bertukar ke url asal masa 1st time berblog

Jom Memasak : Kek Gula Hangus (Suprise Laaa Sangat)

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari..

Kek Gula Hangus yang menjadi cemburuan Kiera kerana dia buat kek nie tak boleh teropong kata nya…Jumaat lepas kakakecik buat 1 adunan je..untuk bawak ke umah Hanie Saad dan selebihnya untuk family makan…macam biasa la sekali hadap dah habis..tak sempat nak bawak balik untuk Aina..Sabtu, esok nya sebelum buat Lontong..kakakecik siap kan dulu adunan kek nie..plan nak buat 2 adunan sahaja..bila kak Tie sampai je umah mak..dia suruh buat lebih dia nak jugak..so, suruh la dia pegi beli telur, tepung dan susu lagi…yang ada kat umah cukup untuk 2 adunan je…banyak kan kakakecik buat kalau tak menjadi dan tak boleh teropong melopong la kakakecik dengan 2 tin susu pekat dan 16 biji telur…rugi kot…alhamdulillah menjadi dengan cantik nya…dapat la kami sekeluarga makan dan hantar ke adik..konon nak suprise kan dia…tapi disebaliknya yang terjadi…ini adalah kali ke3 kakakecik buat…1st buat di entry INI..

   DSCN9723yang ini kek gula hangus hari jumaat punya..untuk hanie saad..

 

Jom kita semak resepi kek gula hangus…resepi nie dah tak ingat dah ambil dari mana…kepada empunya resepi mintak maaf dan mintak halal ye..terima kasih atas perkongsian resepi tersebut..untuk 4 adunan nie kakakecik kakakecik guna 1 loyang 9” dan 1 loyang 7” so memang cantik ketinggian nya

 

RESEPI KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Menyediakannya.

  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
  2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas. (Hati2 masa nie..seeloknya tutup api dan standby tudung periuk risau terpercik)
  3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.
  4. Kemudian, pukul telur sampai kembang & pekat.
  5. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  6. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak.
  7. Tuangkan esen vanilla. Kacau.
  8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul sebati.
  9. Sediakan loyang 6” yang telah digris/disapu mentega/marjerin sekeliling nya..Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
  10. Bakar selama 60 minit di mana suhu oven 160 °c.

-Selamat Mencuba-

DSCN9758

Sepatutnya ini lah kek gula hangus yang adik dapat..nampak tak tupperware kat belakang tu..kecian adik tak berani nak makan kek yang dipos sebab risau sakit perut..4 hari baru dapat..adik cepat balik nanti kak buat untuk adik…

 

Dan tak sangka sama sekali..kek yang 4 adunan ni habis malam tu jugak..nasib baik kakakecik dah potong siap masuk dlm tupperware untuk bagi kiera..kalau tak melepas jugak la dia nak makan..Eh, mak dan kak ja mintak buat lagi malam tadi..gila ke apa..pukul 8 baru mintak buat..nak bakar pukul 12 malam ke..sabar je la…

 

pssst : esok apa plan erk..masak or jalan2 ke perlis..rindu perlis…

Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday # 56 : Bakal Bertukar

 

kakakecik le

Sedih..Kecewa..OH TIDAK

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

 

Hujan boleh dikatakan sepanjang minggu..nie tanda nya dah bermula musim tengkujuh..kalau orang lain hujan-hujan nie dikatakan best la tido kan..kakakecik kalau hujan, susah hati bukan takut banjir..tapi datin athma akan datang la..dah 2-3pagi tidur tak berapa nak selesa..kekadang tu sampai selimut 2lapis..bergulung je dalam selimut…

 

Ok ok..dah dah tak mau dok cerita bab dalam bilik kat sini…tengahari tadi agak sedih dan kecewa la jugak..adik ilah yang dok kat Perak kol bagitau dia mungkin tak jadi balik sebab adik kat UKM ada kelas ke apa ntah minggu nie..kalau ikutkan hati dia nak je balik dengan Sorfina..tapi husband dia macam risau, disuruhnya kakakecik pergi Ipoh naik bas jumaat lepas habis kerja balik kedah dengan dia..Ahad balik semula Ipoh dengan dia…amboooooooooooi bagus betul adik sorang tu…bila Dik Ilah tanyakan adik dah ambik ke kek…masa nie dah semacam..ye la adik takde bagitau apa2 tentang barang yang kakakecik pos tu..entah boleh makan atau tatau la…

 

Last-last bila contact adik..tanya la dah ambik ke barang kat opis..dia kata dah ambik semua..tapi dia tak berani nak makan..tengok kat tudung tupperware tu berwap, tapi xde la jadi kulat ke apa lagi kat makanan tu..suruh dia pegang melekit tak..kata nya ada skit…kakakecik tak puas hati suruh dia rasa plak..dia kata ok dia rasa makan skit..kalau sakit perut kena la..uwaaaaaaaaaaaa…adik nie..ok ok kalau macam tu tak payah makan..nanti buat lain..ingatkan nak pos la lagi guna alamat umah kawan dia..tapi dia tak nak..dia kata tunggu dia balik nanti buat untuk nya…okey adik..(tapi bila nya adik nak balik, huhu), sedih tau bila kita pos makanan tetapi lambat sampai..akhirnya makanan tu masuk tong sampah je…sayang kan…bukan rezeki adik la tu…tu la nak sangat buat suprise..padan muka.

 

pssst : minggu nie macam malas je masak untuk wat bekal lunch..arini terlebih kreatif..nasi goreng mak buat utk bfst..kakakecik p buat nasi grg pattaya..hehehe

Tuesday, September 25, 2012

Genap 1 Bulan Bergelar Tunangan Orang

Assalamualaikum dan Selamat Petang..

Alhamdulillah…dah genap pun 1 bulan bergelar tunangan orang…

Eh, bukan kakakecik yang dah bertunang tu ye….mintak maaf mintak ampun la..bukan kakakecik sengaja nak wat suspen or syok sendiri…sebelum nie tengok empunya badan tak de pun publish apa2..so tak berani la kan nak up entry or upload gambar yang nampak muka dorang…bila dah jumpa cerita la yang ramai wish tahniah sebab dorang ingat kak shida yang bertunang….bila dah dapat kebenaran empunya badan baru la kita boleh publish kan…

 

DSCN9555

DSCN9563

Gambar kat WW tu adalah majlis pertunangan sepupu kakakecik la..bukan majlis kakakecik pun.. Tahniah kepada Mohd Izzuandi dan Noor Syuhada…Selamat Bertunang…Tunang nie orang kata banyak cabaran dan dugaan nya..so kena banyak2 la bersabar ye…

 

DSCN9549

syueInsyaAllah mengikut perancangan dan persetujuan kedua-dua belah pihak majlis nya tahun hadapan…kita berkampung di Parit plak ye…

 

syue1Kami rombongan pihak lelaki daripada Kedah…kan ada je muka kakakecik kat situ…so memang bukan kakakecik la kan yang bertunang…bila plak giliran kakakecik tu..doa2kan la ye cepat kakakecik tamat zaman solo nie..hehe..

 

psssst : comey tak bebear kat hantaran tu….DIY kakakecik tau..oppps masa g majlis nie lesen dah expired..huhu sabar je la

Nak Sangat Buat Suprise!!!!

HAHAHAHAHAHA..gelak jahat

Ambik ko shida…nak sangat buat suprise kat adik…konon biar dia terkejut dan tak sangka la akan dapat benda yang dia nak tu..sekarang ni tak pasal2 ko yang menggelabah shida..riso tak tentu arah dah…uwaaaaaaaaaaaaa..mana la tahu  arini ada PilihanRaya Kampus (PRK)…tensen, tensen nya….

DSCN9816

Daripada nak bagi adik terkejut…alih-alih kita lak yang kena bebel dengan dia..huhuhu..sabar je la…EH dah pukul 5 lebih nie…PRK mesti dah habis kan…adik cepat serbu opis KRK..tengok ada x bungkusan dari kakakmu ini…..kalau dah rosak…mintak maaf la ye..nanti kak buat lain..hehehe.sure kak ilah bertambah2 jeles nya…

 

pssst : nak suprise sangat sampaikan blok dan no bilik adik inap pun silap…pastu terpaksa kol tanya dia utk confirm. poskod pulun cari buku2 rujukan 10 tahun lalu..hehe…gigih tak kakak dia nie

Sudah Boleh Bergerak Bebas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Yuhuuuuuuuuuuu..Kakakecik sudah boleh bergerak bebas ke mana-mana saja yang hendak pergi…tak perlu lagi risau dan takut…almaklum la lesen dah renew…dah boleh la nak merata pun janji jangan wat something yang menyalahi undang-undang dah la..xpasal2 bapaknya polisi bagi surat cinta….

DSCN9775

 

23/12/2013 – nanti sila ingatkan kakakecik ye..lesen expired….setahun lebih lagi nie..uwaaaa tarikh tu umur dah 33…dah tua…hehehe..kakakecik renew kat pejabat pos je…malas nak drive ke JPJ Alor Setar (nak mampus drive p sana dengan lesen dah expired tu, dari nak kena kuarkan RM 32 kena saman bayar RM300.00, padan muka ang)

 

pssst : pagi tadi baru teringat dengan lesen yang expired nie kakakecik 2x pergi Perak rasa nya..last 25 Ogos aritu..huhu..sabaq je la

Monday, September 24, 2012

Mengai Di Bendang

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

“MENGAI DI BENDANG”  apa ke benda la tu ye..tak paham kami nie…okey jom kita belajar loghat Kedah..lain negeri lain loghat nya tak gitu ke…Kalau di Kedah Mengai tu maksud nya memancing, Bendang plak sawah padi…ada jugak sawah padi tu orang panggil “Padang” kalau x silap orang belah2 kawasan laut sana..belah Alor Janggus, betul x Munet..hehehe..

DSCN9762

 

Petang Sabtu, sedang menjamu mak dan kekawan nya makan Lontong, kakakecik terdengar dorang dok bercerita nak p mengai ikan..beli umpan lah…so kakakecik menyampuk la..”Nak ikut, nak ikut Kak Timah p mengai gak, cheq dah lama teringin nak mengai tau..tapi x pernah pun dapat..ingat2 masa zaman budak2 dulu umo 8-9 taun mengai guna batang bemban kat umah tok” kecewa nya kakakecik bila Kak Timah tanya…”Ang nak p naik apa..?” Uwaaaaaaaaaa macam nak nangis je..walaupun ada je lesen motor..kakakecik dah x berapa nak berani bawak motor biasa mau2 jalan bendang…buat muka 2kupang..last2 Kak Cik Da bersuara..”Jom, kak cik naik motor sendiri…shida naik dengan Kak Timah” Yehaaaaaaaa seronok tak sangga..Kak Timah kata “Kalau nak p cepat siap p tukar pakai suar, tak kan nak pakai kain batik kot, pastu bawak bekai sama” Dezuuuuuuuuuuuuup terus masuk dalam umah salin pakai trek suit….time nie la Si Aisya dok sibuk tanya..”Ateh nak p mana ateh..”alahai aisya nie kalau nak ikut jom la…

    DSCN9768

 

So membonceng la kakakecik….pergh dah lama kot tak bendang belah kampung lama tu…dah la naik motor..gayat jugak….sebelum jumpa port nak mengai nie…ada la jumpa orang-orang kampung…dorang terkejut kot tengok Kak Timah bawak kakakecik nie…haaha..kak timah lak dok jaja nie..”Nie budak nie pukul 6.30 pun dok ajak gak mai mengai” Grrrrrrrrrr….tak kisah janji leh pegang batang kail dan umpan ikan makan….

DSCN9761

 

Yeeeeeeees…dalam seminit dua je letak batang kail…tersentap…yes yes ikan makan…dengan teruja nya cepat2 angkat batang kail…yesssss ikan haruan…sekali dia terjatuh balik dlm bendang…rasa nya kakakecik menjerit seronok masa bagitau kak timah semua orang dengar kot…aaaaah tak kisah la…tunggu punya tunggu dalam setengah jam hanya 3 ekor ikan puyu yang makan umpan kakakecik…2x ikan mempermainkan kakakecik..huhu…sabar je la…apa pun ini pengalaman yang baru bagi kakakecik..

DSCN9764

Ikan puyu yang telah makan umpan (dalam bulatan)….eh tu Kak Cik Da..dia la banyak bantu…buh umpan dan ambik ikan dari mata kail..hehe

 

pssst : Jumaat nie macam nak ikut kak timah dan kak cik da p mengai lagi la..mak plak siap kata nak beli batang kail hahaa..nak p mengai gak..mak sapa nak bawak motor…huhu..

Jom Memasak : Begedil Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Begedil…tak kisah la ayam mahupun daging…kalau di umah kakakecik sekotak kentang dibuat begedil pun boleh habis..kira nya kami 1 family memang Hantu Begedil..kakakecik Hantu Kentang…dah lama tak buat begedil..last buat pun seminggu sebelum raya masa bulan posa aritu…ala yang kakakecik buat Soto tu…pastu raya tahun nie xde wat soto untuk makan2…ingatkan nak buat la Soto sabtu lepas ari buat lontong..tapi tak mampu dah kudrat nie..so, just buat begedil untuk makan-makan gitu..derhaka skit makan dengan lontong…

DSCN9746

Buat begedil nie mudah je…jom kita tengok camne kakakecik buat begedil ayam.

Bahan-bahan:

  • 500 gm kentang
  • 200 gm daging ayam (rebus dan kisar)
  • 3 ulas bawang putih (**)
  • 1 biji bawang besar (**)
  • 1 sudu kecil lada hitam (**)
  • 1 kuntum bunga cengkih (**)
  • 1 batang daun sup - di potong halus
  • 1 biji cili besar –dipotong halus
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan:

  1. Kupas kulit kentang, bersihkan dan potong memanjang seperti wedges. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Tumbuk/ lenyek kentang semasa masih panas sehingga hancur. Ketepikan
  2. Kisar bahan-bahan bertanda (**) iaitu bawang putih, bawang merah, lada hitam dan bunga cengkih dikisar halus (guna pengisar kering).
  3. Satukan kentang, daging ayam kisar, bahan kisar, cili besar, daun sup, dan garam secukup rasa. Gaul rata.DSCN9728
  4. Ambil sedikit adunan, kepal-kepalkan menjadi bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis.
  5. Dalam bekas lain,pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas-emasan.
  6. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat & toskan.

Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.Selamat mencuba.

 

Kakakecik ada tengok Chef Sherson Lian 5 Rencah 5 Rasa buat begedil dia taruk telur kuning dlm kentang dan goreng menggunakan telur putih sahaja..kebetulan ada jiran orang indon dia gtau dia pun wat mcm tu..ingat dihati memang nak wat cara chef tu tapi mak tak bagi…grrrrrrrrrrr…next time kakakecik akan wat mcm tu…tak salah kan kita mencuba..mana tau cara itu lebih sedap..

 

pssst : raya haji nie kena buat soto la..dah teringin sangat makan soto ni.

Sunday, September 23, 2012

Jom Memasak : Lontong..Orang Kedah

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

 

Setelah berminggu-minggu ambil resepi Lontong daripada Dapur Tanpa Sempadan..hasil air tangan CMG, akhirnya semalam..Sabtu 22 Sept 2012 kakakecik berjaya buat seperiuk lontong untuk makan-makan family….opps abg on, abang kakakecik no 2 dia kata xde rasa apa2 pun lontong..maksud nya dia xde feel sangat dengan lontong tu..yang dia dok pulun makan sambal bilis je..sabar je la..

 DSCN9731

Terima kasih jugak kepada Lydia Miza, Ayu Citarasa Rinduan, Cikgu Areef Naim atas komen korang tentang teknik, petua untuk membuat lontong nie..Alhamdulillah menjadi la bagi kakakecik tatau la kena tak dengan selera orang Johor kan..

DSCN9727

Ini la hasilnya..seperiuk kuah lodeh untuk lontong..makan sampai puas dan kenyang…tak makan nasi tengahari kot..asyik berulang makan lontong je..

Jom semak resepi Lontong Orang Kedah..

Bahan-bahan (Kuah Lodeh) :

  • 1/4 biji kobis bulat, hiris cuci dan toskan
  • 3 batang lobak merah, hiris ikut suka (konpius time nie, so buat bunga2 la)
  • 1 biji kentang (dipotong sederhana dadu)
  • 1 biji sengkuang saiz kecil hiris jejari
  • 8 tangkai kacang panjang, hiris serong
  • 1/4 bunga kobis, hiris cuci dan toskan
  • 3 keping tauhu (goreng dan didadu kan)
  • 1 cekak soo hoon, potong dan rendam hingga lembut
  • 30 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam
  • 500gm udang fresh
  • 1 batang serai, dititik
  • 400 ml pati santan
  • Santan cair secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus :

  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit
  • 1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

Bahan Lain :

  • Nasi impit secukupnya
  • Sambal tumis
  • Begedil (versi orang Kedah makan lontong)

Cara Membuatnya :

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar hingga harum dan pecah minyak.
  2. Tuang santan cair dan masukkan lobak merah dan ubi kentang, Kacau dan masak hingga lobak dan kentang sedikit lembut. Tambah bahan2 lain termasuk udang, kacau rata, dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan sengkuang dan tauhu kering.
  4. Tuang santan pekat, tambah garam secukup rasa.
  5. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. (jangan sampai ia pecah minyak)
  6. UNTUK LONTONG :- Letak nasi impit secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah lodeh secukupnya bersama isi2nya. Letak 1/2 bahagian telur rebus, tambah juga sambal tumis @ sambal kacang dan serunding. (Kakakecik just letak sambal bilis dan begedil)

** JANGAN LUPA LETAK TEMPE YE…kakakecik tak makan tempe so tak letak la..heheh

Selamat Mencuba

DSCN9738

Amacam orang-orang Johor dan Jawa…lulus tak cheq orang Kedah yang xde darah Jawa nie buat lontong….begedil tu untuk extra mark..hehehe

 

psssst : rupa2nya ramai sedara kakakecik tak biasa makan lontong dan x kenal apa itu lontong…kecian kan

Lesen Memandu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Ya Allah, nasib baik sepanjang 4 bulan nie kakakecik ke sana ke mari tak de roadblock..kalau ada confirm kena SAMAN…mau nya tak lesen memandu tamat tempoh 19 Mei 2012, dan Jumaat lepas 21 Sept. 2012 baru kakakecik tahu lesen dah mati…tu pun nasib baik dok susun2 kad dalam dompet lain..(eh, kita ambil dompet mak je..masih elok.utk mak dah beli yang baru sebelum nie) kalau la tak tukar dompet tu, sampai kena saman la baru tau lesen dah expired….sabo je la kan..Pada hal sebelum nie merata kot ke Penang la, Alor Setar tu lagi la seminggu sekali ada la…huhuhu..

DSCN9698

Bila dah tau lesen expired dah tak berani la nak drive..Jumaat tu dah janji dengan Kiera dan Anith nak p umah Hanie kat Megat Dewa…waaah camne nie..kol Dek Nazs, dia plak xde kereta dari Semeling..kalau tak boleh la tumpang dia..Tapi atas hasutan Dek Nazs, kakakecik beranikan diri drive sampai Alor Setar, ikut highway..dan suruh Kiera ambik kakakecik dan Anith kat parking Tesco Star Gate…hahaa..nak drive sampai Megat Dewa tak berani la jugak…

 

Alhamdulillah sepanjang drive dengan lesen yang telah tamat tempoh nie tak kena saman..al-maklum la umur dah tua..lupa la..dok ingat roadtax je..lesen selalunya renew utk 2 tahun sekali..last year p renew setahun je….

 

pssst : lepas nie senang la ingat, exp time birthday..hahha…

Jom Memasak : Kurma Telur

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari di hujung minggu,

 

Masak kurma, dah bertahun-tahun kot tak terhidang di atas meja umah kami, memang mak dah lama sangat tak buat masak kurma..kakakecik memang tak pernah buat langsung..last makan pun rasa nya 10 tahun lepas kat umah Jannah kawan adik di Perlis…huhuhu…

 

Kebetulan minggu lepas, masa beli barang nak buat mee kari kakakecik tersilap beli serbuk kurma ayam & daging, so apa lagi dapat la buat kurma telur jumaat 2 hari lepas…pagi jumaat tu dah tanya mak, camne erk nak buat masak kurma..mak pun cite la buh itu ini…huhuhu…last-last kakakecik ikut je resepi kat belakang bungkusan serbuk kurma tu….

 

Nasib baik, time tengah buat Kak Tie, kak ipar no.2 balik umah mak…tunggu apa lagi tanya la dia cabai besar tu belah berapa…hahaha..teruk tak kakakecik sampaikan begitu sekali tanya..

 

DSCN9705

Resepi..alamak kakakecik pun main campak ikut resepi kat belakang bungkusan tu je..just tambah 1 batang serai yang dititik…

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur – direbus
  • 1 bungkus kecil rempah kurma - dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • 2 ulas bawang merah - hiris (**)
  • 1 ulas bawang putih - hiris (**)
  • ½" halia - dimayang (**)
  • 1 kuntum Bunga cengkih, Bunga lawang, 1 batang kecil kayu manis (**)
  • 1 batang serai – dititik (**)
  • 1 biji bawang besar - dibelah 4
  • 1 biji cili hijau @ merah - dibelah 2
  • Santan secukupnya


Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 bertanda (**) hingga kekuningan.
  2. Masukkan pes rempah kurma dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan telur dan ratakan. Biarkan mendidih dalan 5 minit.
  5. Akhir sekali masukkan belahan cili merah@ hijau dan bawang besar.
  6. Masak hingga bawang agak layu. Perasakan garamnya.

Selamat mencuba

** boleh juga letak kentang, ikut kan hati kakakecik memang nak letak kentang tapi kentang plak habis kat umah..kakakecik kan gila kentang hehe.kalau nak letak kentang masukkan ia sebelum santan..selepas masuk kan santan biarkan ia empuk…baru ikut step (4)

Thursday, September 20, 2012

Jangan Kacau Sedang Study Resepi Lontong

“ Jangan kacau sedang study resepi lontong”

Itu la status kakakecik kat Fb sejam yang lalu…eh sapa kata saja2 letak status tu…dan sapa kata kalau online nie tak de faedah nya…asyik dok layan Fb, twitter, blog je…dok senyum sorang2 pastu…hehhee..

 

Alhamdulillah dengan status tu walau pun hanya 3 orang yang dok komen tapi komen2 nya melebihi 50 komen…bukan komen biasa2 tapi komen perkongsian cara, teknik dan petua untuk membuat lontong..3-3 orang sahabat tu pure Johor..sorang ada kedai makan, sorang suri rumah dan sorang lagi cikgu/ ustaz plak tu…

 

Terima kasih tak terhingga kepada Ayu, Miza, dan Areef akan perkongsian ilmu membuat lontong…insyaAllah sabtu nie shda buat..doakan menjdi ye lontong orang kedah nak wat nie..

 

pssst : kacau tu maksud nya ganggu…bukan nya kacau benda dlm kuali or periuk je

Spontaneus Thursday #11

 

-Rasa nya family aku nie bukan darah@keturunan Jawa or Banjar, Johor telah la,  walau duduk tempat yang ada perkataan "JAWA" tetapi kenapa makanan orang JAWA / Johor yang kami sekeluarga suka exp. LONTONG, SOTO, BEGEDIL huhu tapi aku, tambah lagi iaitu asam pedas selatan dan ayam penyet -

 

SAY NO TO TEMPE…hehehee

Jom Memasak : Pizza, Bikin Sendiri Pun Boleh

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari…

 

jucy

Juuuuucy…kak mintak maaf la ye baru teringat yang kamu mintak resepi pizza pada entry ini minggu lepas…hehhe..alahai resepi yang mudah je pun..eh mudah ke..boleh la tapi part nak uli tu yang jenuh…lenguh gak tangan nie…almaklum la jari jemari kakakecik kan halus..kalau yang BreadMixer tu senang la keja dorang…tekan ON je…siap dah doh…(sapa baik hati nak hadiahkan kakakecik BM nie)

DSCN9616

(gambar kepingan pizza yang kakakecik buat terdelete huhu, so ulang tayang gambar dlm entry sebelum nie la, sori ye)

 

Bahan-bahan Doh Pizza:

  • 500 gm tepung high protein
  • 1 pkt (11gm) yis mauripan
  • 20 gm mentega
  • 2 sudu gula
  • 1 camca teh bread improver
  • 2 sudu shortening
  • 1/4 camca teh garam
  • air suam secukupnye

Bahan-bahan Sos Pizza (boleh je guna sos spghti)

  • 3 biji tomato masak, dicincang
  • 1/2 tin kecil pes tomato
  • 2 biji bawang besar, dicincang halus
  • 2 sudu besar gula merah
  • 2 sudu makan minyak sayuran
  • 1 sudu teh oregano

Bahan-bahan Inti Pizza:

  • Sosej ayam
  • Ketam (jejari ketam ke apa yang 4 sepi panjang wana merah putih tu)
  • Bawang besar, dihiris bulat (optional)
  • Mozzarella cheese
  • Cendawan butang (dlm tin) – hiris nipis2
  • Daging Kisar
  • Sos Tomato, Sos Cili
  • Mayonis (kakakecik x letak sebab x suka, hahahhaha)

CARA PENYEDIAAN
a) Membuat doh pizza
   - Campurkan tepung gandum, yis, garam, gulam shortening dan mentega dalam mangkuk besar. Masukkan air suam. Uli adunan tersebut sehingga ia menjadi satu doh yang lembut dan elastik. Jika melekit tambah tepung sedikit. Kemudian bulat-bulatkan dan biar selama 45 minit sehingga DOH naik sekali ganda.Bahagikan doh kepada 4 bahagian (terpulang kalau nak wat mini, banyakkan la) Canaikan kepada bentuk bulat dengan ketebalan 2 sm. Masukkan ke dalam acuan yang telah digris kan dan tinggalkan selama 10 minit sebelum diletakkan topping.


b) Membuat sos
   - Tumis bawang besar sehingga lembut. Kemudian masukkan tomato yang dicincang dan dikacau sehingga ia lembik. Masukkan tomato paste, oregano serta gula merah dan masak di atas api yang perlahan selama beberapa minit sehingga pekat. Sejukkan.

 

Semua dah sedia jom kita topping pizza  plak..sambil tu panaskan la oven yer dengan suhu 150.

- Doh yang telah dibiarkan 10 minit tadi kita cucuk2 kan dengan garfu..kasi keluar itu angin…

- Letakkan 2 camca mayonnaise (kalau suka byk leh tambah lg...x suka x payah letak- untuk diri sendiri la nie). Kemudian sapu pula sos pizza dan ratakan.

- Susun bahan-bahan pizza di atas sos tersebut dan diakhiri dengan mozzarella cheese dan oregano (actually bahan-bahan pizza tu depend ikut kesukaan)

- Bakar 20 - 25 minit hingga cheese mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan bolehlah dihidangkan segera bersama sos kegemaran...Buat kaedah yang sama bagi bahagian doh yang lain tadi ok.. Dah siap sedia utk dijamu...

 

ATURAN
1. CANAI DOH
2. SAPU SOS PIZZA
3.TABURKAN TOPPING
4. TABURKAN CHEESE
5.TABURKAN OREGANO

Selamat mencuba

p/s : nak lagi mudah resepi pizza pergi kat CR

Tuesday, September 18, 2012

NO CHEESE NO MAYO

Assalamualaikum dan Selamat Petang,


Tengahari tadi teringin plak nak makan KFC..dah lama kot tak makan KFC, so beli la Zinger Burger KOSONG, Kosong ye tak de sayur takde cheese, hanya roti dan kepingan ayam, pastu arini jugak galak nak menerai Cheezy Wedges..saja syok2..tengok orang lain sakan balun sampai menjilat jari nak menikmati cheezy tu..sedap sangat ke…

 

Oppps..kakakecik makan setengah je wedges yang ada cheezy…tak mampu nak telan habis..terasa masin yang amat..sampai sekarang ni pun dok minum air je..tekak terasa dahaga sebab masin cheezy tu…kalau la tau cheezy wedges nie masin, ambik yang biasa pun xpe..lagi sedap kot, terpaksa la wedges yang lain tu dipalit palit nya cheezy di tepi2 kotak..haahahaha..teruk kan…

DSCN9693


Eh…pelik kan kakakecik…cheese kalau dalam pizza boleh plak makan…konpius jugak dibuat nya..tak kisah la lepas nie kalau ada sesapa yang baik hati tu nak belanja kakakecik pizza okey je..tapi kalau nak belanja KFC, McD pasti kan burger tak de cheese yer..hehhe, dan kalau burger jalanan pun sama..tak mau mayonis..

 

SAY NO TO CHEESE & MAYO…NO CHEESE NO MAYO…PEACE

 

p/s : sesapa nak beli cheese powder mcm KFC tu sila pm Iffah, dia ada jual cer klik kat SINI

pssst : sayajugaktakmakantempesegalabagaibijirintakminumsususoya..hehehe

Jom Memasak : Kek Marble Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Terasa puas nya dapat online guna komputer, kakakecik tak puas sangat kalau online guna netbook or laptop…saja kakakecik nie wat teruk boleh..orang lain online guna sematpon rilex je…kejap dorang tarik sana sentuh sini dah dapat apa yang nak..tak perlu klik2 mouse dah..huhu..

 kek pandan 

Okey abaikan sematpon ke, laptop ke apa ke…nie kes gila mengekek mai dah..2 hari berturut2 kot buat kek…lepas nie badan bagai dipam2 la ye..jumaat nya buat kek marble oren..sabtu lepas sempat lagi buat kek marble pandan untuk dijadikan buah tangan untuk adik dan Lydia Miza..nak buat gula hangus dah tak sempat…dalam nak suprise Lydia Miza pun masih ingat tau buah tangan untuk nya..baik tak saya…hehehe..

pandan

Resepi nya sama je dengan kek marble oren tu..malas ye nak klik2 ke entry sana..ye la kakakecik kan baik hati..kongsi jugak la di sini.

Resepi : Kek Marble Pandan

Bahan:

  • 240 gm butter @ marjerin (kali nie guna buttercup)
  • 240 gm gula castor
  • 240 gm tepung gandum (kakakecik guna tepung naik sendiri)
  • 4 biji telur (guna 5 biji telur sebab bukan telur saiz A)
  • baking powder 1 sudu kecil..penuh2 (x perlu letak if guna tepung naik sendiri)
  • susu segar 1/4 cawan (60 ml,60 gm )...(kakakecik guna susu cair je)
  • esen vanilla
  • Pewarna hijau
  • 2 sudu besar pandan paste
Cara membuatnya :
  1. Putar butter ngan gula hingga kembang dan ringan
  2. Masukkan telur satu persatu....kacau skit telur tu.
  3. Masukkan tepung gandum bersama yang telah di ayak berselang seli ngan susu.
  4. Bahagikan kepada adunan kepada 2 bahagian, 1 adunan diletakkan kaler hijau dan ditambah dengan pandan paste dan 1 bahagian lagi just tambah esen vanilla
  5. Sediakan loyang yang telah digris kelilingnya,letak sesenduk kaler hijau..pastu 2 senduk kaler ori..ulang sehingga habis.
  6. Bakar sehingge masak..suhu dan mse bergantung pde oven masing2.

Selamat Mencuba

 

marble pandan

**untuk kek marble pandan nie kakakecik guna loyang 7.5” inci kalau x silap nya…so ketebalan nya biasa2 aje…mak kata x rasa pandan sangat tapi kak ja kata yang kali ni sedap lagi banding oren..mau x sedap yang oren tu guna marjerin je, ini guna buttercup hehehhee

 

pssst : Jucy sila ambik resepi dan cuba buat..ampa kan nak kek warna warni..kami tau kek marble pandan nie mesti ampa suka jugak

Sunday, September 16, 2012

Jom Memasak : Kek Marble Oren

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Sempat lagi ni nak update sebelum bas ke Pendang sampai, 40 minit lagi selamat tinggal kajang…
oren

Kek Marble Oren, permintaan kakak ipar num 2, tengah sibuk2 siapkan mee kari jumaat lepas, Kak tie bagitau teringin nak makan kek, kek biasa…so dalam kepala otak dok pikir kek marble la..dah lama kot teringin nak buat..lagipun 2-3 resepi kek marble dari Dapur KakZu dah print out utk study..Ala, telur tak de la kak tie….xpe kita suruh abg on beli….so dapat la buat kek marble nya…saya kan adik ipar yang baik..untung la sapa jadi kakak, abang dan adik ipar saya…bagitau je nak makan apa..insyaAllah kita buat…

 

marble oren

Jom semak resepi..jangan semak je…try la buat..memang sedap, kami malam tu dalam setengah jam je dah nak habis..makan panas2, pakat dok berebut nak ambik bahagian tepi…


Resepi : Kek Marble Oren

Bahan:

  • 240 gm butter @ marjerin
  • 240 gm gula castor
  • 240 gm tepung gandum (kakakecik guna tepung naik sendiri / tepung kek )
  • 4 biji telur
  • baking powder 1 sudu kecil..penuh2
  • susu segar 1/4 cawan (60 ml,60 gm )...susu cair pun boleh
  • esen vanilla
  • oren sunquick
  • 2 sudu besar @ 0ren paste
Cara membuatnya :
  1. putar butter ngan gula hingge kembang dan ringan
  2. masukkan telur satu persatu....kacau skit telur tu.
  3. masukkan tepung gandum bersama baking powder yng telah di ayak berselang seli ngan susu segar.
  4. letak kaler oren 1/3 bhgian dan tambah 1 sudu besar oren sunquick..
    ***letak sesenduk kaler oren..pastu 2 senduk kaler putih..ulang sehingge habis.
    ***bakar sehingge masak..suhu dan mse bergantung pde oven masing2.
    ***kakakecik guna loyang 4 segi sz 6 inci..so tinggi nya cantik sangat..tak percaya tengok kat bawah nie
kek oren
Selamat mencuba..

pssst : okey nak pergi tengok bas dah sampai ke..doakan perjalanan kakakecik sampai dgn selamat yer

Kerja Gila 16 September

Assalamualaikum dan selamat malam…

 

Berlintas langsung dari Hentian Kajang…pertama kali kakakecik nak ucapkan terima kasih kepada Kajang Bus Station coz open wifi….so tak de la boring sangat kakakecik menunggu sorang2 kat sini….bus pukul 10 japg kot…kul 8.30 dah sampai kaunter, adik kaunter pun “Awal nya..hehehe” sabo je la dik akak nie tumpang kawan…

 

Sebenarnya malam tadi kakakecik bertolak dari Pendang ke Hentian Kajang, pagi2 sebelum azan subuh dah sampai bilik adik kat UKM…opps bukan saja2 nak datang tau, egt cuti je nak jalan ke..nie kes nak hantar laptop dan printer untuk adik bongsu kesayangan la…berat, jauh pun sanggup kakak dia mai…naik bas je la..nak drive tak padan plak rasa nya..dalam tempoh 24 jam kakakecik akan naik bas balik ke kedah semula…1 keja gila yang akan buat pada tarikh 16 September…dulu masa tahun 2003 pernah jugak wat kerja gila mcm nie..janji semua kerja terlaksanakan…

  DSCN9692

Hahhaha..tadi kakakecik berjaya suprise kan Lydia Miza…Thanks kepada Iffah yang menjayakan nya…terkejut kot ummi..2 minggu lepas baru je kami jumpa…arini jumpa lagi…arini puas sikit borak…3jam mcm tu…dan paling tak sangka dapat jugak kakakecik jumpa Kak Masni Abdul Kadir…comey je orang nya..sori ye kak Mas x dapat borak lama..

 umah miza

TQSM kepada Iffah kerana sudi ambik akak dan adik kat UKM, Along kerana jadi driver tetap kami…lepas ni drive molek2 ye Along…dapat jugak kenal dengan orang kampung..tak sangka Rain kita nie sekapai

 

pssst : esok genap setahun GMG ke Sedenak…Konvoi Raya..kalau tahun lepas waktu nie kakakecik otw ambik Nadh dan Aima…

Roti Sardin Adaptasi Ice Cream Goreng

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari,

 

Apa plak roti sardin adapatasi ice cream goreng nie yer…ada2 je la kakakecik nie…huhuhu..sebenarnya kakakecik teringin nak wat ice cream goreng tapi ice cream xde dan baru plak bikin pagi jumaat tu…so tengok2 kat rak stok bahan mentah ada plak sardin tin besar…thiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiink mai idea nak wat roti sardin ala2 ice cream goreng…hahaha…

 

Apa lagi sms la Lydia Miza tanya camne dia buat ice cream goreng tu..roti nya canai dulu tu…sepantas kilat Lydia Miza balas sms kakakecik..dia gtau, dia x canai dah roti tu…kakakecik pun try la buat…alamak pecah plak rotinya….erm, adakah sardin untuk inti nie terlalu banyak…x pun..xpe kita try canai la tengok jadi cmne..yuhuuuuuuuuu menjadi pun..

sardin adaptasi

Tapi kan bagi kakakecik rugi la buat roti sardin adaptasi nie…sebab 2 keping roti baru boleh 1 biji je..pastu saki baki roti tu dah membazir..kakakecik tak nak bazir p wat merapu boleh buat pizza la konon…kak ja n abg mie je makan pizza tu..hahha..

 

Oppps, sardin tu kakakecik masak dulu yer…buat ala2 sambal mcm tu..bukan main sumbat mentah2 je…hehehe..bukan la pemalas sangat kan kakakecik nie…kalau nak step buat camne untuk bentuk bagi bulat2 tu rajin2 p jenguk kat SINI….kakakecik x sempat nak snap step by step..

sardin

Abaikan sos yang ntah apa apa tu…hahhaa..janji ia sedap…

 

psssst : kejap lagi nak g beraya..ke mana…ada le..

Thursday, September 13, 2012

Jom Memasak : Meggi Ganja

Assalamualaikum…Selamat Petang,

 

Hujan-hujan petang hari nie terasa lapar plak kan (gluuuuuuuuuurp kamu tu puasa la kakakecik) oppps, nie untuk yang tak puasa la..hehhe…jangan terkejut ye tengok tajuk di atas..MEGGI GANJA, jangan nilai sesuatu tu dari segi nama, luaran nya sahaja..kakakecik pun tatau kenapa ia dinamakan Meggi Ganja…kakakecik pun dapat resepi nie dari Noni dan Yun 2-3 tahun lepas, masa gathering Ym kat Sg Tekala…

 

Sebenarnya dah seminggu kakakecik buat megi nie..buat khamis lepas sebagai menu berbuka..namun disebabkan kekangan masa, tak sempat nak hapdate..lagipun simple je kot nak buat megi nie…tapi kakakecik nak jugak share..mana tau boleh bg idea untuk orang lain masak lak kan…Menu yang ringkas, mudah dan senang disediakan..

DSCN9589

Resepi : Meggi Ganja

Bahan-bahan (Anggaran bagi 2 pek Meggi)

  • Meggi – rendam dengan air panas, biar kembang dan toskan
  • 1 Sudu Lada Hitam – ditumbuk halus
  • 2-3 Sudu Sos Tiram
  • Bawang Putih –Potong Dadu
  • Bawang Besar – Potong Dadu
  • 5-6 Biji Cili Padi- terpulang nak ketuk2 ke, potong ke (kakakecik ketuk2 dan potong 3)
  • 2-3 Batang Sosej – Potong Sederhana Nipis
  • Isi Ayam, Udang
  • Sayur-sayuran : Carrot, Sawi, Tomato
  • Minyak untuk menumis
  • Air, Garam secukupnya
  • Telur Dadar untuk hiasan

Cara-caranya (mudah sahaja)

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar..tak perlu garing just layu2 je.
  2. Masukkan sedikit air, sos tiram, lada hitam dan garam secukup rasa…biar mendidih
  3. Seterusnya masukkan isi ayam, udang, sosej dan cili padi. Agak isi ayam dah empuk masuk kan sayuran dan megi..Kacau hingga sebati.
  4. Akhir sekali, taburkan telur dadar dan siap untuk di makan..

Selamat Mencuba

 

pssst : macam menu megi lagi je untuk berbuka harini…

Kalau Memang Dah Teringin dan Nak Sangat…..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sesapa pun kalau dah sememangnya dia teringin dan nak kan sesangat sesuatu tu memang dia akan berusaha sehingga berjaya…tak kira la walau ada halangan apa pun yang terpaksa diharungi tetap akan berusaha keras sampai la boleh…baru puas hati kan…ini lah yang berlaku kepada kakakecik 2-3hari nie…kalau kakakecik kata nak..memang kakakecik akan usaha la sampai dapat…kadang2 la la tu jugak la buat sampai puas…kalau dah kata xmau jangan dok paksa la…hehehe..family memang dah tau dah…
DSCN9627
Semalam, walau kesuntukan masa untuk berbuka kakakecik tetap jugak buat laksa..dah tekak nie nak je makan laksa…huhuhu..sampai je umah terus buka esbox dan tanya mak, ada x lagi ikan..mak kata xde…huhu..frust la jugak…erm tapi kakakecik pandai mengayat mak…kakakecik gtau la nak buat laksa..teringin sangat nak makan..sekali mak suruh abg mie p beli ikan..hehehe…dapat la kakakecik buat laksa untuk berbuka semalam…
DSCN9632
Laksa Segera bukan nya laksa readymade…terlebih belacan plak rasa nya malam tadi…habis la kemek hidung yg tak mancung nie…belacan lebih ke apa ada aku kisah…makan 2x kot malam tadi last2 pagi nie cherry berry…ambik puas hati ye shida…Resepi? Klik je kat Entry sebelum nie…LAKSA UTARA (yang tu pun laksa segera mengidam malam jugak,kalah orang mengandung)
    
Tu Bab LAKSA….Ni kes Pizza lak…(nampak tak dalam gambar laksa kat atas tu ada macam pizzakan).  Minggu lepas nampak Lydia Miza upload mini piza nya…hati kakakecik membuak2 je nak buat, dah lama kot tak meroti nie..tetapi terpaksa dipendam untuk meroti pizakan sebab mozarella cheese tak de jual kot pendang nie…kena p alor setar baru boleh beli…Adakah impian kakakecik untuk merotipizakan berjaya…

Arghhhhhhhhhhh,sememang nya la tak berjaya untuk Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin…tetapi Selasanya YEHAAAAAAAAAAAAAAAAAA berjaya jugak kakakecik buat pizza untuk sesi keluarga..aik sempat jugak ye pergi alor setar beli cheese…bukan je Alor Setar kakakecik sempat pegi..Perda, Butterworth pun sempat je pergi Selasa tu..kebetulan Adik balik kampung, Selasa tu nak kena g HBAS, so alang2 dah bawak adik pergi hospital dan semuanya selesai awal..dapat la kakakecik singgah Kedai Bahan Kek Sayang di Alor Setar…beli la apa yang patut..tepung roti, cheese, paste2 untuk kek karamel…nak beli rosemary tak de plak…tak kisah la nanti cari kat tesco…(dapat jugak beli rosemary kering kat tesco, puas cari yang fresh takde) okey abaikan kisah rosemary…nanti2 kakakecik story walau dah buat ayam panggang rosemary…
DSCN9616
Pizza apa nama pun tatau la..janji puas hati bila makan…ni pun terasa nak meroti lagi..tak sabar nak tunggu esok nie…


pssst : ini bab makan..kalau bab lain tatau la kan camne hehehe

Sunday, September 9, 2012

Anak Ke-12 : Auni Myrza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Sudah 46 hari, Auni Myrza dilahirkan…baru kakakecik berkesempatan menceritakan tentang anak kecil nie…maafkan ateh ye Auni.bukan ateh tak cite pasal Auni..tapi ateh tak sempat..maklum la Auni kan lahir masa bulan posa, 26 Julai yang lalu…kebetulan Chu Pikah pun dok hospital time tu..Ateh kan jaga Chu…

 

Alhamdulillah Auni Myrza binti Mohd Azmy, anak cucu yang ke12 bagi keluarga kami…sekarang nie perempuan mendahului carta ye…5-7, 5 lelaki, 7 perempuan…Auni Myrza, anak ke3 bagi kakak dan abg ipar kakakecik, adik kepada Aiman dan Aisya..

 

Buat julung kali nya, kakakecik publish gambar nya untuk semua…kat FB pun ibu dan ayah nya tak upload lagi tau…Jom kita lihat mirip siapakah Auni Myrza

 AUNIAuni Myrza…ucaaaaaaaaaaaaaaaaaak..ish dia wat tatau je dengan Ateh..oooh sombong ek..xpe xpe..

AUNI2Yes..akhirnya berjaya jugak Ateh snap pict Auni tengah senyum…debab nya budak nie…

AUNI3Ish…apa nie Auni muka macam tak puas hati je sampai kembang hidung tu…HAHAHA (jahat tak Ateh dia)

AUNI4Ooooh nak menguap erk…

Ateh, sudah la..Auni dah ngantok la…issssssssssssh..kacau je orang nak tido petang2 ujan nie

 

Okey okey…ateh tak mau kacau auni…nanti marah la si kakak ecah tu..bye Auni..nanti ateh cite lagi pasal Auni erk..

 

pssst : Aisya ; “Ayah, anak ayah jaga tu” pandai la kata adik auni nie anak ayah…dia tu pun x cerah mana hehee…adik auni dah cerah dah kan skrg nie…