Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, October 30, 2012

Bermata Baru…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kakakecik bermata baru dan sedang menyesuaikan diri..ada skit kelainan serta kejanggalan..kalau tak okey jugak mayb akan bertukar ke pesyen lama…huhu..

Picture 010 

Eh nie bukan spek raya haji okey….spek nie kakakecik memang buat/tempah 2 hari sebelum raya haji. Kebetulan pergi Alor Star Mall nak tukar saiz jubah adik…dah tu termasuk kedai spek depan kiosk Daily Fresh…terai la tengok bingkai2 dan ada yang berkenan…bila tanya harga frame termasuk lens…under bajet…so apa lagi..terus check mata la…gluuurp dah 3 tahun tak check mata…pening berair jugak la mata nie…alhamdulillah rabun silau je naik…sekarang nie rabun silau dan rabun jauh 2-2 belah mata kakakecik sama… rabun jauh 575 dan silau 125…

Dapat jugak kakakecik bermata dengan spek oldskool..walau pun bulu mata panjang dan ada yang jadi wiper…sales girl kedai spek tu suruh letak pad silikon bagi tinggi skit..sekali bila letak..alamak huduh bebenor tengok nya..terus cabut buang…biar la wiper skit2 kan…

 

pssst : sakit batang hidung nie dan penglihatan jadi macam terbatas ada benda halang..sebelum nie dok pakai half frame je.

Monday, October 22, 2012

Jom Memasak : Cupcakes Rose Pandan

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

 DSCN0324 

Dua (2) minggu kakakecik tidak baking…memang duduk tak senang…kalau ikut kan hati nak buat kek marble untuk Kiera pada Jumaat 11haribulan tu…tapi kami tak jadi jumpa…so bahan-bahan yang beli biarkan je dekat rak di dapur…Konon nak buat la Jumaat 19hb plak..tapi tak kesempatan..almaklum la dok pulun belajar buat kuih lompang…still tak menjadi lompang nya…dok jadi lompang anak dara jugak…walau xde lubang tetap habis jugak dorang makan…

 

Sabtu lepas lunch…rasa “tatorah” (tak tentu arah) dah duduk..tengok telur ada 2 biji je kat dapur..so teringat ada resepi cupcakes neopolitan CMG yang kakakecik dan print out..apa lagi terus la mengayak, menyukat, memukul untuk wat cupcakes..

 

Kakakecik buat cupcakes Rose Pandan…tak pernah pun guna Esen Rose selama nie..tak salah kan mencuba dok tengok je Lydia Miza asyik wat Kek Marble Rose..teringin jugak la nak merasa camne rasa rose nie..hehee..Jom kita semak resepi cupcakes neopolitan yang kakakecik ubahsuai untuk digunakan wat cupcakes rose pandan.

DSCN0325

 

Resepi : Cupcakes Rose Pandan

BAHAN-BAHANNYA :

  • 90 gram mentega
  • 70 gram gula kastor
  • 110 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour), diayak
  • 2 biji telur
  • 50 ml susu segar/susu cair
  • 1/2 sudu teh pandan paste+pewarna hijau
  • 1/2 camca teh essen rose + pewarna pink
  • 1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :

  1. Putar mentega dan gula halus hingga pucat, masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  2. Satu diberi perasa esen vanilla, satu lagi essen rose dan satu lagi pandan paste. Kacau rata.
  3. Sudukan setiap warna dalam  paper cup (kakakecik guna paper cup keras). Buat hingga siap semuanya. Kemudian gunakan lidi satay untuk buat pusingan bagi mendapat corak yang menarik.. (Untuk memudahkan kerja, anda masukkan setiap bancuhan tadi dalam piping beg atau guna plastik biasa yang bersih, plastik kecil. Kemaskan. Gunting bucu piping beg tadi kurang lebih 1 cm, dan paipkan setiap bancuhan ke dalam paper cup, sebelah menyebelah, adunan kosong, pink dan pandan.
  4. Bakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....boleh dihiaskan dengan gula icing

Selamat Mencuba

 

DSCN0326

Kakakecik buat dapat la 7 cupcakes…mak dan kak ja suruh buat lagi bila tengok dapat skit..nak buat apa…telur pun dah tak de..makan je la yang mana ada tu…boleh la pakat2 merasa sorang sikit bagi hilang tagih..nak ulang makan memang dah tak boleh la..

 

pssst:mak mintak buat lompang..mak kata buat sampai jadi lubang..selagi xjadi buat sampai jadi..hehehe..

18.10.12 : Lawatan SDSI Selama Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lambat bebeno plak nak update kisah lawatan kakakecik ke Selama Perak pada Khamis lepas..memandangkan mak nak hantar bunga daun getah nya ke Pjbt Risda Daerah Selama, so staf PRS, Kak Sham mintak dengan PRD Kedah Utara untuk membuat lawatan SDSI Selama Perak..kira nya kakakecik pergi free je la…saja pergi jalan-jalan sambil tengok projek di Selama…

Ada projek perusahaan Bahulu yang diusahakan oleh bekas guru

sdsi1 EH, tu bukan bahulu kakakecik yang buat ye…hehehe tumpang bergambar je..

Selepas melawat projek membuat bahulu kami terus ke Pusat Perusahaan Bunga Daun Getah dan Kraf Kayu di Kg. Sungai Garok. Kat sini kakakecik belajar teknik nak proses daun/bunga dikeringkan..”mak lepas nie beli microwave ye..bukan untuk panaskan makanan tapi untuk keringkan bunga/daun boleh la kita buat bookmark, keychain”

sdsi5Daun pokok puding kuning yang telah dikeringkan..hanya dengan 3 minit dah siap keringnya.

 

Seterusnya kami ke tapak semaian pokok getah di Mini RTC Selama Perak..Mini RTC nie dok penghujung jalan Selama tau…memang x sesat dah…sebab jalan mati di situ…hehehe..

sdsi9

 1

Pukul 3.30 petang kami bergerak balik ke Pendang…dengan hujan lebat…macam sedap je tido…best nya sedar2 dah dekat Seberang Jaya..Pak Cik Shaari singgah beli pau depan Masjid Jamek Seberang Jaya…kakakecik ambik kesempatan beli laksa buyung..

2Sedaaaaaaaaaap..murah pun murah.sebungkus RM2.50 je…lepas nie boleh la beli lagi

 

pssst : kalau nak tengok lebih banyak gambar sepanjang lawatan tu sila la singgah ke SINI

Wednesday, October 17, 2012

Kucing Oh Kucing

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

 

Petang nie rasa nak bebel pasal kucing la..seminggu nie kakakecik agak tertekan dengan 3 beranak kucing yang ada kat kawasan kedai nie..jiran kedai dia boleh bawak mai ibu kucing dan 2 ekor anak kucing ke kedai dia…memang la comey je kucing2 tu..tapi yang kakakecik geram tu pandai je dia bela…tuptup kucing tu boleh plak mai melabur kat tempat kakakecik…tak pasal2 terpaksa menghidu wangian yang semerbak harum nya…3 tempat minggu lepas…cirit plak tu..uwaaaaaaaaaaa sabar je la…jenuh la nak cover dengan dedaun dulu bagi pelaburan nya kering..x kan nak buang cair2 tu…tak sanggup cheq..termuntah situ je..lagipun macam nak hormat la tuan yang bela tu….

 

Tetapi Ahad aritu tuan kucing tu tak buka kedai…apa lagi kakakecik proses la buang kesan pelaburan, sambil tu dok bebel la dengan jiran sebelah kedai nie..dorang pun dok hangin sebab kucing tu elok dorang buka pintu kedai je…cepat2 dia masuk..tuan kedai x masuk lagi kucing dulu…tengah kami dok bebel jiran kepada jiran yang bela kucing tu muncul..dia tanya kakakecik dok marah bebel apa dengan anak kucing tu….apa kakakecik jawab….xde la nak marah ke bebel…nie ha…dok berak merata….dia pun terkejut….heehhe

 

Semalam bertambah2 la hangin, rasa kakakecik si ibu nya plak melabur kat tepi kereta tau la kat situ simen lantai nya rosak..so ada la tanah pasir untuk ia korek sembunyi pelaburan nya….tuan nya pun dah tutup kedai…kakakecik ambik penyedok dan penyapu tuan kucing tu dan buang pun dekat2 kawasan rumput kedai dia…bukan nak buat jahat..tapi itu je jalan terbaik.tempat terbaik untuk buang najis kucing tu…kawasan kakakecik semua nya bersimen..hehehe

 

pssst : kakakecik memang penakut dengan kucing dan benda berbulu..

KUIH LOMSUI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

KUIH LOMSUI…kuih apa plak nie…nak tau kuih apa..sila baca sampai habis..hehehe

Semalam bukan main lagi kakakecik bersemangat nak buat kuih lompang…semua nya terpengaruh dengan Awin…dia buat lompang yang menyerlah color nya…purple dan merah lagi..encik abi kata lompang seksi..untung la kan lompang dia seksi…kakakecik memang peminat tegar kuih lompang dan kuih tradisional yang lain…so ambil la resepi kat Lydia Miza

 

Pukul 8..start la membuat “lompang” nie…walaupun tak berapa nak yakin…buat jugak..sekali mak mai jenguk kat dapur…mak kata dah silap step nie..alaaaaaaa mak nie betul la macam nie..mak bukan pernah buat hahahaa…memang down dah time tu…mak kalau x jadi kita buat lain…kihkihkih

DSCN0281

Jom kita semak resepi lompang yang kakakecik ambil di blog Lydia Miza tetapi telah diubahsuai skit…sebab kakakecik x buat lompang warna warni…

Resepi : Kuih Lompang

Bahan-bahan :

  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah/gula melaka
  • daun pandan 2 helai
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar air kapur

Cara :

  1. Masak gula pasir dan gula merah dengan air secawan dan daun pandan..tapis dan sejukkan.
  2. Setelah itu boleh campur kan semua bahan dan warnakan ikut kesukaan
  3. Masukkan dalam acuan..
  4. Kukus 20 minit..Siap...
  5. Hiaskan dengan kelapa parut.

 

Sekali bila dah kukus…eh eh mana lubang nie…maaaaaaaaaaaaaaak awat lompang tu xde lubang…huhuhu…SAH memang betul la silap dah nie…nak tau silap tang mana….kakakecik p masak adunan tepung yang telah dicampur dengan air gula…huhuhu..

 

Kalau tengok gambar di atas tu mesti kata jadi la kan lompang nya…dah cover dengan kelapa…hahaha..cer tengok gambar bawah nie..hahahaha…dah jadi KUIH LOMSUI..awin yang kasi nama nie..lompang+kasui=LOMSUI…lomsui dara kata nya…coz takde lubang..hampeh betul budak awin nie..eh budak lak..mak budak tu

 DSCN0280

Jangan pandang sebelah mata….walaupun takde lubang tapi ia tetap sedap tau….kena makan time sejuk la..baru ummph..kalau makan waktu panas macam malam tadi..macam makan makanan baby..kunyah2 skit telan…hehhe…

DSCN0278

“Takpe shida jangan susah hati, belajar dari kesilapan..kalau tak tau kan…” insyaAllah kakakecik akan buat lagi…ingat nak bagi kat Tok Su Wang skit…tak salah kita buat dah sedekah kan….

 

pssst : sampaikan mimpi tau gara2 kuih lompang tak menjadi nie..huhuhu..sabar je la

Tuesday, October 16, 2012

CASH BOX

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Pagi tadi saja la kemas2kan drawer meja nie..sekali tertutup cash box yg selama nie dok buka je penutup nya tu…elok je customer nak bayar..alamak nak buka dah xboleh…tak pasal-pasal dah kelam kabut jadi nya…

 

Cuba dan mencuba guna number yang dok ingat..tak dapat2 jugak buka…apa lagi punggah la…mencari kunci cash box tu..puas la selongkar tempat yang diyakini kakakecik simpan kunci nya…tak jumpa jugak..dah 5 tahun mana nak ingat lagi kan..

 

Memang tak de cara lain dah…kena main pusing skit-skit nie kat nombor yang dok ingat..akhirnya Alhamdulillah berjaya pun buka…bila dah buka..apa lagi kena tanda la kat part number tu..hehe..

Monday, October 15, 2012

Memasak..Bukan Alasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Memasak…ada yang ambil mudah je dengan bab masak memasak nie..ada je alasan itu ini akan di beri bila sentuh bab memasak..tak reti la..tak pandai la..kalau alasan itu diberi dah tak boleh nak pakai dah…pergi je mana2 kedai buku,..bermacam2 buku resepi ada jual di pasaran..agak risau terbeli buku lain…zaman it semua nya di hujung jari..google, taip aje resepi apa nak menu apa nak masak..terpampang pilih je resepi mana satu yang agak kena selera…(tu kat sidebar SANTAPAN tu pun ada je blog2 masakan) EH…eh..kalau arini masak tak menjadi..jangan la putus asa..belajar dari kesilapan..bukan semua yang jadi chef kat luar tu lahir2 mai dah pandai masak..kan kan..hehehe

Resepi dah ada…tapi tak sempat la masak…macam2 benda nak kena buat itu ini..nak masak nasi mudah je..rice cooker ada…basuh beras..letak air..sukat la..pakai jari tu…petik tekan suis…biar je situ…nak bakar ikan..xperlu lagi pelekat api..hidupkan api biar sampai jadi bara….pemanggang ajaib kan da..beli labur je RM130.00 boleh guna berulang kali…nak buat sup takut tak sempat…pressure cooker ada…beli je…labur duit semua menjadi…jangan melabur duit di kedai2 makan..tak kan setiap ari sampai usia senja nak makan nasi di kedai je…huhuhu

Mesti ada jugak yang dok kata….alahai makan berdua je tak berbaloi nak masak..kalau agak tak berbaloi buat la dalam kuantiti yang kecil..tak perlu nak membazir..biar masak tu simple tapi kena selera….mahu plak yang dah kawen tu…tak kan nak biar suami makan di luar selalu kan…sayang kan suami kena la pandai jaga perut nya…jangan sampai buncit dah la…dengan masakan nie akan mengikat kasih sayang antara kita…tak kira la suami ke, anak ke, sapa aje…yang penting IKHLAS ketika memasak dan amalkan ayat pengasih ini..jangan dok masak sambil dok bebel menyumpah itu ini…

psst: dah 2 hari kakakecik malas masak…badan tak sihat…

p/s : mak kata bab masak...jangan bagi banyak alasan la..macam2 skrg ni ada..mudah je..kita yang wat ia jadi susah

KUKU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

KUKUPUNYACINTA...KUKUPUNYA CERITA…eh eh nyanyi plak kakakecik…
Kuku boleh dikategorikan salah satu anugerah yang diberikan untuk melengkapkan jari jemari..cuba bayangkan kalau jari tangan dan jari kaki kita tak mempunyai kuku…alhamdulillah 10 jari tangan dan 10 jari kaki kakakecik semua nya berkuku…bentuk apa tatau la plak..elok sempurna je letak nya…

KUKU di jari nie tak pernah akan panjang…kalau seminggu tak potong rasa semacam je..selalu nya kakakecik akan potong 2minggu sekali..pada hari Isnin dan Khamis/Jumaat..apa yang kakakecik ingat masa zaman sekolah dulu, di waktu perhimpunan pagi Ustaz Bakar ada bagitau sebaik2nya kita potong kuku pada hari2 tersebut dan cara potong kuku pulak hendaklah la bermula dari jari telunjuk tangan sebelah kanan dan berakhir dengan di ibu jari tangan kanan. Manakala untuk kaki plak..bermula dengan jari kelingking kanan dan berakhir dengan jari kelingking kiri…sejak daripada itu la begini la teknik/cara kakakecik memotong kuku.

Yang berkuku panjang tu tak rimas tak terasa terganggu ke? Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

Nak nak plak yang perempuan tu dengan nak memasak nya…camne nak buat kerja dapur kan..Risau kuku tu kuning erk bila terkena kunyit…alahai sayang sangat kuku tu kan…ada je yang terlebih sayangkan kuku tu..dok saja saja dok gigit kuku sampai “kulup”..sabar je la…

OPPS..kakakecik pernah tau tanya sorang perempuan indon selesa ke berkuku panjang..dia simpan kuku panjang sebelah kiri..dia kata okey je…tapi laki dia xberapa suka..huhu..eh macam2 tau yang kakakecik dipikirkan bila pandang orang berkuku panjang..mulut nie bukan leh dok diam..nasib baik perempuan tu kenal rapat dengan family tu yang berani tanya..hehhe..
psst : sukasangatperhatijaridankukuorang

Thursday, October 11, 2012

Kain Batik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kain Batik…tak ramai kan anak gadis dan mak mak dara sekarang nie yang pandai pakai kain batik..boleh bilang je kot..try buat survey tengok…Kalau ada pun pakai waktu datang bulan tak pun waktu dalam pantang...betul tak betul kan..

Kakakecik alhamdulillah masih berselesa berkain batik..almaklum la dok kampung…sejak usia remaja lagi dah pakai kain batik nie…kalau hari cuti kalau x kemana2 kain batik dan tshirt je la pakaian kakakecik di umah….ada jugak adik2 KBU yang pernah lihat sendiri kakakecik berkain batik..ye la jenis terpa mai umah…hehhe..

Bak kata Pakcu Sofi, kain batik nie seni…ye la bukan semua orang pandai berkain batik…kakakecik lak sambung..kain batik memang seni sebab lukisan corak nya2 memerlukan seni untuk menghasilkan nya…

Kain batik 3 serangkai yang Indon kakakecik paling suka…bidang nya besar dan labuh…kalau yang cap pokok kelapa…cap semut tu bidang nya kecik/sempit..kalau pakai asyik terlucut..kalau cap 3 serangkai insyaAllah selit elok tak akan lucut la…opps satu lagi masa nak pakai kain batik tu jgn dok betul je kaki tu..hulurkan ke tepi sedikit sebelah kaki tu…dan jangan bagi sama selisih nya..serongkan skit..baru jalan senang..hehehe..HAAAAAAAAH jangan pakai tu terhulur lidah..wat malu mak sendiri je…

pssst : berkain batik dan berbaju kelawar topik hangat di twitter petang tdi

Wednesday, October 10, 2012

PENGAT PINGAT

PENGAT PINGAT..korang pernah makan tak…hahahahahaha..mesti tak..sebab ia bukan sejenis makanan..tetapi TYPO..terbahak-bahak di petang hari dengan sejuk nie bertambah-tambah athma nya…

semua nie gara2 di twitter la…konon dok tuit dengan Ros Anisza pasal pengat pisang….ntah macam mana petang nie asyik typo je…

 

Sekali kakakecik tuit yang berbunyi (eh de bunyi ke,kalau baca dalam hati xde la bunyinya)

“saya tak pernah buat pengat pingat tu yang saya tanya…hehehe..thanks awak awk yang jawab tu”

 

Time dok tengah rancak pasal pisang nie..muncul si Pikar…dia leh balas

Ikar@ZulfikarHazri pingat emas ke gangsa? RT @KakaKeciK: saya tak pernah buat pengat pingat tu yang saya tanya…hehehe..thanks awak awk yang jawab tu

 

typo

 

Baru perasan yang kakakecik de typo uwaaaaaaaaaaaaaaaaa..

 

typo1

 

ingat kan habis kat situ rupa2nya ada lagi tuit Pikar yang boleh wat ayat untuk game radio buruk

pikar

 

Pengat punya pasal jadi meriah plak tuit kami bertiga..sabar je la..Pikar terus menerus membuatkan kakakecik dia dok gelak sorang2…eh gelak berjemaah dengan sapa yang baca tuit kami nie la

pikar3

 

pikar4

Dah tu Pikar boleh plak kata x sabar nak tunggu akak Lydia Miza dia up entry pasal resepi pengat pingat nie..hahaha…tak sabar nak merasa kata nya…rasa pengat pingat nie ranggup kot gamak nya Pikar…hahaha.

 

psst: korang pergi jenguk dan baca entry Pikar…entry dia memang kena ambik masa untuk baca..mengalahkan karangan masa SPM tau…sori ye pikar..akak lawak2 sambil promote nie..hehehe

Madu..Sebagai Penawar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Madu…opps bukan berkisarkan tentang hidup bermadu ye,kalau hidup bermadu dapat PAYUNG EMAS…tapi ini adalah berkenaan MADU LEBAH yang sememangnya ada banyak kebaikan dan khasiatnya. Alhamdulillah kakakecik amalkan pengambilan madu nie dah bertahun-tahun kalau tak silap kakakecik dari tahun 2004 lagi…time tu kakakecik kena athma yang agak teruk la…sejak tu la setiap malam sebelum tido telan madu…bila lama2 dah okey..athma pun xde sangat…tinggalkan pengambilan madu…tetapi nak 2minggu lepas kakakecik asyik kena athma je setiap malam..makan ubat pun tak okey jugak…

 

Time nie baru la teringat nak amalkan madu semula…memang kat umah tu ada lagi stok madu setengah botol..cari punya cari tak jumpa..biasa la waktu kita nak tu memang la xjumpa..kena cari slow-slow…alhamdulillah jumpa pun…so apa lagi…telan la madu setiap malam n pagi…athma pun dah okey..bila dah okey gatal plak dok wat malas nak makan..xpasal-pasal arini rasa x selesa penafasan nya…malam nie dan malam seterusnya kena telan madu dulu la…

 

Selalunya kakakecik makan madu ni dengan cara minum terus dengan sudu (plastik), tapi itu adalah cara yang tidak betul. Cara yang sebetulnya ialah dengan meminum madu bersama-sama dengan segelas air yang suam-suam kuku. Ambil segelas air yang suam-suam kuku.  Kemudian masukkan 2 sudu madu lebah dan kacau dengan sebati dan terus minum seperti biasa. Itulah cara yang paling elok dan terbaik.

 

Madu nie memang elok pun kita amalkan…terutama yang ada lelah/athma nie..sebab bila kita minum madu nie ia akan melegakan batuk yang berpanjang..dok koh koh tak de kahak tu..insyaAllah akan okey…bila batuk dah okey…pernafasan automatik la elok kan..xde la dok nyawa hit hit lagi..hehehe (berdasarkan pengalaman sendiri la)

 

p/s : Madu lebah merupakan sebaik-baik ubat/penawar yang Allah anugerahkan kepada manusia.

 

Tuesday, October 9, 2012

Jom Memasak : Kek Marble Neopolitan

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

DSCN9979 

Kalau dah balik berkumpul kat umah tu tak sah la kalau tak mintak si kakak sorang nie buat itu ini kan…Jumaat dan Sabtu jalan je..xde masak2..so Ahad tu kebetula badan tak berapa nak sihat..athma lagi awal pagi tu…memang tak bermaya sangat la…Ahad nya, Dik Ilah dah nak balik Ipoh..rasa macam tak best plak kalau tak buat apa2 untuk nya…dok plan nak wat kek gula hangus je…memang dia nak makan itu je…sekali kek gula hangus yang kakakecik wat 2 adunan sekali gus tu tidak menjadi kek sebalik nya jadi bingka gula hangus…nasib baik buat untuk makan-makan family je..kalau tak jenuh nak membuat nya semula..

 

Kita dah nak buat kek gula hangus..dimintak nya plak Kek Karamel dan Kek Biasa berwarna warni…so kakakecik pun buat la kek marble neopolitan nie..saja la kasi nama yang canggih skit kan..hehehe..lagipun tergoda dengan Cupcakes Neopolitan CMG..Jom kita semak resepi kek marble neopolitan nie..simple je..

Resepi : Kek Marble Neopolitan

Bahan:

  • 250 gm butter
  • 240 gm gula kastor
  • 240 gm tepung tepung naik sendiri
  • 4 biji telur
  • 1/4 cawan (60 ml@60gm) susu cair 
  • esen vanilla
  • pewarna pink + strawberry paste
  • 1 sudu serbuk koko + coklat emulco
  • badam cincang untuk hiasan

Cara membuatnya :

  1. Panaskan oven dengan suhu 170C, lenser kan loyang yang bersaiz 7”
  2. Putar butter ngan gula hingga kembang dan ringan
  3. Masukkan telur satu persatu....pukul lagi hingga kembang
  4. Masukkan tepung yang telah di ayak berselang seli ngan susu cair..kacau hingga rata dan sebati
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Satu diberi perasa esen vanilla, satu lagi strawberry paste + pewarna pink  dan satu lagi chocolate emulco, kacau rata ketiga-tiga adunan ini
  6. Masukkan dalam loyang yang telah digris berselang seli (tindan tindankan). Buat hingga siap.
  7. Tabur badam cincang dan bakar selama 45-60minit minit hingga masak.

Selamat Mencuba

DSCN9978

Alhamdulillah..4biji kek termasuk kek gula hangus yang tak menjadi tu kakakecik dapat buat pada ari Ahad yang lepas…2 biji kek karamel dan sebiji kek marble neopolitan ini..Sedih jugak tak sempat nak belajar menulis di atas kek..mak dah bising suruh potong nak bagi kawan nya yang datang dari Perak. Rezeki orang Perak la makan kek kakakecik buat…Dik Ilah pun bawak balik ke Perak jugak…untuk kawan2 klinik nya makan..

Aku Yang Berdosa

Lirik Lagu Aku Yang Berdosa- Shahir

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

-Ciptaan Sham Kamikaze-

Perlis : Pelengkap 5P

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Perlis Darul Sunnah…kalau dulu Perlis Indera Kayangan…negeri yang berjiran dengan Kedah..kalau dari umah kakakecik nak ke Kangar tu ambik masa dalam 1 jam 30 minit jugak la..tak de la jauh dan tak ada la dekat sangat…last kakakecik pergi pun awal tahun aritu..selepas dik ilah habis pantang..dan Sabtu baru-baru nie bawak lak kak Ja yang habis pantang..elok baby auni 2 bulan lebih la…lengkap la 5P kakakecik…Pulau Pinang,Pendang, Perlis, Pendang..nak jadikan 6P kena pergi Perak la hehehe

 

Kalau nak diikutkan plan awal tu…abg din sekeluarga akan balik umah mak..biasa la kan bila dik ilah dari perak balik..pakat2 la berkumpul ramai2 di umah mak..tetapi nak dijadikan cerita..Sabtu tu kat umah tak de air..so malas nak masak ke apa..terlintas la nak pergi Perlis..terus kol dik ilah tanya ada kat mana semua..masa kul 11 tu depa dah de kat SP..ajak la pegi Perlis..bila tanya kak niroh dia pun x confirm lagi balik ke tak umah mak..dia suruh tanya abang din…calling2 abg din, mesti la dia suruh p umah dia kan…

 

Elok Dik Ilah dan Shahir sampai bagi depa rehat sat..baru kami p perlis..sebelum p tu singgah makan kenduri kat umah Pak Ndak Nan dan ambil ubat mak dulu..Sampai Kangar pun dah kul 4.30 petang…kakakecik tido start dari Ayer Hitam sampai Kangar..sedar2 dah masuk taman perumahan abg din pe duduk…tu pun mak suruh turun beli kuih muih…huhuhu..

 

Konon la sangat nak makan tengahari kat umah abg din..makan malam pun xde nya kat umah dia…Kak Niroh ajak makan di Derma Corner’s Kangar..nak makan satay kata nya…

kangar

Macam-macam jugak la kami makan malam tu…ada Hot Plate Seafood, Mee Kari Ayam, Lontong, Bihun Soto extra Begedil, Keow Teow Tomyam, Keow Teow Sup, Burger, Satay, Sotong Goreng Tepung…kakakecik pada awal2 tu puas meronda dari 1 gerai ke 1 gerai…tatau nak makan apa..last2 p duduk semula kat meja dok pikir nak makan apa la…last2 order Ktw Tomyam…sekali bila dapat je mangkuk nya..errrrrrrrm..tak macam yang di idam kan…makan hirup 2-3 suap pastu bagi kat Athirah, Kak Niroh dan Angah habiskan…

angah 

Selain Shahir penyelamat makanan kami…Angah lagi la hero penyelamat makanan kami semua malam tu…mana tak habis semua hulur kat dia..tak hulur pun dia sanggup je pergi kat makanan tu…bukan je makanan..air pun semua dia habiskan…sampaikan pikir kat mana la Angah nie simpan makanan dia…biasa la budak lelaki tengah membesar, lagi pun Angah kan aktif bersukan..petang tu pun dia kayuh basikal ntah sampai ke mana..sampai berpeluh-peluh

 ainur sorfina 

Ainur Sorfina yang mirip amoi dan awek Jepun balik kali nie diam je..tak de sangat bunyi suara tapi ligat ke sana ke mari dengan walker dia…dah tu nak tunjuk berlagak..nak belajar jalan..2-3kali jugak kakakecik agah dia sampai nangis..hahaha..mesti dalam hatinya kata…sabar je la dapat Ateh macam nie..

 

pssst : raya haji nanti plak la kami dapat berkumpul ramai2 semua..tu pun petang raya ke2..yehaaaaaaaaaaaa adik balik raya nanti…

P/S : achuuuuuuuuuuuu jangan jeles tau

Monday, October 8, 2012

PHS dan Feri

Assalamulaikum dan Selamat Petang…

DSCN9916

Ini kisah kakakecik, fienaz, PHS dan Feri Pulau Pinang…Jumaat aritu kan kami berdua terkejut tergempar pergi Pulau Pinang…alahai entry tak sat nie..xbaca pun…nah nah KLIK nie..

 

Feri..dah setahun lebih kot kakakecik tak naik..PHS pun sama dah lama x menapak kat dalam feri tu…Sebelum nak sampai terminal boleh plak silap lorong..sepatutnya kena lorong kiri…fienaz p dok lorong tengah..nak belok ke kiri naik ke atas…tak boleh walau dah bagi signal..bas dok hon dan tak bagi laluan..hampeh betul kan bas tu…bertolak ansur la skit…tak pasal2 terpaksa u-turn untuk terminal feri semula…

 

Elok dah sampai terminal…alahai banyak plak kereta nak naik feri tengahari nie…PHS di lorong kedua kiri…dalam hati dok mintak2 la dapat naik atas…2 line kanan kami ke atas…kereta line sebelah kiri dan kanan ke bawah….Agak-agak la dapat tak erk kami naik bahagian atas…

 feri

Fienaz..kita nie ke atas ke bawah ye…mintak2 la atas kan..baru best…dalam dok bajet2 tu...dup dap dup dap..sekali abang jaga line tu datang depan PHS..sambil pegang kon…kakakecik konon2 la wat tunjuk kat atas…sekali dia perasan dan dia anggukan..YEEES YESSS…senyum simpul la kakakecik dan deknasz…

IMG_7644

Sabar ye la kan kami berdua nie…apa pun happy sesangat Jumaat tu…semua nya tak dirancang..tapi kerana izin Allah akhirnya apa yang kami nak..terlaksana…

 

pssst : best tau kalau naik feri dapat lak bahagian atas…angiiin pergh..bukan lagi sepoi2 bahasa…

Pulau Pinang : Dirancang, Tidak Dirancang dan Tertunai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa punya tajuk la kan..dirancang, tidak dirancang dan tertunai..destinasi Pulau Pinang plak tu..Apa yang dirancang, apa yang tidak dirancang dan tertunai tu..huhuhu..berbelit-belit eh...kalau nak di ikutkan 2-3 hari sebelum tu dalam kepala otak kakakecik nie dah dok nampak-nampak Pulau Pinang…dok bayangkan kat atas puncak Penang Hill orang kampung kata..kalau omputih panggil Penang Hill tu Bukit Bendera…bukan je Bukit Bendera je,Taman Rama-rama la…konon la nak ikut Abg Mie dan Kak Ja join rombongan tadika Aiman…(Eh, xde makna nya nak g naik bas dengan budak2 tu)

Tapi…semua tu hanya tinggal angan-angan sahaja..sehingga jam 3.30 petang

 

Kenapa plak sehingga jam 3.30 petang…HAHAHAHA, ini la di namakan yang tidak dirancang dan tertunai…Fienaz tetiba mesej kakakecik dalam kul 10 pagi..apa yang kami berdua sms

Fienaz : Kak, jom p bukit bendera..

Kakakecik : Jom, bila nak p?

Fienaz : Arini la…

Kakakecik : biaq betul deknazs nie…

Fienaz : Betul la kak…fienaz dah plan dengan kawan2 tp depa last minit xjadi p plak..fienaz mmg nak sangat naik bukit bendera tu..jom la ajak sesapa lagi..kalau ramai best skit

Kakakecik : tak pun mai je la pendang..kita jejalan sini

Fienaz : ala, kat mana je..(amboi dia dok wat peleceh pendang plak)

Kakakecik : tak pun kita p padang besar ke, bukit kayu hitam ke, ladang anggur beris ke (dalam hati dok kata perabis duit semua tempat tu)

Fienaz : ntah, nak naik bkt bendera

Kakakecik : ok g ke nak p la ni..lau deknaz nak p gak jom ar

Fienaz : Ok je..nanti petang roger geng2 penang lepak sana depa abis keja. akak dtg amek finaz nanti kita tong2 minyak n fnz belanja ferry

Kakakecik : erm ok kak nak siap dulu…

Fienaz : Yeay!! syg akak!!

 

Lepas je sms macam tu terus lari masuk umah..iron baju tudung semua..zup zap siap..pukul 12 tghri kuar dari umah tekan pedal minyak menuju ke Semeling..terkejut plak Fienaz bila kakakecik cepat siap…Sampai je umah Fienaz jumpa mama kejap..borak-borak terus ke terminal feri butterworth…ikut jalan bawah..opps fienaz la bawak PHS tu…hehehe..kakakecik relax je kat sebelah..

 

Alhamdulillah lebih kurang jam 3.20 petang kami berdua sampai ke kaki Penang Hill..

 DSCN9922

Sebelum beli tiket kita bergambar dulu sekeping dua..sebagai kenang kenangan..

 DSCN9925

Fienaz sedaya upaya mengeluarkan Mykad.konon guna studentcard x perlu la tunjuk ic..nak harga murah punya pasal…(student2 kalau nak naik bukit bendera jangan lupa bawak kad matrik ye..dapat separuh harga tau..harga kanak-kanak, HAHAHHA)

341049_505788562766501_1145639810_o 

Dah dapat tiket naik tren dok apa lagi….jom jom cepat naik tren..

DSCN9930

Akhirnya kakakecik dah fienaz dapat pun menjejak kaki ke puncak Bukit Bendera..Setelah hampir dan melebihi 10 tahun..semua nya dirancang...tidak dirancang..akhirnya dengan izin Allah ia tertunai jugak walau pun hanya kami berdua.....berdua lebih baik.hehhee

 IMG_7670

Dengan cuaca yang redup…elok benar untuk kami menikmati keindahan ciptaan Allah SWT…Alhamdulillah..

  IMG_7664

Pemandangan Pulau Pinang dari puncak Penang Hill…nampak jambatan dan jugak jambatan kedua yang masih dalam pembinaan…kalau sapa2 nak tengok dengan lebih jelas..boleh masuk kan syiling 50sen 2 keping dalam teropong yang disediakan..(berapa minit tak pasti coz kakakecik dan fienaz tak teropong pun, kalau teropong tu leh nampak pendang dan semeling tak ek)

 penang hill

Tahun depan genap la usia Penang Hill yang ke 90…

IMG_7686

Iklan Twister..RM 4.00 sebotol..jangan tak percaya..mahal gila bapak tu…ingatkan 2 botol RM4.00 rupa2nya sebotol RM4.00 lepas nie sesapa nak jejalan kat atas puncak tu..beli la siap2 jajan dan air sebab kat atas sana tu harga kalah di KL dan jajan pun xde jual…

 

Setelah 2 jam kami lepak di puncak…borak-borak sambil jejalan sampai lenguh kaki…akhirnya kami turun balik..time turun terpaksa tunggu tren…ramai plak orang…

ckt2

(bersama dengan bakal suami orang..lepas nie dia tu kalau datang mesti berdua dengan isteri nya la…hehe)

Sebelum balik Kedah..singgah makan kat CKT Adam, Permatang Pauh…sejam jugak menunggu 2 orang sahabat KBU nie…sementara tunggu dorang, kami jamah dulu nasi lemak..lapar kot tak makan semata2 bukit bendera…hehehhe

 

pssst : lepas nie tatau la bila lagi akan menjejak kaki ke puncak Penang Hill..thanks fienaz atas sms terkejut itu

Thursday, October 4, 2012

Cucur Udang Kembung

alamak petang2 macam nie memang time lapo…dengan sejuk-sejuk hujan ternampak plak cucur udang di blog Lydia Miza nie…terus perut nie nyanyi hip hop…

 

cari kat google dan jumpa yang nie di blog damai qalbu

 

eh macam mana erk nak buat cucur udang tu bagi kembung…teringin jugak nak tahu dan buat sendiri…pagi tadi mak beli tapi cucur dia agak berminyak..makan x habis 1 biji pun dah rasa nak terMUN…huhuhu…

 

pssst : sapa ada resepi/petua nak bagi cucur udang kembung nie tinggal la komen erk..

Marah…Senyum Dulu Boleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Manusia…biasa la kan tak kira jantina, umur mesti akan ada je rasa sakit hati, geram dan dendam..seterusnya akan mencetuskan api kemarahan..tapi kita kena la pandai mengawalnya..tak kan suka hati main sembur je…ye tak..tak pasal2 nanti kena sembur semula terduduk kot…

 

Kalau la rasa nak marah sangat tu kan..apa kata cuba tanya kat diri tu, kenapa nak marah sangat nie..besar sangat ke masalah tu dan akan selesai ke masalah tu kalau kita marah…erm, apa tak dapat jawapan nya…makin membuak-buak marahnya ye dan tak boleh tahan sangat dah…cuba la buat sesuatu yang boleh meredakan kemarahan tu…yang perempuan dapat pergi shopping hilang la amarah tu..yang lelaki…kalau yang kaki jenis layan game tu…pergi la main game..lepas perasaan marah kat situ..jangan dihempuk nya alat permainan tu dah le…yang paling utama jangan anggap masalah tu adalah masalah…buat bodoh je..jangan dok pikir sangat..kalau dok pikir setiap minit setiap jam memang boleh meletup…

 

Opps memang tak tahan sangat dah..marah la..kalau itu yang boleh kan hati dan jangan lupa sebelum nak lepaskan amarah tu senyum dulu boleh tak..bukan nya sebab apa..senyuman boleh membuatkan kita akan lebih tenang dan segar..dan yang penting beristighfar la banyak-banyak..bagi sejuk hati tu..tak de la nanti kuar perkataan yang tak sepatutnya…

 

pssst : jangan melepaskan marah anda tak tentu pasal…pikirkan hati orang lain sama.jangan strees sangat, kakakecik lak kalau tak tahan sangat geram marah sangat2 sampai leh nangis tu..huhu

Spontaneus Thursday #12

“Camar yang hilang tak akan kembali ke sarangnya semula”

-semoga dia tabah-

Monday, October 1, 2012

Sentiasa Minta Diisi

Ya Allah kenapa la macam nie…sampaikan sesiapa yang duduk dekat sentiasa sama kakakecik mesti tekanan dan risau..mahu nya tak…setiap 2-3jam sekali perut nie mintak di isi.

 

2 Malam lepas..Kak Ja dah malas layan kakakecik..ye la pukul 10 lebih dok membebel lapar..lapar…suruh dia buat spghti dia tak nak…kakakecik nak masak malas…saja nak manja2 dengan kakak kakakecik sorang tu..dia kata x boleh tak boleh..dia sampai tutup telinga x mau terikut nafsu makan kakakecik..ye la berat dia dah naik sejak bersalin kat auni…Mak Su plak dok bebel dekat kakakecik sebab makan dah lewat…ni kira awal la maksu baru pukul 10 malam sebelum nie pukul 12 pun cheq makan nasi lagi….memang nak berat naik nie budak nie..maksu terus membebel lagi…a;a memang pun skrg nie berat dah turun 2kg…kalau naik maintain balik berat sebelum posa ok la…hehhehe..

 

Kalau nak ikut rutin makan kakakecik setiap ari…sarapan pagi memang xada..pukul 12 makan nasi, pukul 3 makan lagi nasi..waktu petang macam nie kalau boleh tahan tahan la perut tu..kalau tak tahan cari la apa2 yang boleh makan..(nie tengah tunggu air mendidih nak rendam megi cup), pukul 7 makan nasi lagi..malam kul 9 or 10 makan lagi…macam malam tadi makan kerepok sira dan kerepok lekor…makan sorang2 je..orang dalam umah tu tak mau teman kakakecik makan..

 

psssst : tapi dorang pelik makan banyak tak besaq2…huhu

2 Hari 5 Biji

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

 

Apa khabar semua..sihat? Alhamdulillah..kakakecik just yang tak berapa nak sihat…tapi masih mampu untuk melakukan kerja seperti biasa..malam tadi agak teruk jugak athma kakakecik..tido sejam pun dah sesak nafas..dah le tido semenjak 2 menjak nie bertentangan dengan dengan sebelum nie…tido songsang mcm tu..kepala di kaki, kaki di kepala…(sendiri2 paham la)..bila teringatkan penukaran url kakakecik nie..kecian jugak kakakecik dekat adik ilah, adik pikah dan kak ja bila dorang nak buka blog kakakecik dah tak boleh..2-2 orang adik kakakecik siap telefon lagi tanya kenapa dah x boleh buka blog cahayanurqasih..adik pikah tanya..kak shida blog ang kena hack ke..sapa la nak hack blog cikai kak nie adik ooooi…Adik-adik, kakak2..kawan2..kakakecik dah tukar url kepada adishshida.blogspot.com sekarang nie…

 

Eh Eh..dah dah bukan nak cerita bab tukar url baru tu…(baru ke..tak la url lama dulu)..nie kakakecik nak cite dengan 2 Hari 5 Biji..selalu nya orang 2 Hari 3 Malam..tak pun 1 Malam 2 Hari…tapi kakakecik punya 2 Hari 5 Biji…apa kebenda nya la kan..Sebenarnya Jumaat dan Sabtu lepas (2 hari la kan) kakakecik buat kek…5 biji..2 biji kek karamel pada hari Jumaat (Mak Ngah tempah 1 biji, 1 biji lagi untuk makan2 di rumah) dan Sabtu nya plak buat 3 biji kek…1 biji kek marble coklat dan 2 biji kek karamel…(kek nie pun buat untuk Kak Ja bawak pegi opis dia untuk makan-makan dan 1 biji kek karamel tu macam biasa la stok di rumah…rezeki sapa2 yang datang bertandang)

kek marble coklat

Kek marble yang sedikit derhaka…kenapa plak p derhaka tu…kakakecik gatai tangan “sagat” coklat masakan dalam adunan…sekali hudung plak jadi nya..huhu..tapi apa pun masih sedap..resepi kek nie korang boleh rujuk resepi ini, hanya korang tukarkan je perasa tu..

 kek karamel

Kek Karamel untuk Kak Ja bawak pergi opis…untuk makan-makan dengan rakan sepejabat setelah 2bulan cuti berpantang…dorang nak kek 2 tingkat..so ini la kek nya..1 tingkat karamel dan 1 tingkat kek berbelang…untuk kek karamel nie kakakecik dah guna resepi lain skit daripada resepi kek karamel sebelum2 nie..adunan kek nya masih sama cuba untuk adunan karamel tu kakakecik dah tambah susu cair dan telur.. x paham ye…okey2 kakakecik kongsi resepinya ye..jangan risau..usah merajuk2…nanti cepat tua..

kk

RESEPI : KEK KARAMEL  VERSI KARAMEL TEBAL

# loyang 8 @ 9 inci

Bahan-bahan dan tekniknya :

GULA HANGUS

  • 2 @ 4 sudu besar gula

**Jadikan gulakan gula hangus.Ratakan pade keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pade loyang

BAHAGIAN ATAS( karamel )

  • 1 tin susu cair
  • 70 gm gula castor
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • 3 kuning telur
  • 2 biji telur penuh

** Kacau sebati..kacau dengan perlahan dan ketepikan

LAPISAN KEK (A)

  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula castor
  • 3 kuning telur
  • 135 ml air
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak (3-4 sudu)

** Putar telur kuning,air dan minyak dan gula hingga kembang
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit
** Biarkan sebentar

MERINGUE (B)

  • 6 telur putih
  • 70 gm gula castor
  • 1 sudu teh krim tar2

** Pukul telur putih hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar…pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan..
** Campurkan A dan B..KACAU DENGAN SPATULA..kaedah kaup balik

Cara-cara:

  1. Tapis karamel dalam loyang gula hangus
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan.(kakakecik bahagikan kepada 3 bahagian : 1 – pewarna hijau + pandan paste, 2 – merah + strawberry paste dan 3- serbuk koko dan chocolate paste)
  3. Panaskan oven selame 10 minit .
  4. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.
  5. 40 minit pertama gune api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pade suhu 180 darjah

 

- Selamat Mencuba-

 

pssst : Jumaat or Sabtu nie nak try buat kek karamel ikut petua Ita Yuzie…harap2 menjadi

p/s : Alhamdulillah dari buat makan2 nie dapat jugak duit poket bila ada orang tempah..