Assalamualaikum dan salam sejahtera
Agak lama kakakecik sunyi kan, tuntutan kerja hakiki dan sampingan perlu diberi keutamaan. Dalam dok sibuk-sibuk di hari kerja, bila hari cuti memang tak reti nak dok saja melepak kat rumah..harus jugak pegang mixer hehe.. So, jumaat lepas kakakecik cuba membuat kek minyak yang tengah meletopz sekarang nie. Kebetulan kakak kakakecik mintak buatkan 2 biji kek butter untuk jamuan sambutan hari guru dan besday di tadika / taska aiman, aisya n auni..
Macam orang mengantuk di sarung bantal la kan..kakakecik guna kan peluang nie untuk mencuba resepi kek minyak yang agak mudah dan senang je. Resepi diperolehi hasil google..menilik dua tiga untuk buat yang terbaik..In Sha Allah…kiranya kakakecik gabung resepi dan teknik nya..hehe
Resepi : Kek Minyak
Bahan - bahan :
- 5 biji telur
- 1 cawan minyak jagung / minyak masak
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan gula kastor
- 2 cawan tepung gandum naik sendiri
- 1 st baking powder
- 1 sb ovalette
- 1 st esen vanila
- pewarna pilihan
Cara-cara:
- Pukul telur dan gula hingga kembang (dalam 10-15 minit).
- Masukkan ovelette, esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi hingga rata.
- Akhir sekali masuk kan tepung berselang seli dengan minyak. Jika dimulakan dengan tepung diakhiri juga dengan tepung. Gaul hingga rata dan sebati
- Masukan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi sekadar untuk adunan bergaul rata.
- Kemudian bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian dan bancuh menggunakan warna kegemaran. (Kakakecik guna 4 warna pilihan Aisya, Pink, Purple, Peach dan Biru)
- Lenser loyang dgn sedikit mentega dan alaskan dengan baking paper.
- Ambil satu senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah loyang. Mula la melapis berselang seli dengan warna-warna yang ada hingga habis.
- Bakar pada suhu 170 celcius selama 45 minit atau sehingga kek masak.
Selamat mencuba..kek nie memang sedap gebu lembut je..tak rugi mencuba tau..kakakecik buat 2 biji aritu…