Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, March 8, 2016

Koleksi Tudung Online Benang Hijau


Berhijab menjadi tuntutan kepada kita semua yang beragama Islam dan industri fesyen tempatan boleh dikatakan telah berada dalam pencapaian amat membanggakan serta semakin pesat berkembang.  Ini dapat kita lihat daripada kemunculan pelbagai koleksi pakaian Muslimah yang terbaru dengan jenama-jenama tempatan yang semakin banyak kita temui di pasaran.  Jika dahulu, wanita berhijab mempunyai pilihan yang amat terhad, namum kini koleksi pakaian muslimah boleh dimiliki dalam rangkaian yang meluas dengan tawaran harga yang cukup menakjubkan. 


Salah satu jenama tempatan yang boleh kita banggakan adalah Benang Hijau Collection "Inspirasi Wanita Anggun" yang bermula secara kecil-kecilan secara online.  Mungkin Benang Hijau masih belum setanding dengan jenama-jenama tudung terkenal yang lain seperti Galeri Ariani mahupun Bokitta, namun jenama Benang Hijau mempunyai sejumlah penggemar yang tersendiri dan kini semakin dikenali ramai.  (Ehem ehem, kakakecik la salah seorang penggemar tudung Benang Hijau terutama tudung bawalnya )





Sama seperti jenama-jenama tudung online yang lain, Benang Hijau juga amat mementingkan kualiti setiap produk yang dihasilkan serta amat menitik beratkan soal pemilihan jenis fabrik. Oleh kerana itu, rata-rata penggemar koleksi tudung Benang Hijau sebulat suara berpendapat bahawa fabric tudung yang dipakai adalah tidak panas dan amat selesa dipakai. Bukan itu sahaja, ia juga menjadikan koleksi tudung tersebut lebih mudah dipakai dan dibentuk pada muka. Kakakecik janji anda semua akan berpuas hati dengan kualiti tudung Benang Hijau, kalau tak, tak kan setiap hari kakakecik akan memakainya untuk pergi kerja dan jejalan.




Dan tentu sahaja koleksi tudung online keluaran jenama Benang Hijau ini juga boleh anda temui dalam pilihan yang cukup trendi dan unil.  Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk tampil menawan dengan koleksi tudung terkini daripada Benang Hijau Collection hari ini juga !!! Inspirasi Wanita Anggun.






4 comments:

Kira Sakura said... [Reply]

Kak sunah dlu kerja kat benang hijau lah kan?

najihah sahami said... [Reply]

sama kak. suka pakai tudung benang hijau. chiffon dia cantik terletak walaupun bawal. tak kembang. hehe. tp ada 2 helai je koleksi. susah nak carik butik benang hijau.

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Kira Sakura
yer kiera...dia keje di benang hjau johor

aDisH.sHidA said... [Reply]

@najihah sahami

akak memula dulu beli on9 kat website dia..pastu bila adik stdy d ukm..selalu g butik dia terus di bangi