Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, June 11, 2012

Holiday #2 : Layan Pantai PD

 

Sambung kembali holiday kakakecik dengan family abg din…

P1020459

 

Sepanjang 3 hari  2 malam kami holiday minggu lepas, Glory Beach Resort menjadi tempat inapan kami bertujuh, ulang sekali lagi bertujuh…Abg Din dan Kak Niroh dah booking apartment kat GBR…kakakecik sapu2 pasir di kaki masuk je kat aparment tu…hehehe…GBR nie terletak di hujung2 pantai PD dah kalau tak silap kakakecik…sebab ia di dalam kawasan Tanjung Pantai Gemok…tang mana gemok tatau la…

 P1020571  

Selepas check in je…kakakecik gedebuuuuuuum tido…penat kot sepanjang perjalanan dari Kedah ke Negeri Sembilan kakakecik hanya tido lebih kurang 1 jam sahaja…risau nak biarkan abg din drive sorang yang lain pakat lentok tido tatau sampai mana dah…kakakecik sedap je tido di bilik..aiman, afiq n athirah turun ke kolam renang…lama x lama dorang berendam petang tu sama dengan kakakecik tido..hehehe..

pd

 

Selepas makan malam sebelum balik GBR kami singgah di pantai……ramai jugak yang lepak time malam2 di tepi pantai…siap ada yang bentang tikar dan baring mengira bintang ditemani cahaya rembulan…pada awal tu nampak macam pelik je kenapa la dok baring tepi pantai nie kan…yang kami berlima seronok je jalan2 ikut pesisir pantai sambil berkejaran…tapi agak bahaya jugak malam tu sebab ombak nampak mengganas sekali sekala…

 

pd2

 

Yang best nya GBR nie memang tepi laut je…pepagi budak2 pulun main di kolam renang..kakakecik layan diri di tepi pantai sorang..best je tengok alunan ombak dan deruan nya..diringi plak dengan kicauan burung yang berterbangan..memang terasa tenang sangat2…sampaikan ombak menerjah sampai ke pinggang pun kakakecik rilex je…

 

P1020428 

 

pssst:3jamdan3xkolmintakironhebattakservicehousekeepingGBRnie

Sunday, June 10, 2012

Kereta Korang Ada….

 

Kereta korang ada ke macam empunya kereta nie ada…hehehe..apa yang dia ada…

 

DSCN9016 (mintak maaf tuan kereta…baru perasan tak boleh snap picture hahahaha)

 

Persona PJW sapa tatau la…parking sebelah menyebelah dengan kereta abg kakakecik kat RNR Tapah awal pagi Rabu lepas..

kakak ipar kakakecik “Eh, betul ke kereta dia tu ada wifi semua tu” sambil jenguk ke kereta sebelah…

Kakak iparku…itu hanya sticker la..tapi mungkin jugak ye kan…sapa yang tau..tuan kereta tu je..

 

pssst:silaptakonwifi cubateraitesttengokhahaha

Jom Memasak : Kek Karamel Sakura

Assalamualaikum dan selamat petang

 

Kek Karamel kek karamel kek karamel…tak de kek lain ke yang kakakecik nak buat…dah naik bosan gamak nya korang dok nampak asyik kek karamel je dok tayang kat blog nie…tu yang kakakecik tak share dengan korang walaupun mgu lepas hampir 4 biji kakakecik buat…hehe..tapi yang kali nie wajib dan nak jugak share…special sikit kek karamel ni…tengok nama pun dah spesel..KEK KARAMEL SAKURA…

 

Okey okey malas nak bagi korang semua tertunggu sampai bosan…kek karamel nie kakakecik buat atas kunjungan Sunah Sakura ke rumah kakakecik last week…pagi selasa tu kami buat sesama (eh sesama ke kita buat) walau perancangan awal nak buat malam Selasa tu..Sunah siap sms lagi..”akak, kalau nak buat kek karamel panggil yer” hehehe walau 1 umah leh main sms lagi kan..tp masing-masing nak tengok MasterChef Selebriti dan selebihnya penat..Opss kakakecik nak siapkan kain untuk pakai kenduri sabtu tu…(sabtu semalam)

 

Resepi macam biasa la…rujuk kat entry nie…tapi kalau nie kakakecik guna perasa oren dan coklat…1st time buat perasa nie atas permintaan Sunah sendiri…tu yang nama kek ni KEK KARAMEL SAKURA…

kek krmel sakura

(gambar pun Sunah yang shoot…elok benar la nama kek karamel sakura kan…kakakecik tertinggal memory card camera kat kedai…huhuhu..frust jugak la)

 

pssst : Sedap jugak perasa oren + coklat nie…minggu lepas dah nak buat perasa nie tetapi memandangkan family kakakecik tak berapa nak suka coklat…so macam biasa la pandan oren pandan oren pandan oren..itu je yang mampu….harap2 lepas ni dorang nak oren coklat lak…