Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, September 30, 2013

Cubaan Pecah Masuk Kedai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

541421_488455114584193_1047858906_n

Kakakecik bersyukur sangat2 kepada Allah SWT masih menjaga tempat kakakecik mencari rezeki. Allah masih memelihara harta benda kakakecik walaupun terdapat cubaan untuk pecah masuk kedai…

 

Terkejut kakakecik bila turun je dari kereta pagi tadi macam biasa la terus nak buka roller shutter tetiba ternampak benda alah roller shutter terkopak ni mesti ada malaun yang cuba nak pecah masuk kedaiku...alhamdulillah mereka tak berjaya...xde barang yang hilang..syukur sangat2..terima kasih Ya AllahDan jiran kedai sebelah pun bagitau berkenaan tiang roller shutter tu, dia syak ada cubaan nak pecah masuk nie, dia suruh buat report…Kakakecik masa tu gabra terus masuk kereta ingat nak terus pergi balai la, tetapi teringat nak tanya pendapat abang ipar kakakecik yang keja polis tu, dia sarankan kakakecik buka dulu kedai check barang apa yang takde, kalau ada nilai jumlah kerugian kehilangan baru boleh p buat report, if tak de boleh jugak nak buat report sebagai rekod untuk pihak polis buat rondaan. 

Selepas lunch hour tadi baru kakakecik kesempatan pergi buat report,   Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan di balai tadi, buka je pintu pejabat balai polis dah nampak rakan sekerja Abang Mie..Kak Zue..so cerita skit2 ke dia..dan pada masa ada dua anggota wanita yang bertugas di kaunter tu dengar la kan..Buat report pun dalam keadaan santai..Dah siap buat report, kakakecik kena jumpa pegawai untuk ambik keterangan. Bila diminta untuk jumpa Insp.Nasrul..kakakecik dah senyum..macam biasa dengar dan kenal je tuan nie..Harap2 dia la orang nya..Ye betul Tuan Nasrul yang ambik statment kakakecik..dia pun nampak muka kakakecik terus kata aiii mcam kenal dan pernah lihat kak nie..Ye la tuan. Alhamdulillah dia masih ingat akan kakakecik walau hanya sekali dia datang berurusan di kedai setahun yang lepas..Sekali lagi statment di ambik dalam keadaan berborak santai..Macam2 jugak la dia bagi cadangan. terima kasih Tuan Nasrul..

 

Sekarang tengah tunggu tuan kedai untuk lihat dan repair roller shutter tu yang dah tak boleh nak kunci…Macam mana la keadaan malam ni..Risau jugak nie..Harap2 Allah melindungi kedaiku..dan jauhkan dari anasir2 jahat.sesunguhnya ini la tempat ku mencari rezeki.Amiin

Saturday, September 28, 2013

Rezeki Jumaat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Rezeki tetap ada di mana-mana tanpa mengira waktu kan. Begitu la kejadian nya tengahari semalam sebelum hujan membasahi kampung kakakecik. Pergi ke rumah Pak Nyang jalan kaki terkedeh-kedeh dengan tangan dipegang oleh Afif…kita nak langkah laju memandangkan langit dah gelap nak hujan… Kakakecik arahkan dia jalan laju skit..Tapi budak-budak nak buka langkah besar mana sangat kan..Apa la ateh nie..

 

Plan ke rumah Pak Nyang nak cari nenas untuk dijadikan bahan campur dalam gulai ikan talang. Elok masuk ke dapur Pak Nyang tengah makan nasi..dalam hati ni berkata..awalnya pak nyang makan..x sampai pukul 12 lagi kot time tu..Aku nie baru terhegeh2 cari nenas. Hampa nya bila nenas tak ada. Tapi gumbira nya hati bila Pak Nyang pelawa makan nasi..mula2 jual mahal la..Tak mau la…nak meratah asam pedas sayuq keladi je..Sambil dok meratah tu tetiba terliur plak tengok Pak Nyang makan nasi..Apa lagi kakakecik ambik pinggan makan nasi berlauk kan ikan goreng,ulam pucuk gajus dan sambal belacan..taruk kuah kari ayam skit je..

CYMERA_20130927_121040

Rezeki yang lagi buat kakakecik tak perlu masak untuk ayah adalah Mak Nyang hulurkan 1 tupperware asam pedas keladi untuk ayah.. Alhamdulillah..terima kasih mak nyang..dah lama nak makan tapi tak reti nak buat…tak pernah kot nak cuba buat..lepas ni nak cuba lah…kalau teringin nak makan bebila masa je boleh buat kan..

Jom Memasak : Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

CYMERA_20130927_163833

Ini dia kek kedua eh kek yang pertama kakakecik buat semalam, tapi kek nie jadi kek kedua masak walau proses penyediaan nya adalah yang pertama. Kakakecik pun tatau sebenar-benarnya kek nie di panggil kek gula hangus atau pun kek sarang semut. Tak pun dah dok konpius sangat satg kakakecik panggil kek sarang lebah kot..lagi mudah kan..

 

Hampir setahun juga dah nie kakakecik tak buat..last buat time nak kasi suprise kat adik di UKM. Dek tergoda dengan hasil kek sarang semut Ayu Citarasa Rinduan buat kakakecik pun nak jugak buat. Dah tu dah lama kak Tie dok nak makan. Nak umpan dia lunch di umah semalam, kakakecik janji akan buat kek gula hangus nie…

 

Resepi..masih kekal resepi lama..kakakecik buat 2 adunan.. So resepi yang akan dikongsi nie kakakecik letak 2 adunan siap2…sesuai muat je untuk loyang 8inci..

CYMERA_20130927_163314

RESEPI KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan:

  • 2 cawan gula
  • 2 cawan air panas
  • 4 sudu besar mentega
  • 8 biji telur A
  • 2 cawan susu pekat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu soda bikarbonat
  • 1 sudu esen vanilla

CYMERA_20130927_140406

Cara Menyediakannya:

  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
  2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas. (Hati2 masa nie..seeloknya tutup api dan standby tudung periuk risau terpercik)
  3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan. Biarkan gula hangus betul2 sejuk.
  4. Kemudian, pukul telur sampai kembang & pekat.
  5. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  6. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak.
  7. Tuangkan esen vanilla. Kacau.
  8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul sebati.
  9. Sediakan loyang 6” yang telah digris/disapu mentega/marjerin sekeliling nya..Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
  10. Panaskan oven dengan suhu oven 160 °c. Bakar selama 60 minit atau shingga masak apabila dicucuk dengan cake tester/lidi ia tidak melekat. Sekiranya masih melekat tanda belum masa dan lebihkan masa membakar nya.

CYMERA_20130927_163710

Alhamdulillah ini hasil kek gula hangus nya yang telah diperap 3 jam..menjadi pun sarang nya..risau jugak tak menjadi. So, kakakecik cadangkan korang buat adunan kek nie waktu pagi selepas sarapan, elok tengahari lepas masak or lunch dah boleh bakar..tak de la membazir masa tu..Hehehe..

Selamat Mencuba