Tuesday, January 18, 2011

~PeRkara JANGAN DiLaKukaN~


Assalamualaikum....arini shda nak kongsi dengan apa yang dapat daripada majalah mingguan wanita Januari 2004...tu dia shda lama punya edisi nie..ini semua gara2 tak de keje belek semula majalah2 lama yang ada dalam simpanan... Shida tertarik dengan artikel PERKARA JANGAN DILAKUKAN untuk dikongsi bersama....Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi, itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Mari kita lihat sama2 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita elakkan dan ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabahkan diri kita sendiri.

  • JANGAN sengaja lewatkan solat, perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH SWT
  • JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita
  • JANGAN makan dan minum dalam bekas pecah atau sumbing. MAKRUH kerana ia merbahayakan
  • JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh, MAKRUH dan mewarisi kepapaan
  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah muntah syaitan
  • JANGAN keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati di dalam perjalanan
  • JANGAN pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan
  • JANGAN biar mata liar di dalam perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa
  • JANGAN bergaul bebas di tempat kerja, banyak buruk dari baiknya
  • JANGAN menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila2 masa
  • JANGAN ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bape dan sesama manusia kalau memang kita bersalah
  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak silaturrahim
  • JANGAN lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH Swt dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita
  • JANGAN banyak ketawa nanti mati jiwa
  • JANGAN biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan aksih sayang orang kepada kita
Ok kawan2 daripada senarai di atas ada tak yang kita lakukan dalam kehidupan kita sekarang.. jika ada...lepas nie JANGAN lakukan lagi ok....cayuuuuuuuuuuuuuuuunk sume...

5 comments:

  1. bulat ok caiyok caiyok...shda pun bila baca tak terasa sgt tp bila naip sendiri...ya allah byk jugak yg shida wat selama nie....

    ReplyDelete
  2. niesz : yw.,..mana yang boleh di kongsi kita kongsi la kan...
    diriku : thanks

    ReplyDelete