Assalamualaikum…bagaimana yer keadaan di Mesir…seperti yang kita maklum ramai pelajar kita di bumi Mesir….dengan itu, Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berlepas ke Mesir tengah hari tadi bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berda di negara itu. Selain itu, berbagai makanan seperti sardin, beras,minyak masak, rempah kari dan tepung telah di bawa bersama.Keadaan bukan seperti yang diberitahu. Ianya LEBIH SERIUS dari apa yang dijangkakan! Kami mohon bantuan, sokongan, perhatian untuk menyelamatkan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia amnya yang kini masih berada di Mesir.
Kami adalah aset negara, kami semua perlukan bantuan anda untuk menyelamatkan raka-rakan kami yang masih berada di sana! Tidak kira apa bentuk bantuan anda, kami terima dengan besar hati.
MISI UTAMA: MENDAPAT PERHATIAN KERAJAAN MALAYSIA UNTUK MEMBAWA PULANG SEMUA PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA KEMBALI KE TANAH AIR, atau sekurang-kurangnya menempatkan mereka di negara jiran YANG SEMEMANGNYA BEBAS DARI KEKACAUAN INI dalam kadar yang SEGERA!!
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang sebab nya kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,"
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail. Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah terbabit 7,000 adalah pelajar.
-sumber berita harian online
FB : http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964?v=wall
BLOG : http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
Bersama2 la kita berdoa agar pergolakan yang berlaku di Mesir akan beransur pulih….
as salam...owh 7000 jer student...ingatkn 11ribu...thanks info...harap2 semua rakyat kita selamat pulang ke tanah air...amin
ReplyDelete@►AdamXis◄wslm...adam shida pun dpt info dr beritaharian online...
ReplyDeleteshida:serius tadi xleh klick..komen awk neh taw.Just nak komen..ain pown..risau ngan keselamatan pelajar mesia kat mesir..tu..!!Wp xdek pertalian darah tapi...dorang org mesia...lagi2 islam!!Doakan semoga mereka baik2 aje....
ReplyDelete@ain ye ke ain...shda pun tatau gak sebab sblm2 ni kawan2 komen ok je...itu la risau kan..shda ada gak sdara stdy sana(adik mak sedara) ntah cmne la keadaan dorg..tgok kat list nama tu xde pun nama dia...myb x balik msia lagi
ReplyDelete