Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan 1432H # 1

ramadhan

Assalamualaikum…di kesempatan ini shida ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua teman2 blogger dan pembaca CNQ…semoga ramadhan 1432H akan lebih bermakna dari tahun2 sebelum ini dan segala amalan kita diberkati oleh Nya…

Kalau orang lain dah cerita pasal juadah berbuka, sahur dan pengalaman2 di hari pertama berpuasa…shida pun x nak ketinggalan untuk mengabadikan pengalaman shida semalam…memandangkan kedah cuti semalam kerana sambut puasa so dapat la shida masak2 untuk berbuka…sahur mak yang masak (teruk tak anak dara sorang nie…)

Juadah berbuka semalam shida just buat ketayap goreng, jelly kelapa dan mee goreng…mak masak nasi untuk ayah…lauknya gulai ikan nyok-nyok + ubi keledek dan ikan kembung sumbat….(maaf gambar x de untuk entry ini)…ketayap goreng tu macam mana..alahai lebih kurang mcm sardin roll gitu..tapi shida letak inti sambal ikan bilis (yang sahur punya x baik membazir), jelly kelapa nie mak mintak buat, tak mau hampakan permintaan mak buat la  dan bagi kat tok cik dan mimi sebab ambil kelapa kat pokok dorang..hehhee….

Opps…semalam agak membazir juadah berbuka kami 6 beranak (mak, ayah, shida, kak ja, , abg mie dan aiman) sebab nya abg mie beli samosa dan murtabak…mee goreng dan kuih ada yang tak habis….huhuhuhu….alhamdulillah aiman yang berumur 5 tahun dapat berpuasa sampai pukul 3 petang….dia tak tahan sangat minum air je…makan tak….sahur pun dia bangun..makan nasi dan biskut cicah teh panas….tak pe aiman belajar2 lagipun kalau hari biasa kamu susah gak kan nak makan nasi..

 

psssst : arini tatau nak masak apa..masih di tempat keja..kat umah ada kew teow..macam nak wat kew teow hailam…(semalam adik ilah yang dok ipoh call tanya cmne nak buat ktw hailam al-maklum la tahun nie berpuasa dengan encik suami kena la masak sendiri)

2 comments: