Wednesday, September 7, 2011

Biskut Mazola / Kacang

MZOLA

Biskut Mazola atau  biskut kacang adalah biskut yang paling mudah bagi shida…mudah sangat ke…ye la..just campurkan tepung gandum, gula icing dan kacang tanah yang telah dikisar halus…gaul bersama dengan minyak mazola..biskut mazola…biskut kegemaran sepupuku yang manis si ezwani dan si anak buah sulung…fitri…shida setiap tahun akan buat biskut mazola..resepi ini shida dapat dari buku resepi mak…

BAHAN-BAHAN :

2 mangkuk kacang tanah (kisar halus)**

2 mangkuk tepung gandum **

1 mangkuk gula halus **

2 biji telur kuning (hiasan)

minyak mazola ikut lembut

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Gaul kesemua bahan di atas ( ** ) hingga sebati
  2. Masukkan minyak mazola..ikut lembut..gaul hingga sebati
  3. Bentuk kan adunan mengikut citarasa..ada yang terap ada yang gentel2..
  4. Sapu kuning telur di atasnya, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C hingga kuning keemasan.

6 comments:

  1. kak..tambah lagi sorang dalam list akk ek..
    ieyla peminat tegar jgk biskut ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Masa Raya Sy Xjumpa Pun Biskut Nie, Lapor Plak..

    ReplyDelete
  3. @.: iEyLa :.

    ye ke ieyla....kalau eiyla dekat leh je anta 1 bekas...hehehe

    ReplyDelete