Assalamualaikum….
Perghhh tajuk bukan main lagi….macam kena perli je tu…
Ye shida puas raya tahun nie…bukan sahaja beraya dengan keluarga, sahabat handai tetapi jugak dengan blogger…
Bukan sahaja di utara shida beraya..ke selatan…di KL pun shida beraya…
Mesti ada yang kata shida pulun kan…arghhhhhhhhhhh dorang jeles dengan shida la tu….
Bermula dari utara pada awal aidilfitri dan berakhir di KL…pada entry yang lepas mesti dah tau kan ke mana shida pergi pada 17 September (bagi yang baca la)Dari selatan kami singgah di KL…untuk beraya di rumah sahabat blogger yang lain….kebetulan 18 September , seorang blogger iaitu teacher suhaili sarif (kalau dulu lebih dikenali dengan pearl jade) menjemput kami ke rumah terbuka keluarga beliau di Setiawangsa…so makan free kan..sapa tak nak…kami dengan perut yang lapo tanpa sarapan pagi…terus mencari Menara Sri Mahang, nasib ada driver yang tau skit-skit jalan area situ….sampai je kami kat pintu masuk Menara Sri Mahang…datang sorang mat rempit senyum simpul..al maklum dapat jumpa buah hati kesayangan…..ingat Kirin yang dekat sampai awal…tapi hampeh dia sampai lewat dr kami….ok ok x nak gaduh2 jom kita cari lif nak naik tingkat 15 tu…..eh eh kalau lif rosak nak ke ampa semua naik ke tingkat 15 tu…kurus la depa tu kan….
Kuih- Muih dan Kerepek yang dihidangkan sementara menunggu lauk pauk untuk dimakan bersama dengan nasi lemak siap
Masak lemak lontong….shida x makan dengan nasi impit tp makan saja..meratah…..jangan marah ye elly
Sambal udang + petai dan sambal ikan keli….pergh kena lak dengan nasi lemak time hujan memang meleleh la….sedaaaaaaaaaaap sangat…kirin mana gambo rendang kerang erk….
Tuan Rumah…..yang duduk bersimpuh itu anak…teacher suhaili..yang berdiri itu ibu nya….thanks Mak Cik….terlupa la nak tanya nama ibu Elly…apa pun memang gamat rumah elly aritu…Kirin kena bahan sokmo..sabar ye kirin
Eh eh si lesung batu nie dok sms dengan sapa plak tu….opps bukan sms tapi BBM…untung la depa
Sambil makan-makan tu si Kirin ada gtau yang rumah Kyerul Si Raksasa Berjanggut area-area umah elly sahaja…so kami semua decide nak p beraya umah kyerul…masa nie dok tunggu respon dari Papa Khai..salah seorang blogger dari KBU..tp dia tak de respon…tak nak buang masa kami terus meredah hujan lebat dan banjir kilat ke rumah raksasa di wangsa maju….ish jauh jugak tu…cmne kirin leh kata dekat erk…kami sampai je umah kyerul…si kirin buat mcm rumah sendiri…si kyerul plak malu-malu kucing (banyak oooo kucing rumah dia..sampai ada org kena jadi guard x bagi kucing masuk)…kat rumah kyerul ada sesuatu yang agak melucukan kami….lucu bagi kami semua tapi cuak bagi orang tu…itu la cakap besar sangat…masa orang tegur baik-baik duduk macam tu…sekali 2 orang lain bangun…haaaaaaaa amik terangat kot sofa tu…HHAHAHHAHAHA…agak2 korang tau x sapa yang cuak tu…
Kami tak lama di rumah kyerul sebab dia pun nak gerak balik ke Ipoh petang tu….sebelum kami berangkat pulang dan menuju ke Klang…tak sah la kan kalau x bergambar ramai-ramai dengan raksasa berjanggut nie..
Kyerul terpaksa kena tunduk…kalau x nampak sangat kami yang lain TINGGI…..
Thanks ye kyerul layan kami dan hidangkan air yang kami tatau perasa apa…tapi memang sedap air tu….
Keramat …DONE
Wangsa Maju… DONE
KLANG….Destinasi terakhir kami….ke rumah sapa…rumah kembo cheq la….dah lama berhajat nak jupe kembo nie….tapi x dapat jumpa..memandangkan kali ini naik kereta sendiri dapat la pergi…walau jauh di Johan Setia Klang sanggup ku redahi kerana kembo…alhamdulillah akhirnya dapat jugak kita berjumpa kan kembo…macam tak percaya sahaja…..memang kembo shida nie kurus..suai sangat dengan panggil KAKAKURUS….
juadah yang disediakan untuk kami….kalau depa yang lain dok pulun pasta dan nasi impit + kuah kacang….shida plak dok pulun yang lain…nampak x 2 ketul ayam pencen yang dibuat rendang dalam piring tu…tu shida punya la yer….tak pandang yang lain dah…tak percaya tengok gambo di bawah
mata pandang kembo..mulut dok sembang..tangan dok dalam piring…..sabo je la kan
Kami bergambo kenangan dengan kembo….gambo family gitu…
Di manakah yang menyebabkan kami kembar…muka tak seiras…Tapi pada nama SHIDA membuatkan kembo kami….
Shida Anwar dan Adish Shida….…nama sama selain umur kami yang sebaya…
sorang kecik sorang kurus….KAKAKECIK dan KAKAKURUS untuk elak kekeliruan terutama dia KBU…
Thanks Kembo…..Rendang Ayam Pencen tu memang sedaaaaaaaaaaap….tak aci janji nak tapau…tapi tak de pun…
Dah puas beraya di Selatan dan KL…..malam nya shida bergerak balik secara solo dari KL ke Kedah…(eh eh singgah bermalam di Ipoh, Perak)
Alhamdulillah semua dah selamat…harap kita akan jumpa lagi di masa akan datang…dan ukhwah yang terjalin akan terus kekal hingga akhir hayat…
………………………THE END………….
pssst : sori ye Atiq akak dan lain-lain xdapat pergi open house umah atiq…kekangan masa..next time i’allah kami akan sampai
Wah...memang raya sakan akak kita ni.. maaplah.. cancel last minit.. tak de geng nak balik utm sekali dari sedenak tu..=D
ReplyDeletesonok laaa...
ReplyDeletekembo tu hu3,,,kat mata tu :)
ReplyDeletekak shida,nak duit ghaya? eh? :P
ReplyDeletesakannya beraya..best2.tgk baju dik sunah tu teringin lak nak beli baju bunga kecik2 cam tu .suwitt
ReplyDeletebest gila dapat jumpa kembo...dapat jumpa adik beradik lain ..leb kali datang lagi org tapau kan..lupa sangat.....huhuhu
ReplyDelete