Sunday, November 20, 2011

Jom Memasak : Kek Lapis BerSisik Versi Derhaka

Assalamualaikum dan selamat tengahari bertemu lagi kita di tarikh yang cantik susunan nombor nya 20.11.2011… sempena tarikh yang cantik ini shida nak kongsi resepi kek lapis bersisik versi derhaka yang shida buat ari jumaat yang lepas..Kek lapis bersisik…jangan terkejut ye kalau korang semua tak biasa dengar nama kek lapis ini…mungkin korang biasa dengar Kek Lapis Sisik Ikan..mcm yang Ha Sue buat..tetapi shida pandai-pandai letak nama sendiri…KEK LAPIS BERSISIK…disebabkan derhaka yang amat terlampau..dah le tak guna adunan asal…pastu wrna warni ala-ala ikan emas plak…rosak resepi kek lapis sarawak bila orang kedah “terlebih” pandai buat kek lapis…

 

Actually shida menggunakan adunan kek lapis pandan choco berry..dan menggabungkan teknik susunan sisik ikan..itu yang tukar nama sedikit..tak kisah janji sedap kan… Resepi asal kek lapis sisik ikan Ha Sue ----> KLIK DI SINI (shida tak guna adunan ini disebabkan letak kaya..mak tak berapa suka, mak lebih suka adunan pandan choco berry)

sisik ikan derhaka

 

RESEPI KEK LAPIS BERSISIK VERSI DERHAKA

Bahan-Bahan:

500 gm mentega

150 gm gula

1 sudu besar ovellette

10 biji telur saiz besar

1 tin susu pekat manis

260 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks

1 sudu teh strawberry emulco, paste rose, essen strawberry

1 sudu teh paste pandan, 1 sudu teh pewarna hijau

Kepingan Asam Manis

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  5. Satu bahagian dibiar plain, satu  dibubuh strawberry emulco, paste rose & esen strawbery dan yang akhir dibubuh pewarna hijau & paste pandan.
  6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar.
  7. Lapisan pertama -plain, sebanyak 3 lapisan..setiap lapisan 2 senduk..pada lapisan ke dua cucuk2 dan susun kepingan asam manis. (cer tengok betapa buruk nya shida cucuk susun kepingan asam manis…jangan tiru cara ini ok) sisik
  8. Ulangi langkah 7 untuk warna hijau dan merah
  9. Bakar api atas sahaja…untuk yang lapisan  terakhir…apabila dah keperangan, sila tukar guna gunakan api bawah dalam 10 minit

SELAMAT MENCUBA…

 

TIPS : untuk menampak kan kepingan asam manis bercorak kena potong lawan arus susunan kepingan asam tersebut…

 

psssst : jika korang perasan untuk lapisan wana merah (strawberry) kepingan asam manis dah xde… "darling”, kak ja  dok pulun makan…elok mak nak makan shida larang suruh makan kepingan 4 segi yang besar….sekali…kak ja kata dah habis…demmmn tak cukup untuk lapisan terakhir..hahahahaha..satu lagi baru shida tau tepung hong kong cepat rosak dan perlu di simpan dalam peti ais..(patut CMG nya peti ais penuh mcm peti ais TESCO hehehehe)

3 comments: