Wednesday, November 30, 2011

Jom Memasak : Kek Lapis D’Kapit

Assalamualaikum…melapis lagi…boleh dikatakan setiap minggu shida akan melapis…dah gila melapis shida sekarang nie…jumaat lepas shida melapis lagi…sebenarnya shida tatau nak letak nama apa kek lapis ini…shida reka-reka lapis belang mcm nie..ala-ala macam Sunah melapis kek lapis tembikai susuKek lapis D’Kapit terlintas di benak fikiran shida semasa tengah asyik melapis dan kebetulan masa shida tanya di Fb tadi, Aima syorkan nama ini jugak…reason kami sama…sebab perasa coklat kapit susunan lapisan pink(strawberry) dan cream (orange)…apa pun alasan yang lebih untuk mengukuhkan kek lapis ini kek lapis sarawak…ada nama KAPIT kan di Sarawak….hehehe..

 

Shida masih lagi menggunakan adunan kek lapis pandan choco berry sebagai asasnya..adunan kek lapis ini telah menjadi kegemaran kami sekeluarga kecuali 2 orang kakak iparku….kakak-kakak ipar shida suka kek lapis batik kenyalang

 

kek lapis 

Bahan-Bahan:

500 gm mentega

150 gm gula

1 sudu besar ovellette

10 biji telur saiz besar

1 tin susu pekat manis

260 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks

2 sudu besar chocolate emulco

2 sudu teh paste coklat

2 sudu besar Strawberry Emulco

2 sudu teh pewarna pink

2 sudu besar paste orange

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 6 senduk diletakkan paste coklat dan chocolate emulco..2 bahagian lagi orange dan strawberry paste.
  5. Masukkan warna plain dan merah pink ke dalam botol sos yang berasingan.
  6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Guna api atas bawah untuk lapisan pertama..dan bagi lapisan berikutnya api atas sahaja)
  7. Lapisan pertama hingga ke tiga –coklat..setiap lapisan 2 senduk.
  8. Kemudian pancitkan warna plain dan merah jambu berselang-seli dan bakar hingga masak..(sila rujuk di sini tekniknya)
  9. Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.
  10. Untuk 3 lapisan terakhir ulangi LANGKAH 7
  11. Selamat Mencuba

 

psttt : Ibu Mengandung yang tengah sarat pun melapis jugak la…..

1 comment: