Sunday, November 13, 2011

Jom Memasak : Kek Lapis Evergreen

Assalamualaikum…

Evergreen…bukan kontena yang korang nampak di jalan keretapi atau di penang port…walaupun sekali tengok warnanya sama..sebab ada perkataan GREEN tak kan warna MERAH plak kan….EVERGREEN yang shida maksudnya di entry ini adalah kek lapis evergreen…shida mencuba untuk melapis evergreen pada hari jumaat 2 minggu lepas (nampak sangat entry basi) sebelum hari raya aidiladha…shida buat pun setengah adunan…dah tu guna lak tepung gandum…(nak tau apa beza nya guna tepung gandum dan tepung hongkong) jawapan bernas (BUKAN KILANG BERNAS) punya…padahal tepung hongkong tak cukup…

Sebelum nie shda dah pernah makan kek lapis evergreen yang Sunah berikan…dan dah ambil resepi nya untuk buat hari raya aidilfitri yang lalu…memandangkan telur yang banyak perlu guna pakai….shida KIV…sehingga la masa shida jalan-jalan jumpa resepi Kek Lapis Evergreen kat blog HaSue..shida memberanikan diri untuk melapis Evergreen Derhaka..Jom tengok resepi yang dikongsi bersama oleh HaSue

evergreen

Bahan-bahan : Loyang 8" x 8"

10 biji telur gred A
450 g mentega berkualiti tinggi
200 g tepung hongkong/gandum
100 g serbuk horlicks
160 g gula halus (sudah dikurangkan)
1 botol kecil pandan paste
1 sudu besar ovallette
340 g susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
100 g serbuk santan
1 sudu kecil esen vanilla

Cara -cara Membuatnya:

  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan).
  7. Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
  8. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
  9. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

HaSue jugak ada bagi untuk setengah adunan punya…lagi senang la kan kerja shida…

5 biji telur gred A
225 g mentega berkualiti tinggi
90 g tepung hongkong/gandum
60 g serbuk horlicks
60 g gula halus (sudah dikurangkan)
3 sudu mkn pandan paste-lebih krg
1/2 sudu mkn ovallette
8 sudu mkn susu pekat manis
1/2 tin kecil serikaya
50 g serbuk santan
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara menyimpan kek jugak HaSue kongsi dengan kita semua memang terbaik la kan, apa yang perlu kita buat…alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

 

pssst : cuba korang tengok kek lapis evergreen shida dengan yang HaSue dan Sunah…beza kan? tekstur kek lapisnya..kalau guna tepung hongkong lebih lembut dan bila guna tepung gandum nie nampak padat..tapi family shida makan je…sedap jugak kata dorang…alhamdulillah….

6 comments:

  1. rajen la melapis

    nk try tp xde y nk mkn plak t

    ReplyDelete
  2. gambar kek yang dalam entri yang akak linkkan tu, bukan gambar kek saya..yang saya punya kat Kek Lapis Idola...Yang Mana Satu Idola Blogger?

    ReplyDelete
  3. @Iffah Afeefah

    kalau nak tahu akak skrg dah gila melapis..family pun suka....bertmbah2 la akak gila

    ReplyDelete
  4. @Lydia Miza(Aidyl Azim)

    sapa yang suka pandan kaya dia akan kata sedaaaaaap..:)

    ReplyDelete
  5. @Sunah Sakura

    ooooh ye...a;a yang sunah kasi kat akak tu kan...kira yang dlm entry akak backlink tu just resepi la erk...

    ReplyDelete