Monday, January 30, 2012

Jodoh + Doa : Pesanan Daripada Seorang Adik

 

~berdoa agar diberi jodoh yang baik, boleh memimpin kita lebih mencintaiNya... berusaha didik diri kita jadi yang terbaik, insyaAllah bila kita dah jadi yang terbaik, Dia akan berikan yg terbaik jugak untuk kita..

 

~dan selebihnya tawakal pada takdir, dan jodoh kita.. Dia tau apa yang terbaik untuk setiap hambaNya sbb Dia yg ciptakan kita,

 

"kalau Allah makbulkan doa kamu bermakna Dia sayangkan kamu, jika Allah lambat makbulkn doa kamu bermakna Dia sedang menguji kamu, dan jika Dia tidak makbulkn doa kamu Dia punya perancangan yg lebih hebat untuk kamu

 

 

InsyaAllah akan kakakmu ingat pesan ini..tqsm….sayang kamu sangat….

 

mode : sedih berlinang air mata

Jantungku Berdengup Kencang dan Berhenti Seketika

 

Setengah jam yang lepas….bila kembo kakakecik (si kakakurus) pm di skype…

[3:10:14 PM] shida anwar: kembo nape blog cahayanurqasih tu xleh buka
[3:10:31 PM] adish_nss: biaq betu;

 

Berdengup kencang la jantung kakakecik nie…Apa lagi kakakecik pun terus la ke dashboard…klik view blog…

Tiada lagi kakakecik berbunga-bunga..hanya ada note di bawah

 

Blog has been removed
Sorry, the blog at cahayanurqasih.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.
Did you expect to see your blog here? See: 'I can't find my blog on the web, where is it?

 

Ya Allah….jantung kakakecik seakan berhenti seketika..terus up post di FB…ada yang respon…bila kakakecik signout blogger.com dan nak relogin…kena lak masukkan num phone untuk verify code…sign in semula..still x dapat jugak list blog milik kakakecik….memang cuak dah masa nie…

 

Ada sahabat di Fb yang suruh tengok tutor blog kena remove yang Sunah share..line plak slow sangat2…bila dapat buka tutorial nya, yer sama mcm kakakecik buat…tetapi kenapa masih x dapat balik blog nie…opps sunah ada pesan suruh sabar…

 

Alhamdulillah akhirnya kakakecik dapat balik blog….syukur sangat2…thanks kepada yang bagi info dan respon di FB

Sunday, January 29, 2012

D.I.Y : Hantaran Kahwin Purple

DSC00108 Sirih junjung

DSC00113Kotak Kek yang telah diikat riben dan ditatahias

 DSCN7802Kek Lapis pun dijadikan sebahagian hantaran purple nie

 

DSC00111Bekas buah-buahan yang belum di isi

 

DSC00124Hampir keseluruhan hantaran 13 dulang

 

DSCN7767si Aisya nie ke yang buat hantaran..pandai nya dia….alahai budak kecik nie pandai menyusun je…

 

DSCN7771  Ibu Aisya (my Sis) tekun membuat hantaran

 

pssst : hantaran untuk siapa nie ye..jeng jeng

Jualan & Pameran di RTC Gopeng

Assalamualaikum dan selamat petang…9 hari kakakecik tidak mengonlinekan diri…hanya ada 2 entry je rasa nya yang autopublish…

 

26-01-2012 kakakecik diberi kesempatan dan peluang oleh Risda untuk mengadakan jualan dan pameran di RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar) Gopeng sempena Majlis Perhimpunan Pemaju Masyarakat Risda (PMR) peringkat nasional yang dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (Datuk Mohd Shafie Apdal). Ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh kakakecik sebagai salah seorang peserta kursus Decoupage anjuran Risda untuk mempromosikan produk yang dihasilkan..sememangnya kakakecik rasa tidak puas sebab terlalu singkat jangkamasa waktu pameran dan jualan…kalau la diadakan 2-3 hari agak berbaloi la…tapi tak apa la kan nak wat cmne..lagipun pengangkutan, penginapan 2 malam di Tower Regency Hotel, Ipoh dan makan minum sepanjang majlis ini disediakan..

 

 gubahan 

Gubahan bunga daripada daun getah yang telah diproses (bunga matahari tu hasil tangan myMum) untuk diberikan kepada Menteri

 

DSCN7817

Booth No. 8 milik kakakecik..

tapi kakakecik tak suka tak suka sebab nama kakakecik dorang eja silap NOR…NUR la…huhu

 

all

Produk Decoupage yang kakakecik jual dan pamerkan sempena majlis di RTC

 

menteri Lawatan Menteri KKLW (datuk Mohd Shafie Apdal) dan KP RISDA (Datuk Wan Mohd Zuki Mohamad)  ke gerai…cer tengok mata Datuk Shafie Apdal tepat je dia memandang kakakecik bagi penerangan…waaaah sampai berkerut2 muka nya

 

Semasa lawatan Menteri KKLW ke gerai, ada sesuatu yang membuatkan kakakecik terharu dia macam tak percaya kakakecik baru je pergi kursus Julai 2011, tapi dah boleh buat produk…Datuk Menteri..alhmdlah nie kali ke3 Risda bagi kepercayaan kepada saya untuk membuat mempromosi dan membuat jualan…TAHNIAH dan SYABAS Datuk Menteri ucapkan kepada Kakakecik…insyaAllah dengan kepercayaan dan kerjasama yang diberikan oleh RISDA dan KKLW untuk kakakecik akan kakakecik teruskan decoupage ini…

 

terima kasih RISDA atas kepercayaan anda kepada kakakecik

Saturday, January 21, 2012

Aku, Hati dan Perasaan….

 

sudah lama aku mencari

setulus kasih yang sudi menyayangi

begitu lama aku menanti

kemesraan suara yang meruntun hati

 

sangat lama ku mengingini

disinikah aku berhenti mencari

disinikah aku akan berhenti menanti

mungkinkan di sini juga aku berhenti mengingini...

semua yang tiada seperti ada

bagai terbuka ruang cinta abadi di dada

bagai menyambutku dengan tangan terbuka

sungguh aku menghargai dan bersyukur kepadaNYA....

 

tapi sayang......

entah mengapa....

dugaan masih datang menimpa

kesedihan masih utuh menjelma

terbataslah antara aku dan dia

kesalahan apa....

angkara siapa....

 

dan aku didalam sayu

menjadi seorang perindu

merisik khabar di angin lalu

terbelenggu rasa tiada menentu...

 

Apakah aku terus menanti

Sehingga ke mati..

Friday, January 20, 2012

Allan D’Lious : Hanya Kerana Temubual berserta Tick

Assalamualaikum…

 

DSCN7758

Nampak tak sebatang pen di dalam ganbar di atas…sebenarnya dah lama kakakecik dapat pen tu…masa dapat kotak pen tu kakakecik just buka dan tutup semula..tak belek2 la jenama nya…(seolah-olah macam tak menghargai kan) TETAPI petang semalam saja bosan tatau nak buat apa terpandang la kotak pen ni di atas meja..ambil la belek dan tengok jenama pen tu “Allan D’Lious” ada R lagi di atas hujung perkataan tu..GERMANY di bawah nya….waaaaaaaaaaaah biar betul kakakecik dapat pen ni semata2 temubual dan kakak survey tu yang tick…bila kakakecik mengeTEST tandatangan…syok jugak guna pen ni utk sain cek lepas nie..berat dan warna hitam…habaru hang tau nak hargai no shida (oppps bukan sebab jenama nya membuatkan kakakecik hargai tetapi disebabkan keSEDAPan menggunakan pen tersebut)

 

Thanks kakak survey dari SYONATE atas pemberian cenderahati yang amat bernilai ini (bagi korang tatau la bernilai ke tak bg kakakecik dah cukup tinggi nilai sebatang pen ini dengan kerjasama yang diberikan tu xde la apa sangat)

 

pssst : Pen ni hanya akan digunakan utk sain cek atau urusan rasmi sahaja dan orang lain tak mungkin sama sekali kakakecik bagi guna…KEDEKUT kan…

 

(entry auto-publish)

Thursday, January 19, 2012

Bila Memandu….PALING BENCI dan TIDAK SUKA….

Assalamualaikum…

Boleh dikatakan setiap hari kakakecik drive kereta begitu jugak anda semua kan…tak kira memandu kereta ke, tunggang motorsikal ke..setiap hari di antara kita akan berada di jalan raya…samada jalan raya yang lenggang atau yang sesak teruk, tempat kakakecik jarang sekali jem teruk kecuali musim raya @ ada kemalangan.

 

Tapi bila kakakecik memandu samada di jalan raya yang tenang atau di lebuhraya…ada part-part yang PALING kakakecik TIDAK SUKA, antaranya :

  • KERETA SIGNAL MERAH – macam semalam kakakecik follow VIVA Biru (geng VOC) tetiba dia bagi brek dan signal, signal nya warna merah sewarna senada dengan brek….sakit je mata kakakecik menengok…geram je..nasib kakakecik perasan signal tu..so kepada pemilik-pemilik kenderaan di luar sana…jangan la terlalu nak canggihkan lampu signal tu dari warna kuning (asal) ke warna merah….cuba la fikir pemandu kenderaan lain dibelakang kenderaan anda….kalau orang sondol kereta korang tak pasal2 je
download

 

  • LAMPU HADAPAN WARNA PUTIH – ini lagi satu yang kakakecik tak suka dan menyirap je rasa bila memandu waktu malam ada plak kereta yang lampu hadapan warna putih. kalau selisih tu ok lagi la kan sebab kejap je kita akan berhadapan dengan lampu putihnya tetapi yang dok ikut dari belakang…mau-mau lak yang dok cucuk rapat bontot…silau mata ooooo..kereta2 mewah yang terkini kebanyakkan di datangkn dgn aksesori lampu putih yang melepasi piawaian yang telak ditetapkn JPJ......tapi harap maklum bagi kereta anda bukan datang dari kilang bersama lampu putih...anda mungkin kene tahan ehehehe....tak pasal2 kena saman nanti…jangan la memandai nak tukar pasang lampu putih yer..

  images

  • IKUT RAPAT &  HIGH LAMP – keadaan nie selalu berlaku kat highway la…kakakecik paling tidak suka kalau kakakecik di lorong kanan (lorong kelajuan) memandu dengan kelajuan yang boleh dikategorikan melebihi had laju yang ditetapkan…tetiba ada kereta ikut rapat dan bagi high lamp….ambooooi ambooooooi tak tengok ke kita pun tengah laju..so paham2 la…x kan tengah2 laju tu terus nak masuk kiri yang kereta tengah berduyun tu…tang mana kakakecik nak selit…pernah kot masa kakakecik drive kat hway dr astar nak balik pendang malam time tu…ada la kereta hamba Allah mana pun tatau dah la ikut rapat dok bg lampu pastu bagi lak lampu wrna warni siap dengan siren…bongek betul la..bila kita bagi laluan usha lak kita dari tepi dan bgi lampu warna warni…hampeh punya driver la

 

  • SLOW TAPI DI LORONG KANAN - Perhatian yer pemandu-pemandu di luar sana, sini nak bagitau yang kakakecik pun tak suka bila ada pemandu-pemandu yang tidak tahu membezakan antara lorong santai (lorong perlahan) dan lorong memotong / memandu dengan laju…kakakecik selalunya kalau pergi mana2 ikut highway memang susah nak drive kat lorong kiri, sokmo di lorong kanan je la…hati membara jugak la bila kita di lorong kanan dan memandu dengan hemah ada plak kereta di depan tu yang drive sambil makan angin di lorong kanan..dah bagi lampu pun tak paham-paham dan tak reti nak tukar lorong…dah tau bawak slow tu drive la kat lorong kiri..ini tak..(pernah kakakecik terpaksa memotong ikut lorong kiri…bahaya tak bahaya dari dok sakit hati dok ikut belakang yang tak tau beza lorong kan)

 

  • PENUNGGANG MOTORSIKAL – bagi penunggang motorsikal yang suka menyelit kiri kanan tengah la dicelah celah kereta tu…haiiiii ini satu hal lagi dah lama kot hidup…huhuhu…terutama penunggang motorsikal berkuasa tinggi….suka hati dorang ye bawak dah le laju pastu kalau boleh nak je kita yang bawak kereta ni bagi laluan kat depa…opppppps sori la kakakecik tak akan bagi..hang motor..lorong motor la..yang dok lagak kat lorong kanan tu sapa suruh…

 

pssst : adakah kakakecik ni merbahaya bila memandu…

 

Tuesday, January 17, 2012

Mintak Ampun Mak….2 hari berturut-turut tu berlaku

Maaaaaaaaaaaaaaak…

Mintak ampun mintak maaf banyak-banyak ye…

Dah 2 hari berturut2 kot anak mak ni bagi pecah cawan dan mangkuk…

Hari sabtu….selepas melapis..kemas2 la barang semua atas kabinet…dah nampak cawan tu tapi ingatkan ok..sekali praaaaaaaang cawan jatuh dari almari…huhuhu…

Semalam, sebelum buat kek lapis buka je peti ais nak amik filling bluberry, preeeeeeeeeeeeeeeeeng mangkuk plak yang jatuh kuar dari peti ais..tertelangkup mangkuk tu…

Sehari seblum kakakecik TERjatuh dan TERpecahnya cawan mak, dik ilah TERpecah piring dari atas katil ibu berpantang…

Maaf ye mak nak wat cmne benda nak jadi…

 

 

moral of story, guna la selalu pekakas pelastik

 

pssst : adakah maksud disebalik TERpecahnya barang2 kaca ini…orang kata kata pinggan/ cawan ke pecah ada petanda buruk

2071 – 2093 : tambah tolak = 22 : 50 Minit

Eh eh biar betul kakakecik nie mengirakan…

kalau 2071 tolak 2093 sama dengan –22

2071 tambah 2093 bukan jugak 50…

apa agaknya yer yang 22 nisbah 50 minit di tajuk entry kakakecik petang nie..

sebenarnya tidak hampir 1 jam jugak la kakakecik bertapa di dalam Pejabat Pos Pendang…kakakecik sampai kat pejabat pos tu dalam pukul 10.40pagi..tengok orang ramai dah kat luar…alamak, ramai plak orang..camne nie…ramai tak ramai pun kakakecik kena jugak tunggu giliran…kena pos arini jugak barang-barang nie…tak boleh tangguh lagi..

Tekan je button A kuar la ticket giliran yang bernombor 2093…pergh….nombor masa tu baru 2071 (dah la set jam untuk ticket tu tak betul..terkejut monyet jugak la kakakecik)…tu dia berjanggut (kakakecik ada janggut ke) la kena tunggu nie…

 DSCN7750

Alang-alang dah tunggu lama, kakakecik pun fikir la biar buat 2-3 urusan sekali gus…hahhaa..memandangkan ASB dah boleh update kan..apalagi kakakecik kuarkan ka buku ASB yang sentiasa ada dlm handbag tu..berasap je la orang belakang dok tengok kakakecik dengan 2bungkusan pos laju dan buku ASB lagi…sabar ye pakcik2 makcik2, abg2 kakak2 semua…sama2 la kita pakat tunggu

Opss..barang apa yang kakakecik pos yer dan untuk siapa…

DSCN7744Ini la rupanya barang kakakecik pos tu…

 

psssst : jangan marah ye entry kakakecik kebelakangan nie semua bab2 makan

Monday, January 16, 2012

Kek Karamel Kali Kedua…Strawberry Coklat..Balas Bekas

Assalamualaikum……maaf kakakecik masih lagi up entry makan-makan..al-maklum la cuti 3 hari di rumah…macam2 la yang kakakecik masak di dapur tu…di hari Sabtu…buat kali keduanya kakakecik buat kek karamel..kalau di pagi hari kakakecik buat kek karamel pandan orange…petang nya pulak strawberry coklat…memang sedap la kek nie…(bukan nak puji masakan sendiri tapi memang sedap pun) mak sedara siap tanya kot…caramel tu beli yang siap ke…tak lah mak ngah.. “cheq buat sendiri”… si sepupu la (anak mak ngah) siap suruh senaraikan barang2 yang perlu utk buat kek karamel dan bila2 senang mintak kakakecik pergi rumah dorang..buat kek karamel..dorang nak tengok teknik2 nya kot..alahai kakakecik pun 1st time buat dan tengok2 di internet je…tapi xpe..kakakecik bukan jenis kedekut ilmu..tak salah kita kongsi kan…

 

kek karamel coklat

Nampak macam ice cream le plak…kan kan…aik kata strawberry kenapa tak wana merah pun…plain je…sebenarnya kakakecik just letak essen strawberry je…

 

Alhamdulillah malam tu jugak habis kek karamel kakakecik buat nie..selain makan2..kakakecik bagi dengan mak ngah dan mak nyang untuk balas bekas dorang…masa mak sakit dok hospital adik2 ipar mak nie bawak makanan utk mak..so kakakecik tak kan nak bagi bekas kosong balik kan..so kena la wat something..tak puas lak rasanya kakakecik makan aritu,macam nak buat lagi..tapi bukan malam nie ok…

 

Resepi mai klik kat SINI

 

pssst : petua untuk membuat “Meringue”, apa yang kakakecik dapat dari Dapur KakZu…pastikan telur kuning dan setitik air pun tak ada dalam telur putih..kalau x meringue x menjadi dan kek akan jadi mcm bengkak…alhmdlah kakakecik buat menjadi…tak guna cream of tartar pun boleh jugak..so jgan risau sapa yang xde cream of tartar..xperlu susah p beli noo

Saturday, January 14, 2012

JOM MEMASAK : Kek Karamel ( Pandan Orange)

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu…orang-orang Kedah cuti 3 hari la…jangan jeles….esok kan Hari Keputeraan Sultan Kedah…so kakakecik pun cuti jugak la 3 hari…dapat la masak-masak utk family terutamannya mak yang masih sakit, adik yang dalam pantang. Pagi tadi kakakecik buat kek karamel…dah lama dapat resepi nie daripada Dapur KakZu tetapi tiada keyakinan diri untuk membuatnya dan risau tak de sapa nak makan…sebelum nak buat tu tanya sorang-sorang dalam rumah dan sepupu…pernah tak makan kek karamel dan kalau buat korang nak makan ke…respon dari adik ipar… “alaaaaaaaaaaa, kak shida buat je, saya makan semua..” yes yes boleh buat nie…kakakecik memang dah biasa makan kat rumah sahabat fauziah di Jitra masa raya puasa lepas…
 
Selepas bfst tadi kakakecik buat la….sambil ditolong oleh si kecil Aisya…tolong tengok dan tolong kacau je budak tu…nie pun dok sibuk je sebelah… jom kita tengok resepi yang kakakecik dapat dari dapur kakzue siap step by step g kakzu share..jangan lupa LIKE kat page Dapur Kakzu..
DSCN7607 
Bahan bahan:
GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
** taburkan gula pasir dalam loyang . Jadikan gulakan gula hangus.Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pade loyang

Bahagian atas ( karamel )1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
** Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau dengan perlahan dan sebati, jangan sampai berbuih. Ketepikan

Lapisan kek (A)140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak

** campurkan air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih, dan masukkan gula..pukul lagi hingga kembang
** Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit, pukul lagi hingga sebati
** Ketepikan


Meringue (B)
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim tartar

**Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi, masukkan cream of tartar dan pukul hingga kembang dan bila diterbalikkan bekas, telur tidak akan jatuh)

Campurkan A dan B..KACAU DENGAN TANGAN..kaedah kaup balik (SPATULA) apabila sudah sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna yang disukai atau campurkan dengan perisa yang disukai. (kakakecik bahagikan kepada 3 adunan, satu bahagian asal + esen vanilla, 1 bahagian pandan paste dan 1 bahagian lagi kakakecik tambahkan orange paste)
  1. Tapis dan masukkan karamel dalam loyang gula hangus (loyang saiz 8” atau 9”)
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan secara berselang seli..kakakecik mulakan dengan 1senduk warna asal ditengah-tengah loyang, kemudian masukkan 1 senduk adunan pandan di atas adunan asal dan 1 senduk perasa oren di atas perasa pandan..dan begitu la seterusnya diselang seli sehingga adunan habis)
  3. Panaskan oven selama 10 minit
  4. 45 minit pertama guna api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pada suhu 180 darjah
  5. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas. (seperti di dalam gambar di bawah)oven kek karamel
  6. Setelah masak biarkan 10-15minit, kek akan perlahan-lahan merenggang dari tepi loyang dan terbalikkan kek akan keluar dengan sendirinya dari loyang
  7. Sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam dalam peti ais sebelum dipotong
DSCN7681
Selamat mencuba

psssssssssssst: telur 6 biji aje tau..jangan 12biji lak..kakakecik dah siap beli 20biji…egtkan 1 adunan guna 12 biji telur…hahhaa..rupa2nya 3biji telur kuning + 3 biji telur kuning = 6 biji telur putih…huhu..

Thursday, January 12, 2012

Spontaneous Thursday # 7

Sabar Menunggu

Menunggu itu Menguji Kesabaran

Sabar itu Separuh daripada Iman

Iman adalah Mutiara Hati

Jom Memasak : Kek Lapis Vanilla Coklat

 choc

 

Assalamualaikum….kek lapis Vanilla Coklat  adalah kek lapis ke-3 yang kakakecik buat utk doorgift majlis perkahwinan Eliani dan Iqbal…kek lapis nie sebenarnya jalan serentak 2 oven dengan kek lapis pandan ceri…senang jimat masa…4 jam terus dapat 2biji kek lapis 8 x 8…tunggu sekali tu je…kakakecik tak guna lagi oven besar yang kakakecik dapat tu…tatau la bila nak guna…adakah jumaat, sabtu nie….ada sahabat di Pahang tempah 2 jenis kek lapis nie…tak kan kakakecik nak pinjam oven kak ani lagi utk buat 2 biji kek lapis dlm 1 masa yang sama…nanti2 la kakakecik pikir…sebab tak biasa lagi guna oven besar tu..nak kena manja2 dulu dengan oven tu…nanti tetiba ia tidak romantik dengan kakakecik habis la 20biji telur kan

 

Jom kita semak resepi kakakecik untuk kek lapis Vanilla  Coklat nie.

 

Bahan-Bahan:

  • 500 gm mentega
  • 10 biji telur saiz besar
  • 150 gm gula
  • 1 sudu besar ovellette
  • 1 tin susu pekat manis
  • 260 gm tepung Hong Kong
  • 100 gm horlicks
  • 4 sudu chocolate emulco
  • 1 sudu serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu esen vanilla

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih menggunakan kelajuan maksimum
  2. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  3. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, pukul dengan speed perlahan.
  4. Masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu adunan lagi masukkan chocolate emulco dan serbuk koko yang telah dibancuh.
  6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar.
  7. Lapisan pertama – plain…bakar menggunakan api atas bawah.
  8. Lapisan kedua…coklat, bakar menggunakan lapisan atas sahaja.
  9. Ulangi proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.

Selamat Mencuba..

 

pssst : 2 biji kakakecik buat kek lapis  Vanilla Coklat  nie..1 biji utk dijadikan doorgift dan 1biji lagi untuk makan-makan..yang utk makan-makan nie dalam adunan plain kakakecik masukkan sedikit jem strawberry…saja nak bikin kelainan.

Tuesday, January 10, 2012

Selamat Pengantin Baru Eliani dan Iqbal

31 Disember 2011 – Sabtu tepat jam 9.25pg…Eliani telah sah menjadi isteri kepada Iqbal dengan sekali lafaz…alhamdulillah seorang lagi adik sepupu kakakecik telah bertukar status kepada PUAN…

mine4 Sekali Lafaz..SAH…

 

 mine2

mine1

mine3

Upacara Membatal Air Sembahyang..ketika nie semua orang sebak nangis…

 

Majlis meraikan pasangan diadakan di Dewan Majlis Daerah Pendang…

 

MIEN9

MINE34

Pintu Gerbang dan Singgahsana yang dihias indah..crdt to CWC

 

mine1

wajah keriangan pasangan raja sehari

MINE20 5 tingkat tu kek dorang..tapi kakakecik tak merasa pun walau sedikit…

 

ELIQ

ayah dan emak pengantin perempuan (mak lang pak lang kakakecik la)

 MINE13

 

MINE15P

Eliani bersama family perempuan keluarganya….sporting habis dorang nie

ELIQ2

Agak-agak apa yang DJ tu tanya sampai begitu sekali reaksi pengantin kita nie

ELIQ3  

Dayang-dayang keluarga NEZ

MINE4Family Photo : Pihak Lelaki

MINE11   Family Photo : Keluarga NEZ

MINE16 Family Photo : Pihak PerempuanMINE17

Family Photo : kakakecik punya family la…yang masih bujang bersama mak ayah dan pengantin

MINE14

Outdoor : Kebun Getah Tok Wan Kami….

 

Majlis Bertandang : Sri Manjung : 7 Januari 2012

398674_2683841770119_1078592628_2718986_1833887260_n

386478_2683271715868_798797675_n

374225_2683191913873_1078592628_2718612_57897031_n 

389889_2683306236731_1078592628_2718746_957514933_n

398102_2683308836796_1078592628_2718748_1934927056_n 

TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ELIANI DAN IQBAL SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE SYURGA…