Assalamualaikum….kek lapis Vanilla Coklat adalah kek lapis ke-3 yang kakakecik buat utk doorgift majlis perkahwinan Eliani dan Iqbal…kek lapis nie sebenarnya jalan serentak 2 oven dengan kek lapis pandan ceri…senang jimat masa…4 jam terus dapat 2biji kek lapis 8 x 8…tunggu sekali tu je…kakakecik tak guna lagi oven besar yang kakakecik dapat tu…tatau la bila nak guna…adakah jumaat, sabtu nie….ada sahabat di Pahang tempah 2 jenis kek lapis nie…tak kan kakakecik nak pinjam oven kak ani lagi utk buat 2 biji kek lapis dlm 1 masa yang sama…nanti2 la kakakecik pikir…sebab tak biasa lagi guna oven besar tu..nak kena manja2 dulu dengan oven tu…nanti tetiba ia tidak romantik dengan kakakecik habis la 20biji telur kan
Jom kita semak resepi kakakecik untuk kek lapis Vanilla Coklat nie.
Bahan-Bahan:
- 500 gm mentega
- 10 biji telur saiz besar
- 150 gm gula
- 1 sudu besar ovellette
- 1 tin susu pekat manis
- 260 gm tepung Hong Kong
- 100 gm horlicks
- 4 sudu chocolate emulco
- 1 sudu serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air
- 1 sudu esen vanilla
Cara-cara Membuatnya:
- Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih menggunakan kelajuan maksimum
- Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
- Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, pukul dengan speed perlahan.
- Masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu adunan lagi masukkan chocolate emulco dan serbuk koko yang telah dibancuh.
- Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar.
- Lapisan pertama – plain…bakar menggunakan api atas bawah.
- Lapisan kedua…coklat, bakar menggunakan lapisan atas sahaja.
- Ulangi proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.
Selamat Mencuba..
pssst : 2 biji kakakecik buat kek lapis Vanilla Coklat nie..1 biji utk dijadikan doorgift dan 1biji lagi untuk makan-makan..yang utk makan-makan nie dalam adunan plain kakakecik masukkan sedikit jem strawberry…saja nak bikin kelainan.
lazatnye skali tgk
ReplyDeletetp xske sgt