Assalamualaikum…
Ehem ehem speaking plak kakakecik di petang Ahad nie…kalau nak kata kena tempias org LONDON ke tak ada plak…nak buat macam mana dah kakakecik dapat resepi yang diderhaka kan pun nama nya begitu…bak kata CMG kalau di Melayukan jadinya “KEK PAUN SUSU PEKAT” tu yang CMG punya kek la…kalau kakakecik punya kek nie akan jadi “ KEK PAUN MARBLE SUSU PEKAT” betul ke nie…lain macam je bunyi nya….aaaah senang cite macam nie…kakakecik minggu lepas macam biasa la jalan-jalan tengok entry lama CMG di DTS tu…mana tau ada yang kakakecik berkenan di hati boleh la cuba terai test kan…so, salah satu entry lama CMG yang bertarikh 19 Disember 2010 telah mencuri perhatian kakakecik…copy paste print balik rumah menelaah la resepi tu…
Petang semalam masih lagi belek resepi2 yang telah diprint bersama dengan JELITA Feb. 2012 sampai dok kena perli dengan adik..tak habis-habis lagi ke dok belek majalah tu….ermmmmm dok study la…nak buat kek nie…tatau nak buat yang mana satu….memandangkan resepi2 kek yang lain kena guna susu segar/susu cair…kat umah ada skit je tak cukup..susu pekat manis jugak yang banyak…(almaklum la baru lepas kenduri kan)…Elok benar la buat kek yang guna susu pekat nie…tp kakakecik tak mau plain..nak buat oren coklat adik plak tak nak…konon buat kek nie utk jamu sahabat sekolah adik yang datang melawat AINUR SORFINA….tetapi baru kakakecik nak start buat dorang dah sampai..memang tak de rezeki Emy sekeluarga la…sori ye emy…
Jom kita semak resepi..apa yang telah diderhakakan oleh kakakecik
sejujur hati…memang sedap kek nie..tak manis sangat sedap2 makan tak sedar dah 8-10 keping…nyum nyum
BAHAN-BAHANNYA :
- 120 gram mentega
- 120 gram tepung kek (kakakecik guna tepung gandum)*
- 3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 45 gram gula halus – ketepikan 1 sudu
- 2 biji telur gred A
- Secubit garam
- 1 camca teh esen vanilla
- 1 sudu serbuk koko**
- 1 sudu air panas** (bancuh bersama)
- choco emulco
- cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :
- Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek berukuran 6 inci x 6 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
- Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan esen vanilla dan garam, putar hingga gebu. Tuang susu pekat manis dan putar lagi hingga sebati.
- Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata.
- Akhir sekali masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga mendapat adunan yang licin, jarak masa antara 1 biji telur ialah 1 minit. Tuang dalam tin tadi dan bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. (Part kakakecik DERHAKA: Asingkan telur kuning dan putih – telur kuning masuk kan satu persatu ke dalam adunan dan terus memutar manakalan untuk putih telur kakakecik buat meringue…pukul putih telur hingga berbuih..masukkan 1 sudu gula dan cream of tartar…pukul sehingga bertanduk. Campurkan adunan telur putih dengan adunan tepung dan kacau dengan menggunakan senduk kaedah kaup balik, Bahagikan adunan kepada 2, 1 plain dan 1 lagi adunan dicampurkan choco emulco, dan bancuhan serbuk koko)
- Masukkan adunan dlm loyang mengikut kreativiti…asalkan jadi MARBLE…dan bakar
- Uji kek dengan mencucuk lidi sate (kakakecik guna lidi ambik raut dari pokok) dibahagian tengah, jika keluar bersih tandanya kek anda telah masak. Uji kek kira2 5 minit tempoh terakhir masa membakar. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
psssssst : lepas nie kakakecik kalau nak buat kena buat 4 or 6 biji telur…baru puas makan…
wahh nmpk mudah.nnt nak cuba lah..
ReplyDelete