Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Resepi rendang udang nie kakakecik cilok dari kiera sakura…dah 2 kali dia buatkan untuk event KBU…so masa dok makan2 tengahari Jumaat kat Bukit Perak…kakakecik tanya cara2 nak buat nya…dia bagitau la bahan2 dan langkah2 buat rendang udang yang menjadi kegemaran nya…kalau nak lebih detail p rempuh blog Kiera Sakura…
Plan nak buat semalam..tetapi elok kakakecik masuk dapur je, tengok2 mak dah siap buat gulai(kari) ikan..awal mak masak semalam sebab menantu dari Ipoh nak balik…kakakecik tapau je la..arini baru kesempatan mencuba rendang udang..tetapi kakakecik derhaka sedikit step nya…HAHHAHA..melampau tak kakakecik…tak kisah la janji sedap kan (sedap ke)
RENDANG UDANG KIERA SAKURA
Bahan-bahan :
200gm Udang
3 sudu cili kisar/cili boh
1 biji bawang besar**
2 ulas bawang putih **
1/2 inci halia **
1 batang serai **
1 cawan santan
1 keping asam gelugur (hiris halus)
daun kunyit (hiris halus)
1 sudu serbuk kunyit
garam (tumbuk bagi halus lagi)
Cara-caranya:
- Kisar bahan-bahan bertanda **
- Letak kuali atas dapur tapi jangan pasang api lagi.
- Masukkan udang atas kuali, bahan blender, santan (sampai hapus udang), cili kisar, asam keping, garam, serbuk kunyit, daun kunyit.
- Gaul kesemua bahan tersebut hingga sebati. Baru pasang api.
- Kacau hingga kering,klu xnak sampai kering pun blh janji kuahnya dah masak.
pssst: sebenarnya kakakecik derhaka kat bahan2 tu…kakakecik masukkan cili padi 2 biji dlm bahan kisar…1 lagi kat step ke4..bila dah gaul semua bahan-bahan tu pasang api…sebelum ia kering, kakakecik kuarkan udang sebab tak nak bagi udang terlampau kecut…nanti hilang plak kemanisan nya…elok nak kering kakakecik masukkan semula udang dalam kuah nya….HAHHAHA
Thanks kiera atas resepi rendang udang nie…
hihihi.. boleh je kak oihhh nk wt cm mana pun.. kira x rajin kutip udang cm akak..kihkihkih
ReplyDelete