Assalamualaikum…selamat hujung minggu bagi negeri2 selain Kedah, Kelantan dan Terengganu..
semalam, kakakecik melepas hajat di hati untuk makan laksa..Laksa Ikan Sekoq dah tu kalau nak tambah Free…waaaaaah sah-sah makan kat umah kan macam nie…ops korang silap…sebenarnya kakakecik pergi ke gerai makan di alor setar nie…boleh dikatakan pemes la jugak gerai laksa nie…alang-alang dah bawak “Che Ah” jalan-jalan tu…kami teringin la jugak nak merasa laksa ikan sekoq nie..dok dengar ramai kata sedap…SEDAP ke..
Laksa ikan sekoq…laksa nya tak banyak mana pun…tu yang nak kena tambah…TAMBAH PERCUMA…kalau malu macam kakakecik pakai makan yang dlm pinggan tu je la…sapa yang makan pedas tu kena la mintak cabai potong..sebab dlm laksa nie dia memang tak letak cabai (cili padi)..Sedap tak korang tengok laksa ni…apa tak jelas…nak gambar lagi jelas…nak zoom dekat macam tu ye… ha tunggu apa lagi…tengok la gambar bawah nie…..terbentang ikan sekoq dia…
SEDAP tau…tak yah nak habaq…memang niat di hati kakakecik nak tambah..tapi sifat “kemaluan” tu menebal…so tak tambah la…dah tu di akhir suapan kakakecik dah sendawa… “alhamdulillah” memang jenis kakakecik mcm nie..kalau dah “argggggggh” memang tidak sama sekali akan tambah makan… “berhenti sebelum kenyang…makan sebelum lapar (dah lapar tapi x makan2 lagi nie)”
Tengok pinggan kami bertiga..boleh dikatakan licin..tinggal tulang ikan sahaja…yang 1 pinggan tu garfu dok mintak nak tambah lagi..tapi dia pun malu…ntah bila tatau dia belajar malu…bagus la tu…dah anak dara kan…mamat2 kat meja belakang tu pun tak tambah…kalau kita yang anak dara nie tambah mesti malu kan…(poraaaaaah ayat tak leh blah)..
Sempat lagi kakakecik ambil gambar nie sebagai bukti yang TAMBAH FREE…dah tu siap lagi tanya abang di meja bayar…harga sepinggan dan tutup hari apa…Gerai nie tutup hari SELASA..korang jangan plak dok mengidam nak makan laksa nie ari Selasa ye…hari lain buka dari pukul 11.30 pagi…siap sedia siap2 duit..sebab laksa nie sepinggan RM3.00…selain laksa, kat gerai nie jugak ada rojak, ABC, Cendol, jagung bakar…
satu lagi kakakecik nak gitau..mesti korang suka punya la….kalau kita makan 5 pinggan…pinggan ke-6 Free..PERCUMA…PERCUMA lagi…kakakecik dah dapat 3 cop..so ada lagi 2 cop untuk makan FREE…Macam-macam cara kan tauke gerai nie nak menarik minat dan perhatian peminat laksa…kakakecik pun tatau la bila nak p lagi..sapa2 nak p tu roger2 la ye…boleh la kita makan sama…merasai kesedapan dan kenikmati laksa ikan sekoq nie…memang tak akan menyesal punya la…
Che Ah…terima kasih belanja makan laksa sekoq…sedap kan…cer tengok pinggan CheAh…memang makan PERCUMA la kakakecik semalam…
Kembar Kecik dan Besar…CHE AH dan CHE KAH (adik) dorang nie kembar tapi lain mak lain ayah la…tarikh lahir sama di tahun yang sama..banyak jugak la persamaan budak 2 orang nie…memang sesuai la jadi kembar…thanks adik n che ah jadi peneman kakakecik makan laksa semalam…
pssst : mesti ada yang tatau lokasi gerai nie kan…gerai nie kat Jalan Gangsa, Mergong…area Perumahan Awam Mergong dan Taman Utama....dekat dengan selekoh….jalan nak ke Chin Hin Motor dan Toyota Mergong..kalau gak pandai2 la korang google map..HEHEHEHE
sedap ny nmpk lauk 2..
ReplyDeletemeleleh air luir tgk laksa tuh
ReplyDeleteteringin nak pi... hari tu masuk dalam paper..hari nie jumpa kat belog yg sweet nie.. masya allah..bilalah nak sampai..?? syukran nice post buat kami terliurr dah... :P
ReplyDeletesedapnyer nmpk
ReplyDeletepernah makan laksa ni tapi yg dah beli tapau balik ke rumah. lepas ni kalau balik kedah boleh la tinjau2 kawasan tu. :D
ReplyDelete