Assalamualaikum dan selamat petang…
Khamis lepas…8 Mac 2012…kakakecik terpaksa pergi ke Hospital Pulau Pinang…meredah kesesakan lalulintas di awal pagi…lepas Subuh dah bertolak…janjitemu pukul 8.00 pagi….walau plan asal nak kuar pukul 5.30 pagi…macam awal sangat…pukul 6.30pg bergerak..memang SAH kena jammed kat area Seberang Jaya dan atas jambatan…memang betul pun…Pukul 8.00 pagi masih di atas jambatan…dalam pukul 9.00 pagi baru sampai kawasan Hospital Pulau Pinang…nak parking plak tak de..2-3 pusing jugak la…sekali mak cik guard suruh parking kat parking bertingkat….so pergi la…sekali naik sampai tingkat 3 still tak de kosong..turun semula cari parking…agak jauh dari Blok C, bangunan di pintu 1..kami parking kat area pintu 12…tak kisah la janji ada parking…
Kenapa ye kakakecik pergi Hospital Pulau Pinang…siapa yang buat DTPA Scan tu…actually, adik kakakecik yang bongsu yang buat scan tu…nuklear scan…untuk mengetahui tahap buah pinggang nya yang bengkak..ini adalah kali ke-2 adik kakakecik buat scan nie…sebelum ni buat pada tahun 2010 kalau tak silap kakakecik…kalau nak di ikutkan adik kena operation kali ke-4 pada januari yang lalu..tetapi setelah doktor semak laporan perubatan adik…doktor syorkan adik membuat DTPA Scan lagi sebelum membuat operation seterusnya..sebab nya selepas membuat operation pertama je adik wat DTPA Scan… untuk operation ke 2 dan ke 3 tak de wat DTPA Scan.
Memandangkan kami sampai dah pukul 9.00 pagi…proses menunggu agak lama la..selepas jumpa doktor dan cucuk tempat nak masukkan ubat, nurse bagitau lambat lagi…dia suruh kami pergi makan dulu…memang perut tengah lapar…tak sarapan apa pun pagi tadi…so bfst n lunch sekali pukul 11 pagi tu…makan kat kedai2 depan hospital tu je…Adik dapat giliran nombor 9…sebelum adik tu ada 2 orang baby yang mempunyai masalah buah pinggang jugak..sama macam adik..buah pinggang bengkak….tapi kecian kat baby-baby tu..sorang baru 5 bulan dan sorang lagi 1 tahun 9 bulan..masih kecil dah diuji dengan sakit begini…nangis2 dorang masa kena cucuk…
Ini lah Jabatan Perubatan Nuklear, Tingkat 2, Blok C, Hospital Pulau Pinang….kaunter pendaftaran nie baru lagi bangunan dia..agak sistematik berbanding 2 tahun lepas…semua urusan jumpa doktor, cucuk, ruang menunggu sebelum dan selepas scan di 1 tempat…turn adik selepas baby yang umur 1 tahun 9 bulan tu…dalam pukul 2.20ptg macam tu adik masuk bilik gamma 2 (plan nak amik gambar tapi takut kena marah..itu pun kakakecik dok tengok je proses nya..tetiba juruteknologi perubatan nuklear tutup pintu bila dia nak suntik ubat…cheeeeeeeeh dah kakakecik tak boleh tengok proses nya) mungkin dia tak nak kita sebagai family nie pikir yang bukan-bukan…adik bagitau 4 picagari ubat dimasukkan…panas kata nya…
Adik sebelum masuk bilik Gamma 2, muka ceria boleh senyum lagi…..selepas keluar….?
Proses DTPA Scan nie mengambil masa dalam 45 minit – 1 jam..bergantung kepada gambar yang diperolehi…tapi sebelum proses DTPA Scan..adik perlu membuang air kecil terlebih dahulu…untuk mengosong pundi kencing bagi mendapat imbasan yang terbaik..sepanjang proses scan nie kakakecik tatau la apa yang berlaku…yang nampak adik tido panjang je atas mesin tu…lepas je kuar dari bilik Gamma 2, adik muntah2..sakit pinggang…dan terpaksa buat sekali lagi…sebab gambar kurang memuaskan…so, kena la buang air kecil lagi…kali ke 2 nie kejap aje..dlm 1 minit macam tu…yang kali pertama buat dulu tak macam nie pun..xde muntah atau sakit pinggang…memang adik tak bermaya la selepas buat DTPA Scan kali kedua nie….muntah aje sepanjang pergi,balik ke Balik Pulau…mau lak perjalanan ke Balik Pulau tu boleh tahan selekoh nya…masa perjalanan balik ke Kedah pun still muntah2…..dah la kakakecik nie jenis tak tahan tak leh dengar n tengok orang muntah…huhuhu..sabo je la
Tempat pembaringan dan scan dijalankan
gambo2 nie pinjam dari pakcik google…
Apa pun keputusan DTPA scan nie kena tunggu jumpa doktor di Hospital Sultanah Bahiyah…selalu nya lambat jugak untuk mendapat keputusan ini…doakan buah pinggang adik dah ok…doktor yang adik jumpa di Jabatan Perubatan Nuklear HPP bagitau, result DTPA Scan yang pertama…hanya 43% sahaja buah pinggang adik yang bengkak…harap2 nya setelah 2 kali operation sebelum nie…memuaskan…Selepas membuat DTPA Scan nie…adik tidak boleh berada berdekatan dengan ibu mengandung dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun,terutama bayi..kecian adik tak boleh dukung, manja, cium sorfina…
pssst: sejuk tak sanggah kat jabatan perubatan nuklear nie..siap bagi selimut masa kat bilik menunggu…dengan kakakecik sekali la amik selimut…xtahan jugak sejuk nya..keluar lepak tepi tangga
em.. macam2 penyakit yg ade skarang.
ReplyDeletemuga2 sembuh la nanti ye.. amin..
semoga semuanya selamat kak... Amin
ReplyDelete