Assalamualaikum dan selamat senja nan merah…
PASEMBOR…sinonim dengan MAMAK kan…tapi kakakecik nie jenis “geli” skit nak makan mamak2 masak…sehari dua nie dok mengidam teringin sangat nak makan pasembor..kebetulan kat ujung kedai nie ada kedai makan baru buka…setiap ari dok nampak la signboard banner dia mee rebus, mee goreng, pasembor sejak seminggu yang lalu…semalam mmg dah plan nak beli la pasembor n mee rebus bawak balik umah…
Nak dijadikan cerita…minggu lepas ada nampak adik customer ni makan di kedai ujung tu..so, smalam dengan ringan mulut tak malu tanya la.. “dik, makan apa kat kedai tu mgu lepas”…"mee rebus n pasembor” jawab adik tu…kakakecik tanya lagi “sedap tak?”(senyum je masa tanya nie)..adik tu jawab apa.. “mee rebus sedap la jugak…tapi pasembor dia manis..kuah dia tu” demmmm masa nie dah putus harap 40%…masih lagi 60% keinginan untuk membeli tu… TETAPI…di lewat jam waktu bekerja…sorang lelaki muka ala mamak masuk kedai kakakecik.. “adik numbur fax sni bape, kami kedai ujung sana nak pakai pkerja asing..so imigresen nak no. fax” dalam hati ni… “ALAMAK….MAMAK la plak tukang masak dia” dah 0% la kakakecik nak beli makanan kat kedai dia…HUHUHU
Arini…sanggup tak makan nasi..makan megi goreng ganja je….sebab dok nampak mee kuah kat umah..arini ada mesyuarat kat umah, so ada tempah mee kuah..dok plan nak makan mee kuah tu je la…sekali adik ilah kol tanya nak balik pukul bape…huhuhu..dia nak tukar kereta..kakakecik pesan suruh dia beli makanan…PASEMBOR DAUD depan balai polis pendang…(nie mamak…tp dah biasa makan pasembor dia dari umur belasan tahun) so ok la…FRUST nya bila adik sms…dah habis pasembor daud…sekali lagi kakakecik pesan beli cucur udang..dorang plak tatau nak ambil jemput2 or keping besar…yang best tu adik gtau ada pasembor kat situ..ramai gak yang beli dekat gerai tu..kakakecik suruh je la dia beli,cuba je la…kalau xmencuba mana tau sedap ke idak kan..
Mai sini kakakecik persembahkan PASEMBOR bukan PASEMBOR MAMAK…
Pasembor yang dibeli oleh adik…RM 2.50 sebungkus…gerai depan CIMB Pendang…sedap ke?
Pasembor nie orang kata nak tau sedap ke tidak kat KUAH tu kan..so agak2 korang tengok kuah pasembor adik kakakecik beli tu sedap tak? apa nak makan sama…jauh la makan sama..kalau dekat memang kakakecik ajak makan sama dah…tapi korang makan telur rebus dah la ye…sebab yang lain kakakecik dah makan..HAHAHHA…tak percaya tengok la gambar di bawah tu…
Amacam nampak sangat la kan yang kakakecik nie lapaq…sabo je la…sampaikan 2 orang adik kakakecik hanya boleh tumpang 1-2 suap..sekali dorang dok online..pusing belakang..dah habis tinggal telur aje…Alhamdulillah kakakecik dapat jugak makan pasembor..sampai sakit kepala nie tahan lapaq…ok lah kakakecik dh nak balik…dengan harapan masih ada mee kuah dan ais krim malaysia yang adik buat semalam…
pssst: teringat kenangan zaman stdy dulu…kakak senior tanya nak makan pasembor tak..nak la sekali dia bawak balik ada mee dlm tu…hahaha..tu nama nya Rojak Mee..bila dah kenal gerai2 di pasar malam BBB shell..selalu beli pasembor kat gerai RODA IMPIAN..ada lagi ke mak cik pakcik jual pasembor ni
kurang makan jugak... hihihihi
ReplyDeleteamboi sedapnyaaaa
ReplyDelete