Sunday, April 29, 2012

Jom Memasak : Kek Gula Hangus a.k.a Kek Sarang Semut

 

Assalamualaikum dan selamat petang…kakakecik memberanikan diri update entry nie dalam keadaan hujan yang lebat guruh berdentum berdentam…harap2 tak de apa2 yang berlaku.

 

Akhirnya apa yang di idam2kan hampir 1 minggu tercapai…ada 1 malam tu…dh macam orang mengandung nak makan kek gula hangus..kakakecik sms Lydia Miza dan Awin tanya kan resepi kek gula hangus…alangkah kecewa nya bila bahan2 yang diperlukan tak de stok di rumah…kakakecik dah jemu nak makan kek karamel… Jumaat lepas yakin diri kakakecik mencuba buat kek gula hangus nie..sampai kan terdapat kesan pada diri sendiri…pedih sangat2…huhuhu kakakecik terkena percikan air gula hangus..ingat tak de la tinggal kesan apa2..sekali tengok ada naik gelembong kat bahagian ___________ (tidak boleh dimaklum dan diambil gambar..HAHAHA) so lepas nie korang nak buat tu hati2 la yer…kakakecik dah berhati2 cuma tak guna perisai je sebagai penghadang…huhu…sabar je la…sakit tetap sakit..tapi memang puas hati la dengan kek gula hangus yang kakakecik buat nie…

 

DSCN8714

 

Eh tapi ada jugak orang panggil kek gula hangus nie kek sarang semut kan…(Refer sms Lydia Miza..hehehe) tapi kakakecik tengok kek gula hangus kakakecik nia dah macam yang madu lebah punya tu…sarang lebah ke..selepas dapat resepi daripada Awin dan Lydia Miza, kakakecik google  jugak la resepi2 kek gula hangus ni dan banyak resepi yang kakakecik print out sebagai rujukan…so semua nya lebih kurang nya…jom kita semak resepi.

 

RESEPI KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla


Cara Menyediakannya.

  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
  2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas. (Hati2 masa nie..jangan terkena percikan mcm kakakecik kena)
  3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.
  4. Kemudian, pukul telur sampai kembang & pekat.
  5. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  6. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak.
  7. Tuangkan esen vanilla. Kacau.
  8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul sebati.
  9. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
  10. Dan bakar selama 60 minit di mana suhu oven 160 °c.

-Selamat Mencuba-

 

DSCN8720

 

Kek Gula Hangus nie..kakakecik buat untuk makan sendiri je..xde la jamu orang ramai tu…tp bagi la sorang dua rasa..sampaikan kak Azie yang x pernah makan kek gula hangus makan dan kalau boleh nak tempah untuk majlis kenduri kawen bulan 12 nanti…tapi kakakecik tatau harga nak jual la…yang lawak nya kak Azie boleh tanya..belajar mana nie…nak tahu apa kakakecik jawab “x belajar mana, belajar kat internet je..ambil resepi dan cuba baik..hehehe” dorang macam terkejut..dah kita nak..usaha dan yakin la kan..InsyaAllah…kalau buat sekali x menjadi jangan putus asa..buat lagi…macam sebelum kakakecik pernah buat..tapi color dia x menarik dan rongga2 pun xde jadi macam nie…perap x lama..kali nie kakakecik perap hampir 4 ja,..dari pukul 9 pagi hingga kul 1.45 ptg baru bakar…alhamdulillah tak puas makan..rasa macam nak buat lagi…tengok2 la malam nie..tapi kakakecik nak try versi kukus plak…(ish mcm x berani plak nak kukus…hehhe takut nanti x menjadi)

 

pssst: sori myb ada lagi 2 entry jom memasak lepas nie…

5 comments:

  1. kalau makan kek ni kembo suka teropong kan belubang..hehe

    ReplyDelete
  2. kalau makan kek ni kembo suka teropong kan belubang..hehe

    ReplyDelete
  3. telan airliur....sedapnya..........

    ReplyDelete
  4. klu lah kita berjiran sblh umh msti kenyang perot kira akak masak2 nie..hihihi

    ReplyDelete
  5. ok..yang ni ruz tak terliur sgt kak. sebab tau buat. tapi puding karemal yg stoberi ngn coklat tu ruz tak reti!!! akak cun~~~ mohon buatkan untuk sy yg ngidam ni boleh? :'(

    ReplyDelete