Assalamualaikum dan selamat hari lahir kepada saudara Nadzri…semoga sentiasa dirahmati dan diberkati olehNYa..
Bicara pasal merungut dan ikhlas nie timbul bila last week kakakecik pergi berurusan dengan 1 pejabat badan berkanun..memang agak mengecewakan dengan layanan dan mutu perkhidmatan staf pentadbiran di satu bahagian jabatan tersebut…dengan hanya 2 keping surat (4 salinan) kakakecik terpaksa menunggu lebih dari 1jam..ok tak kisah la kan..tapi agak pelik apa yang lama sangat..hanya nak buat surat sahaja…dan menambah kekeliruan dan kebingungan fikiran kakakecik apabila dia datang serah surat 4 salinan tu…ayat nya kepada kakakecik lebih kurang macam nie la“nie saya dah tolong tau kelip(staplerkan) surat nie..kalau x saya bagi sekeping2 je” Ya Allah, kakakecik bersuara tetapi hanya di dalam hati… “perlu ke ko nak bagitau yang benda memang kerja ko…setakat stapler 4 salinan surat tu je pun, dah sememang nya surat jabatan ko untuk jabatan lain..stapler je la…xkan itu pun masalah…rugi sangat ke setakat bullet 4 tu” … Apa pun kakakecik hanya balas “TERIMA KASIH, oh ye ke?”
Pada pendapat kakakecik..benda yang remeh macam tu pun dia dah merungut…ikhlas kah dia dalam melakukan kerja nya..sedangkan kerja yang dilakukan nya itu sebagai sumber pendapatan nya…Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan menharapkan keredhaannya tanpa mengharap faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi. Ikhlas memang sukar dinilai kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.Ikhlas merupakan kedudukan yang tinggi selepas Iman.Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas;
- Membantu seseorang sambil berkata, "Ambillah, saya ikhlas membantu awak nie."
- Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak, "Saya tolong awak ini memang dengan ikhlas tetapi saya kecewa sedih sangat kerana awak menolak pertolongan saya."
Dalam melakukan sesuatu kerja/perkara yang dipertanggungjawab sebaik-baik dan seboleh-bolehnya lakukan lah dengan seikhlas hati..kerja itu satu amanah..tak perlu nak merungut itu ini dan “bilang sama orang lain” tak pasal-pasal buat malu muka sendiri je..dah sememangnya itu kerja yang kena buat…
moral of story : lakukan apa jua kerja tanpa mengharapkan pujian ataupun nama….lakukan la dengan seikhlas hati..insyaAllah lagi besar ganjaran yang Allah akan berikan…
erm betul la tue apa akak buat, diam diri biarkan dia rasa dia bagus sgt buat keja yg tak tara mana tue.. stapler je pun bukan suruh die lekat kertas ngn air liur die...
ReplyDelete