Assalamualaikum…ini adalah entry terakhir utk holiday kakakecik dan family abg din last week..
Jumaat…check out Glory Beach Resort pukul 8 pagi coz nak pergi Seremban tengok Angah game separuh akhir..ingatkan dah xdapat tengok Angah main..tapi dapat jugak tengok…kalau mengikut plan asal abg din dan kak niroh, Jumaat selepas tengok game angah terus dorang nak balik ke utara tetapi sekali lagi kakakecik berjaya memujuk dorang untuk terus tinggal 1 hari lagi di Kuala Lumpur..bagi memenuhi walimah Aini dan Baim di Shah Alam..takpe kakakecik sediakan tempat tinggal untuk 1 malam tu…tp bukan la hotel 5* hanya hotel budget sahaja…tak pasal2 Iffah dan Sunah menjadi mangsa kakakecik untuk tanya tempat dan no. telefon hotel budget yang dorang pernah duduk di Shah Alam dan Ampang Point…memang pilihan pertama nak dok Shah Alam la..konon2 malam tu nak g I-City…tetapi alangkah kecewa nya sebab tak de plak kosong kat MyHome Hotel Shah Alam…kami bermalam di Hotel Ehsan, Ampang Point…
Tak pegi jejalan mana pun..Abg Din tidur je..mungkin penat kot..dari hari Selasa lagi dia drive sorang ke sana ke mari…kalau la kakakecik dah biasa dengan kereta dia..mau je bawak budak2 tu jalan2 tengok KLCC dan Kotaraya KL di waktu malam…(konon la sangat sebab kakakecik lepas habis tengok bunga-bunga syurga terus zzzzzzzzzzz, penat)
Ok-ok dah melalut…banyak lak cite sehari sebelum wedding aini…pagi selepas bfst kat Restoran Nasi Kandar Pelita..set GPS ke Masjid India, Jalan TAR..untuk apa…alahai buat2 tatau plak kalau perempuan g sana..xde benda lain la..shopping la…kakakecik ingatkan nak beli bawal tone color tu 1 kodi sebab kakak nak..tup tup dah xde stok sangat untuk 1 kodi…so beli sehelai je la..kak niroh yang beli banyak tudung awning…kalau x silap kakakecik 5 helai kot….murah kot sehelai RM10.00 je…(gambar tak de sebab malas nak ambik ramai orang kat sana almaklum la hari sabtu..)
Hampir 2 jam dari 1 gerai ke 1 gerai kami jelajah…abg din dah bawak budak2 makan KFC..kak niroh pun dah penat…tengok2 jam dah dekat pukul 2 petang…alamak kenduri Aini…terus set GPS ke Wisma PKPS, Shah Alam…GPS plak time nie wat spoil tak dapat detect isyarat satelit…so main gamble je la..kakakecik suruh abg din ikut federal highway…sekali jammed plak sana…waktu tu dah pukul 2.45ptg..sempat ke sampai dalam pukul 3 petang..majlis habis pukul 4 petang..alhamdulillah di tengah perjalanan GPS dah boleh berfungsi membantu kami menuju ke Wisma PKPS…dalam pukul 3 ++ kami dah sampai…majlis belum selesai…
Kemeriahan Majlis Aini dan Baim di Dewan Wisma PKPS, Shah Alam…masih terasa walau dah hampir jam 4 petang
1st time melihat meja makan beradab dihiasi dengan ikan di dalam balang…ada 5 balang kalau tak silap kakakecik…meja makan yang simple tapi nampak menarik dan mewah dengan pelbagai jenis fresh flower
Kakakecik dengan G (sepupu pengantin) dan Kak Nik yang hampir 6 tahun tak jumpa…Alhamdulillah di majlis Aini kami bertemu kembali
Kakakecik dan Miss Fauziah..sahabat baik kakakecik zaman study dulu..dah 12 tahun bersahabat dengan nya..dari umur nya 19 tahun…so kira sendiri la umur dia berapa sekarang..walau pun kami beza hanya sebulan tetapi dia tetap panggil kakakecik.. “KAK SHIDA”
Apa…gambar pengantin yer…ye la…saja nak kasi korang jamu mata dulu…xmau tayang awal-awal gambar pengantin…tak suprise la kan…lagipun x banyak sangat gambar pengantin yang kakakecik snap..hehe..
Kakakecik bersama dengan adik2 G bergambar kenangan dengan Aini dan Baim..mempelai yang dirai…
Athirah pun nak jugak bergambar dengan mempelai…ye la kan family G kata muka aini masa kecik macam athirah…ok sebenarnya time nie lampu kat atas stage dah padam…tepat jam 4 petang lampu dewan dorang akan padam..bermula dengan stage…
Opps sebelum balik …bergambar lagi dengan aini..amik berkat mana tau lepas nie kami lak ikut jejak aini…
Kepada Aini dan Baim..kak shida ucapkan TAHNIAH, Selamat Pengantin Baru…Semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga akhir hayat dan ke syurga..selamat menempuh alam rumahtangga…terima kasih atas undangan ini..makanan sedap sangat2…terutama daging masak rendang tok dan ABC yang mebeles itu…
Tamat sudah holiday kakakecik untuk kali nie…sesudah memenuhi jemputan walimah aini, kami terus balik ke utara..singgah makan di CKT Sg Dua..tetiba ada sesuatu yang berlaku menyebabkan selera utk makan CKT sedikit hilang…
pssst:fauziahdankaknikbilaplakgilirankitanie…
lain dr yg lain...
ReplyDeleteCik Zai buat yg simple je kot...sesuai dgn title skrg ni :p
yg pastinye ikan tue mungkin xde masa walimah kira nanti..hihihi
ReplyDeletesmartnya dorang punya decorate ! kak pun wat lagu ni gak noh :P
ReplyDeletep/s: kak shidaaaaa,onie still ta sempat buat header akak.... nanti pm onie kat fb eh
adoi,gmbar angah tu dah ginjat dah, tp still x nampak muka.hehehe
ReplyDeletekakakecik org kedah yer.. sama la kita. sejak ada baby ni malas pula nak jenjalan hari minggu kat JLN TAR.. pepaham je la dia punya sesak. nak2 lg kalau dekat raya. JAM dgn manusia je.. tak sanggup
ReplyDeletecanteknye deco eh??huhu
ReplyDeletesaya suka kaler baju pengantin tu kakakecik!!
akak bila nak kawen??hehe
http://qasehraihan.blogspot.com/2012/06/seksanya-mesej-guna-henpon-touch-skrin.html
alahai Kakakecik, len kali turun KL/Selangor kollling2 lah .. blh kita dating. hehehe.
ReplyDeleteadmire kat ikan emas tu
ReplyDelete