Sunday, September 23, 2012

Jom Memasak : Kurma Telur

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari di hujung minggu,

 

Masak kurma, dah bertahun-tahun kot tak terhidang di atas meja umah kami, memang mak dah lama sangat tak buat masak kurma..kakakecik memang tak pernah buat langsung..last makan pun rasa nya 10 tahun lepas kat umah Jannah kawan adik di Perlis…huhuhu…

 

Kebetulan minggu lepas, masa beli barang nak buat mee kari kakakecik tersilap beli serbuk kurma ayam & daging, so apa lagi dapat la buat kurma telur jumaat 2 hari lepas…pagi jumaat tu dah tanya mak, camne erk nak buat masak kurma..mak pun cite la buh itu ini…huhuhu…last-last kakakecik ikut je resepi kat belakang bungkusan serbuk kurma tu….

 

Nasib baik, time tengah buat Kak Tie, kak ipar no.2 balik umah mak…tunggu apa lagi tanya la dia cabai besar tu belah berapa…hahaha..teruk tak kakakecik sampaikan begitu sekali tanya..

 

DSCN9705

Resepi..alamak kakakecik pun main campak ikut resepi kat belakang bungkusan tu je..just tambah 1 batang serai yang dititik…

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur – direbus
  • 1 bungkus kecil rempah kurma - dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • 2 ulas bawang merah - hiris (**)
  • 1 ulas bawang putih - hiris (**)
  • ½" halia - dimayang (**)
  • 1 kuntum Bunga cengkih, Bunga lawang, 1 batang kecil kayu manis (**)
  • 1 batang serai – dititik (**)
  • 1 biji bawang besar - dibelah 4
  • 1 biji cili hijau @ merah - dibelah 2
  • Santan secukupnya


Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 bertanda (**) hingga kekuningan.
  2. Masukkan pes rempah kurma dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan telur dan ratakan. Biarkan mendidih dalan 5 minit.
  5. Akhir sekali masukkan belahan cili merah@ hijau dan bawang besar.
  6. Masak hingga bawang agak layu. Perasakan garamnya.

Selamat mencuba

** boleh juga letak kentang, ikut kan hati kakakecik memang nak letak kentang tapi kentang plak habis kat umah..kakakecik kan gila kentang hehe.kalau nak letak kentang masukkan ia sebelum santan..selepas masuk kan santan biarkan ia empuk…baru ikut step (4)

2 comments: