Memandangkan semalam seharian hujan..perut pun asyik mintak di isi je..siang tu kakakecik just makan biskut Lexus dan Nasi goreng mak buat untuk sarapan yang dibungkus dengan telur dadar..jadi la nasi goreng pattaya…itu je bekalan makanan kakakecik di tempat kerja sepanjang hari semalam…balik umah selepas meredah 3 tempat banjir..jenguk2 dapur buka tudung saji..just ada daging goreng kunyit dan singgang ikan…alahai…ujan2 nie rasa macam x berselera plak nak makan mcm tu…
Sambil tengok “JULIA” di TV3, dok bebel dengan Kak Ja dan Mak..nak makan apa nie..lapar..ada ke time ni la mak dan Kak Ja suruh buat kek gula hangus..xde kerja…tup tup teringat spghti ada je baru beli aritu..tak guna2 lagi…so terus tanya Kak Ja..kita buat spghti nak x…tapi takde plak sos tomato…kita wat spghti goreng nak x…tetapi Kak Ja cadangkan buat spghti black pepper..memandangkan sos black pepper ada 2-3 botol tersadai je di dapur tu…Eh, sedap ke…tak kisah la…pandai2 la kita buat…Kakakecik plak dok teringat Sunah ada buat Spghti Tomyam..so cuba la ingat2 balik apa benda yang dia letak dalam resepinya tu…
Jom kita cer tengok resepi yang kakakecik buat malam tadi walau pun tak seberapa tapi kami sekeluarga dapat menikmati nya…tak de sapa pun leh tambah..tak berani nak buat banyak riso tak sedap..nasib baik sedap rasa rugi plak buat skit..
Resepi : Spaghetti Tomyam Black Pepper
Bahan-bahan :
Cara-cara membuatnya :
- Spaghetti
- 3 sudu besar cili kisar
- 3 sudu besar sos black pepper
- 1 sudu pes tomyam
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
- 2 batang sosej (dipotong sederhana nipis)
- 2 batang isi ketam (dipotong sederhana nipis)
- sedikit kubis
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil daun parsli kering
- 1 sudu kecil oregano
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
-Selamat Mencuba-
- Spaghetti direbus dalam air mendidih bersama sedikit garam hingga empuk dan toskan
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau dan layu
- Masukkan cili kisar, sos black pepper dan pes tomyam. Biarkan sampai rencah masak dan pekat.
- Perasakan dengan gula, garam, daun parsli dan oregano.
- Masukkan sosej dan isi ketam serta sayur.
- Masukkan spaghetti dan gaul rata-rata.
pssst : ayah dan mak semenjak 2 menjak nie dah pandai dah makan spghti
kak shida.. ketang tu slang org ganu sbut ketam ke? hihihi...
ReplyDeletemama pun suka spagheti
ReplyDeleteFuh,, nampak sedap tuh..
ReplyDelete