Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Kakakecik nak luahkan ketidak puasan hati kakakecik apabila ke Stesen Bas Ekpress Sungai Petani..Sabtu lepas kakakecik bersama dengan adik ilah selepas balik dari makan kenduri di Sg Kob Kulim, kami pergi ke stesen bas ekpress SP sebab nak hantar Shahir (suami adik ilah) yang nak balik ke Ipoh, Perak. Memandangkan kami dari Kulim so terpaksa la naik bas dari SP tak kan nak naik di Shahab Perdana Alor Setar..dah jadi patah balik..nak naik di Kulim tatau plak stesen bas nya..Ini adalah kali pertama bagi kami berurusan menaiki bas ekpress dari stesen sp nie..apabila sampai je ke kawasan stesen tu ada sorang mamat bertopi berkaca mata menggamit kami, tetapi kami tidak endahkan kerana disangkakan orang jaga parking…so cari parking kat kawasan tu memang susah skit..setelah 1 pusingan kuar semula baru ada parking..Shahir parking je la kat situ..
Sementara menunggu Shahir pegi beli tiket bas ke Ipoh, kakakecik dan adik memerhati gelagat sekumpulan mamat2 nie..oooh baru tau yang mamat gamit kami awal tadi yang pada jangkaan kami adalah orang jaga parking adalah ULAT TIKET..setelah memerhati kami dapati kumpulan ulat tiket ni membahayakan dan mengancam keselamatan orang..mana tak nya…nampak je motor or kereta masuk ke kawasan stesen bas tu terus digamit dan ditahan nya…di tengah2 laluan masuk plak tu..kalau tak sempat tekan brek memang dorang la yang jadi mangsa…kalau plak tetiba kereta berduyun2 tetiba kereta depan brek terkejut mesti akan bercium cium la kereta di belakang nya…yang kakakecik dan adik pelik kenapa la ulat tiket tu beria-ia sangat…bukan nya ada bas lagi pun di stesen tu…bukan nya orang tatau nak p beli di kaunter…lain la kalau kaunter takde boleh la dok wat pulun macam tu..dah tu sanggup lari ke sana ke mari ligan kereta motor…sabar je la…keselamatan depa tak pikir dah..wat penat badan je sebab xde sapa pun layan depa…
(tiada kena mengena dengan tajuk entri tetapi ada kena mengena dengan isi entry)
Yang paling kakakecik geram tu bila ada seorang perempuan naik motor..masuk ke stesen bas tu..ada sorang mamat nie dah tanya..budak perempuan nie dah angkat la cermin helmet dia tu..bagitau apa tatau la pada sangkaan kakakecik myb bagitau yang dia dah beli tiket ke apa…tapi yang tak puas hati tu ada lagi sorang mamat tunggu di depan skit dan tahan budak perempuan ni di tengah jalan dan pegang handle motor dia…waaaaaaaaah ni dah melampau…memang cari nahas nie..kasar jugak la perbuatan mamat tu…
(ainur sorfina geram nie…jaga-jaga korang semua)
Bila dorang nie ke arah kereta kami..kakakecik rasa macam nak je snap gambar dorang…sekali tinted kereta adik tak cukup gelap..dia ternampak kakakecik pegang kamera…so dengan mengada-ngada nya 3 orang mamat ni buat la gaya peace bagai nya….geram punya pasal kakakecik buka tingkap tanya ”hey, apa yang ampa buat macam tu ye..dok tahan2 orang..bahaya tau dak..satg ambik gambar ampa baru tau kot bawak masuk metro” dorang masih lagi dengan aksi mengada terhegeh2 tu…ingat kakakecik teringin sangat nak snap picture dorang tu..kakakecik pun tengok2 la gambar yang ambil masa kenduri kawen kawan adik ilah..sekali ada sorang mamat tu ketuk tingkap sambil dok bebel apa ntah,kakakecik wat isyarat x dengar..malas nak layan tapi riso jugak dorang wat kasar nanti bahaya plak..so buka la tingkap skit..tanya kenapa nya…mamat tu tanya..”awat ambik gambar kami tadi?” kakakecik jawab..”bila masa aku ambik gambar ampa..jangan dok perasan sangat la” (jarang kakakecik beraku aku nie) mamat tu tak puas hati “tadi ni dok hala kamera kot kami” hahahahha kakakecik gelak “ish, ish jangan dok perasan la…tengok ada ka gambar ampa dalam nie..orang nak tengok gambar sendiri perasan lak dok ambik gambar depa” hahahhahaha..sambil kakakecik tunjuk gambar2 yang ada dlm kamera kakakecik tu…malu kot budak tu..terus blah…kalau dia buat hal lagi tau la apa kakakecik nak buat…berani sangat ke kakakecik nie takde la…suruh je shahir tunjuk kad polis dia…senang cite…
p/s: harap pihak yang berkenaan dapat la banteras ulat tiket yang mengganggu perjalanan pengunjung untuk mendapatkan perkhidmatan selesa dan ia jugak boleh mengancam keselamatan pengunjung yang menaiki kenderaan.
wahhh....gejala ulat2 tiket
ReplyDeletelama x pi sg petani tak tau pulak wujud ulat tiket. kalau stesen bas kulim dekat dgn hotel sri malaysia.Kalau bila2 nk cr stesen bas kulim, cr je hotel sri m'sia @ tasik kulim tu.. :D
ReplyDeleteeikkk
ReplyDeletebahayanya..
lepas nie harap sangat pihak akhbar bt liputan.. shida pi report jer. panggil repoter
mmg depa ni merimaskan.tp kami x sure la depa ni 'ulat' ka dak.maksud kami, kdg2 depa ni mmg dari kaunter pon. mmg ada tiket.cuma x paham kenapa mesti beriya2 mcm tu. tunggu kat kaunter kan senang
ReplyDeleteawal tue kemain ingtkan berani sgt rupanya tkut jugak. eloknya akak betol2 tngkp gmbr dorg buat report baru dorg tau. bahaya kt org je.
ReplyDelete