Monday, January 7, 2013

Sri Diah : Dedikasi Untuk Wanita

Dedikasi Untuk Semua Wanita Yang Hatinya Belum Dimiliki 

Bukanlah daya wanita untuk melamar jodoh
Melainkan ia hadir bersulam cinta, demi kasih
Lalu lelaki itu diangkat menjadi suami

Yang pada bahunya ada tanggungjawab
Yang pada dadanya ada kerjasama
Yang pada hatinya ada jujur dan setia
Yang dalam dirinya ada adil dan kasih sayang
Yang pada suaranya ada impian dan wawasan

Jodoh dan lelaki bagai layang-layang
Dihulur tali dia pergi, jauh dan makin jauh
Wanita bukan sengaja menolak menjadi isteri
Sebaliknya, layang-layang dihujung jari
Selalu sahaja terputus tali....



Dedikasi oleh Sri Diah di helaian terakhir novel Doa Buat Suamiku..terima kasih Sri Diah dedikasi ini dan di atas perkongsian plot cerita Doa Buat Suamiku yang menarik. Ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada kakakecik dalam pencarian dan perjuangan ini...jangan putus asa..jodoh itu telah ditetapkan untuk kita sejak dari lohmahfuz nya lagi...selagi itu la jodoh tetap akan ada walau di lewat usia...


4 comments:

  1. usah bduka lara jodoh belum sampai...

    kekadang jodoh ada di depan mata cuma lmbt atau cpt ja...Insyaallah pasti ada jua....


    #errr...kami jmpa jodoh kami masa kt jeti B'worth mlm nk btolak p KL bln 4.Dia mnta no tpon so kami bg sbb tau bosan dlm bas so lyn ja msg2 dia tp lps tu trus mls nk lyn tp bln 5 dia anta rmbgn merisik.Bln 6 anta minang...bln 8 nikah :)
    Alhamdulillah kami bsyukur dpt dia wlaupon x ensem tp kuat keja & x lokek tenaga klau knduri or kematian kluarga tdkt...

    ReplyDelete
  2. Weee....jodoh itu rahsia PEMILIK kita.. Sabar dan terus tabah. Siapa dan bila..hanya DIA yang Maha Mengetahui.. Semoga dipermudahkan urusan kita dalam mendapatkan jodoh yg telah dijanjikan..

    ReplyDelete
  3. @Z@i Z@mR33 komen ampa buat kak senyum dalam sebak...

    thanks cikzai

    ReplyDelete