Tuesday, January 29, 2013

Trip Utara ke Selatan (Johor)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Baru kesempatan untuk update entry travel kakakecik bersama Aima ke Selatan Tanahair iaitu ke Negeri Johor Darul Takzim..alhamdulillah perjalanan kami berdua dipermudahkan walau pun daripada destinasi berbeza tetapi masih  di dalam tren KTM koc yang sama dan seat sebelah menyebelah..mengikut seperti yang kami rancangkan...




Perjalanan kami berdua ke sana menaiki tren Senandung Langkawi KTM ke KL Sentral...mesti yang kata kenapa kami tidak menaiki bas terus ke Johor...untuk pengetahuan semua..kakakecik berada di Pendang dan Aima di Kulim..so kalau kami nak naik bas, kami terpaksa turun ke Sungai Petani (SP)..bila turun SP kami dah rugi dari segi kewangan..bukan la nak kedekut..sebab dah nama pun travel kan..kena la pandai2 bajet..kesimpulan nya kakakecik naik KTM daripada stesen AS-KL Sentral dan Aima daripada Bukit Mertajam ke KL Sentral jugak la....2 jam jugak la kakakecik kesorangan boring tak upaya nak gtau la...


Sepanjang 10 jam perjalanan kami ini kakakecik tak dapat tido dengan nyenyak..asyik2 tengok jam je..bila la nak pukul 5 pagi nie...Kakakecik agak jeles bila pandang Aima kat sebelah...elok je dia tido..walaupun bunyi bising disebabkan pintu antara koc rosak tak tutup rapat..kami berdua seat depan sekali, berulang kali jugak bangun duduk pegi tutup pintu tu bagi rapat...dah tak tahan sangat kami lekat note di pintu tu yang berbunyi "SILA TUTUP PINTU RAPAT2..Terima Kasih" tetapi masih hampa dan kecewa dengan ketidaksedaran pengguna tren yang dok buka pintu tu tak reti nak tutup bagi rapat..ketidakselesaan jugak la rasa nya...sabar je la...


Alhamdulillah apabila jam menginjak ke angka 5.45 pagi kakakecik dan Aima selamat sampai ke KL Sentral..persiap2kan diri untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk meneruskan destinasi kami ke Johor..dari KL Sentral kami menggunakan perkhidmatan tren Komuter...waaaaaah teruja kakakecik dengan pembaharuan tren komuter...cantik dan selesa sangat2....tak macam 10 tahun dulu...


Sesampai di TBS..pertama kali sampai nie..terpaksa la baca signboard untuk ke kaunter tiket...serius kakakecik tabik dengan sistem pembelian tiket di TBS..sistematik dan tiada ulat tiket...semua tiket ke destinasi selatan boleh didapati kat kaunter yang disediakan..bas yang kita nak boleh pilih di situ..Kami memilih bas yang paling awal untuk ke JB (Larkin) paling awal yang ada pun hanya pukul 8.45pagi..bas Kwok Ping..harga tiket RM 31.00 turun di Sri Putri..



Jangkaan perjalanan kami ke JB adalah 4 jam...tetapi lebih kurang 3 jam setengah kami sudah sampai di Sri Putri..awal perjalanan tu memang kakakecik tido je.tak nampak dah Negeri Sembilan dan Melaka..elok dah masuk negeri Johor mata celik je.ye le kan nak jejalan Johor kena la tengok kiri kanan jalan nya..


Sesampai je di Sri Putri menunggu adik comey Sunah Sakura untuk ke destinasi yang selalu nya blogger akan singgah kalau ke Johor...terutama blogger yang suka makan dan memasak...mesti punya nak pegi teratak beliau...


pssst : ke mana kakakecik dan Aima pergi dengan Sakura Ungu milik Sunah Sakura..tunggu next entry

11 comments:

  1. mcm mana blh dapat seat sebelah menyebelah tue kak?

    alaaaaa xnk baca la next entry sebab semua kak sunah dah cerita hahahahaha :p

    ReplyDelete
  2. Klasik lah gambar Datin kat signbod Alor Setar tu...macam zaman dulu2, masa zaman kamera filemm... i likee!!!..haha

    ReplyDelete
  3. @kiera'sakura mcam mana ye kami dapat seat sebelah menyebelah sebab akak beli tiket aima jugak..so bagitau siap2 nak dok sebelah2..just aima naik dr BM akak naik dari AS...


    jeles la tu...konon xnak bc

    ReplyDelete
  4. @Mat Gebu thanks CMG...alahai edit guna photoscape je..mmg klasik pun tempat tu..sebab skrg ni stesen KTM Alor Setar dan dirobohkan..dah xde lagi signboard tu...stesen KTM dah berpindah ke bangunan baru


    tunggu next entry ye untuk makan2...hehehe

    ReplyDelete
  5. nexttttttttttt...da teruja ni..hahahah

    ReplyDelete
  6. Auwwww.
    Daku jua teruja

    (psst.. Dok bt isi epok2 a.k.a karipap kentang ayam)

    Baca smbil bayangkan kamu tido xsedar dlm bas ke jb..
    Muhahah
    (3 jam stgh.. Mmg laju bus tu)

    ReplyDelete
  7. perghhh best , rasa macam nak travel gak la.hehe

    ReplyDelete
  8. @rinduan citarasa sabar ye cayunk...sedap nya epok2 dia..nak skit

    ayu..bas tu mcm x laju je dia bawak..mmg tido x sedar apa dah...huhu..sedar2 dah masuk johor..

    ReplyDelete
  9. @Syafik Coklat best sangat...sebab tu pilih naik tren dan bas..baru merasai travel nya...

    ReplyDelete
  10. mahai dak tiket ktm?utk travel ok x?

    ReplyDelete