Tuesday, April 23, 2013

Bukan Tekak Omputih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Erm..hujan begitu lebat sekali tadi di Pendang..sejuk dan nyaman seketika cuaca petang begini..sampaikan perut kakakecik yang belum di isi nasi pun dok berbunyi..sabar ye wahai perut balik nanti kita masak tapi macam malas je..kita makan nasi goreng di kedai dah la ye..tak nak jadi macam malam tadi..

 

Kekonon nak makan western la sangat kan…dah la tersilap beli bukan spghti…apa nama ntah..bilah nya besar dan pepeh pepeh…ni la akibatnya kalau suka sangat pilih dan pilih…walau awal pegang tu dah betul..tapi gatal lagi tangan nak tukar..selalu jugak jadi macam nie…abaikan kisah tersilap beli pasta tu..Malam tadi, malas nak masak sebab hanya tinggal berdua sahaja dengan ayah je..mak tak ada di rumah, ada di Perlis..lauk masak lemak telur dan ayam bakar yang buat untuk makan tengahari tadi masih ada…bajet nak makan nasi la..tup2 kakakecik terlupa nak tengok nasi yang berbaki dalam periuk elektrik…punya ralit siapkan kek karamel yang ditempah oleh Hadi Saidin…

 

Bila kek dah siap semua..kakakecik layan la #JODOH..tetiba rasa lapo..pegi jengah dapur..tengok periuk dah kosong..ayah dah makan nasi tu…kecian ayah mesti x kenyang makan..sori ye ayah…memandangkan ada pasta dan sos spghti yang kakakecik beli tu…dengan tahap kerajinan yang tak tinggi main campak2 je la…janji ada rasa..

DSCN3757

Dan ini la hasil nya, kakakecik makan tak habis pun..sebab sosej tu tak sedap..ntah jenama apa ntah..bukan ayamas…makan buat alas perut sahaja…tetapi yang memeritkan tu…sebelum nak tido terasa macam ada sesuatu je kat tekak nie…tup tup terasa nak termuntah…hampir 10-15 minit jugak la kat bilik air/tandas sampai meleleh air mata nie dok muntah..nasib baik tido bilik depan yang sekali bilik air..so tak de hal sangat..dah muntah-muntah terus semput…nak tido pun susah…sememangnya tekak nie susah nak menerima sesuatu yang baru terutama makanan pelik-pelik omputih nie walau cheq putih orang nya(jangan pulak ada yang muntah ye bila baca statment kakakecik yang perasan tu) tekak nie lebih selesa dengan masakan kampung…huhu..

 

pssst : keinginan untuk mencuba buat cheese tart makin meninggi walau tak makan cheese tart..hanya makan cheese di dalam pizza sahaja..hehe

2 comments:

  1. @diana apa pun nasi jugak di cari..nasi lak mau lauk kampung..moden sangat pun xleh

    ReplyDelete
  2. kira pun ritu tersilap beli pasta yang nie. bila makan memang tak sama dgn spagheti biasa tue huuu

    ReplyDelete