Wednesday, April 3, 2013

Jom Memasak : Butter Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Picture 062

Mood memasak dan baking hilang terbang ntah ke mana hampir 1 minggu, petang semalam baru kembali…Dapat jugak la kakakecik buat 2 biji kek untuk dibekal kan untuk adik dan balas bekas jiran tetangga.

 

Untuk balas bekas mak su dan abg bedon, kakakecik buat butter cake yang dilapis dengan coklat. Saja la teringin sangat nak makan kek yang pernah mak ngah buat untuk kakakecik 20 tahun lepas..lama kan..huhuhu..so petang semalam selepas balik dari hospital, malas nak pergi kerja..rehat2 diri..baru buat kek tu..elok kek dah siap bakar mak ngah sampai, apa lagi tanya la dia..dia sendiri pun dah tak ingat…takpe mak ngah tak ingat, cheq ingat…

Picture 068

Resepi nie..kakakecik guna resepi asas untuk buat butter cake..

Bahan-bahan:

  • 240gm butter / marjerin
  • 200gm gula
  • 240gm tepung gandum
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu baking powder
  • 60ml/60gm susu cair
  • esen vanilla
  • coklat masak

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul butter dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji…teruskan memukul hingga kembang
  3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder diselang seli dengan susu cair
  4. Akhir sekali masuk kan esen vanilla dan kacau hingga rata serta sebati.
  5. Sediakan loyang saiz 8 inci yang telah dialas dengan kertas kek dan digris.
  6. Masukkan semua adunan di dalam loyang dan bakar hingga masak..suhu dan masa bergantung pde oven masing2. Oven kakakecik suhu 170C selama 1 jam.
  7. Apabila masak..biarkan kek sejuk dan terbalik kan, potong dua bahagian. Lapis kan coklat masak yang telah dicairkan dengan kaedah double boiler..dan tindankan semula

 Picture 060 

Selamat Mencuba

 

p/s : kakakecik mencuba teknik memotong kek guna kaedah yang Kak Azlita Masam Manis ajarkan…pisau dipanaskan dahulu..alhamdulillah okey je jadi nya..thanks kak ita atas perkongsian tersebut

2 comments:

  1. sedapnya baru tingat nadh pernah nak buatkan kek yang seakan mcm nie masa kawen ritu. sebab sepupu dia kasi kek macam nie. kena tuntut nie

    ReplyDelete