Sunday, April 14, 2013

Menjelang Pilihanraya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Hanya tinggal 20 hari sahaja lagi untuk rakyat Malaysia yang layak mengundi untuk membuang undi. Dalam tempoh ini bermacam hal akan berlaku, perang bendera usah dikata la..sepanjang jalan ada je bendera biru, hijau, hitam , oren, biru muda dan bermacam jenis logo..Penyokong pun waktu begini menunjukkan kreativiti mereka, membina membuat replika parti masing-masing yang mampu menarik perhatian orang ramai..Buluh-buluh pun cerah la di bukit..pakat-pakat dok tebang nak pacak bendera..Laris kalah pisang goreng panas tau buluh time nak pilihanraya nie..kalau tuan yang cerdik otak niaga tu…dijual nya buluh-buluh tu…untung maaaaa, 5 tahun sekali je pun.

 

Yang jadi pemancing pun ramai jugak, pancing orang sana sini pangkah parti mereka..tak kira kawan, suami, isteri, anak-anak, sepupu dan ahli keluarga. Malahan di zaman canggih nie, faceboook bercambah wall dengan post berbaur politik, begitu jugak di twitter lagi hebat, tweet itu tweet ini masing-masing nak meraih undi. Yang SMS personal tu lain cerita la kan..hehe

 

Time begini ada ye yang bermasam muka..yang kawan elok selama ini sanggup putus sahabat kerana berlainan parti…bagi kakakecik walau pun aliran politik berbeza tak perlu la sampai nak bermasam muka, putus sahabat. Kalau ye pun nak berpolitik sakan jangan libatkan kekawan..p berkempen kat orang lain. BERSAHABAT dan BEBAS POLITIK..mudah sahaja.

 

Eh, ada jugak yang suami isteri tak sealiran politik bak kata orang tu “Waktu macam nie la laki bini yang tak sefikrah akan berbalah selagi tak mengundi, lepas mengundi baru berbaik semula”, kalau berbaik okey la…Ada terjadi tau, pada PRU12, tahun 2008 lalu, kakak sahabat kakakecik bercerai kerana politik. Kesnya si suami pasang bendera di depan rumah. Si isteri marah la, sebab dia tak sama parti dengan suami nya dan rumah tu pun dia beli sebelum berkahwin, huhu tak pasal-pasal sebab bendera pun bercerai, tapi dua tiga hari selepas tu masing-masing muhasabah diri rujuk kembali. Alhamdulillah masih panjang jodoh mereka.Susah jugak kalau suami isteri tidak sealiran nie..hehehe.Jenuh jenuh. Nasib baik family kami, ipar duai sewarna dan sealiran hehehe.

 

Dalam tempoh berkempen nie, tak perlu kita nak tunding jari cari kesalahan kelemahan, memburuk-burukkan seseorang, membuka aib orang lain. Renung-renungkan diri kita mana yang tak betul perbetulkan..Biar la menjadi calon/ penyokong yang bersih dari segala-galanya.

2 comments:

  1. rasa macam tahun nie nak balik mengundi nak tunaikan tanggungjawab tahun sebelum nie malassssss je hihihi

    ReplyDelete
  2. @kiera'sakura loor mcm tu lak..akak ni masuk kali ke3 mengundi

    ReplyDelete