Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam Israk Mikraj…Kedah cuti hari nie, so kakakecik pun cuti jugak la walau pun semalam dok 50-50 nak cuti atau tak. Ye la baru sangat kerja nak cuti plak..tapi kebetulan hari nie ada tempahan kek karamel..apa lagi cuti je la..hehe..
Bila dah cuti harus la masuk dapur untuk masak tenghari kan. Menu tengahari untuk harini sambal bilis+petai, daging masak air dan sotong goreng tepung yang super duper ranggup. Kakakecik terliur tengok sotong goreng tepung yang kak Yusa buat, kebetulan kat rumah ada skit sotong. Cepat-cepat bagitau mak, sotong tu nak goreng tepung. Hehe..
Dah rasa macam sotong goreng tepung Kuala Perlis..cuba silap nya tawar skit sebab kakakecik tak berani nak letak sangat garam, letak skit je risau masin..tak pe cicah dengan sos cili thai dah sedap..Thanks akak share resepi ni yang lengkap dengan petua nya lagi.
Resepi : Sotong Goreng Tepung Ranggup
Sumber : Seri Kandi Tanah Jauhar
Sumber Asal : NasRina Honey
Bahan-bahan :
- 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
- 1 cawan kecil tepung gandum
- 1/2 cawan kecil tepung jagung
- 3 sudu besar tepung beras
- Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
- Serbuk lada putih secukupnya
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Serbuk kunyit secukupnya
- Sebiji telur dipukul sedikit
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
- Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
- Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
- Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.
- Panaskan minyak.
- Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
- Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
- Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.
Rujuk tips di bawah untuk mendapat hasil yang ranggup...
Tips :
- Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.
- Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.
- Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.
- Angkat sotong yang telah masak/ garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)
- Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.
Selamat Mencuba
psst : jika tepung lebih jangan la buang ye, leh je buat ikan goreng tepung macam kakakecik buat, hehhee da tepung lebih banyak..tu pun ada lebih lagi.simpan je dalam peti ais esok2 boleh guna lagi
sedapnya
ReplyDeleteSedapnyaaaaaaaaa
ReplyDeleteAwak followers awk dah 888,lawa br tu
Naaaakkkkk!!!!
ReplyDeleteok nanti boleh cuba pulak resepi yang nie. nampak rangup sangat!!!!
ReplyDeletemcm keropok la pulak den tgk
ReplyDeleteAnak lelaki saya, Izzat suka betul sotong goreng tepung ni..for berbuka hari ni, I'll try your recipe...wish me luck, ok. Mudah2an menjadi..Amiiin.
ReplyDeleteSy dah cuba...sedap
ReplyDeleteTq atas perkongsian...