Monday, July 1, 2013

Pecah Rekod Pandu Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Biasa la kalau hidup tanpa teman kan..semua benda nak kena buat sendiri. Opps bukan selalu la sebab sebelum2 nie dok wat muka mintak simpati kat Abang Mie (satu2 nya abang ipar yang ada) untuk menjadi driver. Kalau dia tak de kerja boleh la dia tunaikan permintaan adik ipar dia nie..tapi kalau ada kerja…sendiri mau pandu la shida oooi..

 Picture 053

Macam weekend lepas la..kakakecik terpaksa memberanikan diri pandu PHS ke Hospital Pulau Pinang dan ke Teluk Intan…Hospital Pulau Pinang memang kakakecik pernah pergi..tapi orang lain drive, kakakecik just penunjuk arah..Penang belah island tu biasa drive ke Bayan Lepas dan Queensbay Mall je..belah2 kanan jambatan tak pernah dok wat berani lagi..Alhamdulillah, Jumaat lepas kakakecik melepasi semua nya..walaupun sampai ke Hospital Pulau Pinang tu bukan jalan biasa pergi…ntah di mana silap simpang nya, main baca signboard je..Tak pe janji selamat sampai hospital kan kan..

   adik

Dan untuk ke Teluk Intan memenuhi jemputan majlis kahwin adik angkat yang kahwin dengan orang sana, kakakecik sekali lagi memberanikan diri dan yakin kepada keupayaan sendiri untuk memandu ke sana, sememangnya kakakecik tak pernah drive ke sana..pernah pergi sekali je Teluk Intan tu masa zaman studi dulu..tahun 2000..itu pun pergi naik bas dari KL…so, kalau dah tatau jalan tu jangan plak memandai je pergi,tanya la pakcik google map dan sesapa yang berkenaan dah biasa di sana kan..Alhamdulillah dengan bantuan pakcik google map (kanan, kanan, kiri kiri) dan rerakan yang memberi tunjuk arah, sampai pun umah kenduri di Padang Tembak dan dapat berjumpa dengan pengantin nya…

 Picture 056

Selamat Pengantin Baru kepada Fadhilah dan Faizal..Semoga kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya..InsyaAllah.

 

 

 

pssst : kalau tak mencuba mana nak tahu boleh ke idak kan…terima kasih jugak adik yang sudi jadi driver dr Taiping-Kinding Permai, Kinding Permai - Perda…percaya la adik drive jauh utk kali ini..

2 comments: