Saturday, July 20, 2013

Jom Memasak : Samosa Black Pepper

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Salam 11 Ramadhan…

 

Samosa selalu nya orang buat dan yang kita dok nampak tiga segi je kan…kalau panjang dipanggilnya popia…Tapi kalau mai mood malas nak lipat 3 segi balut je macam popia janji inti dalam nya inti samosa…Tu bagi sapa yang malas dan tak berapa nak rajin sangat la..

 

Kekonon nak buat samosa frozen..senang dan mudah kalau balik kerja lewat skit tak sempat buat kuih goreng je samosa tu kan..Ingat dihati Dik Ilah nak jugak bawak balik Ipoh…Namun apa kan daya, Selasa malam Rabu yang lepas mata semua mintak bantal..mengantuk tak boleh nak lipat samosa dengan kuantiti yang banyak..Dapat la Dik Ilah bawak balik habuan 2-3kali goreng.

 

Dan, petang semalam..kakakecik rajin diri sedikit untuk melipat samosa 3 segi (habiskan stok kulit popia yang telah digunting, tak baik membazir). Kak Ja plak katanya balut je macam popia…mudah kata dia..ikut suka dia la…dia nak dia balut..Kakakecik nak buat 3 segi punya…namo derhaka derhaka okey…

 

Resepi..mudah ringkas sahaja inti nya….renyah bab nak lipat 3 segi popia tu sahaja…naik hangin jugakla sebab dok cuba 2-3 kali lipat tak mau nak menjadi..dah la kulit popia yang beli tu lembut..huhuhu..tak macam yang biasa guna sebelum nie….sekali lagi tak baik membazir mau tak mau kena juga guna kulit popia besar yang beli 2 bungkus itu…Jom kita semak resepi samosa kakakecik..

samosa

Resepi : Samosa Black Pepper

Bahan-bahan :

  • Kulit popia saiz besar (digunting 3)
  • Kentang – dipotong dadu
  • Lada Hitam – terpulang kalau suka pedas2 letak la banyak
  • Bawang besar – dipotong dadu
  • Daging / Ayam Kisar (kakakecik guna stok daging di umah dan kisar sendiri)
  • Garam secukup rasa
  • Sos Tiram
  • Bawang putih – cincang halus
  • Sedikit Minyak untuk menumis
  • Air

Cara-cara membuat Inti :

  1. Kentang dan bawang besar di potong dadu. Ketepi kan.
  2. Kisar lada hitam, ketepikan juga.
  3. Panaskan minyak.  Tumis bawang putih sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan sos tiram, lada hitam yang telah dikisar dan sedikit air.
  5. Seterusnya masukkan daging, kacau sehingga daging tidak berketul.
  6. Kemudian, masukkan kentang, bawang besar, garam serta air.
  7. Masak dengan api sederhana sehingga kering dan kentang empuk.
  8. Dah siap inti..Biarkan ia sejuk sebentar.

 

Cara Melipat : (ini yang lemah nie)

  1. Ambik kulit popia. Potong 3 bahagian. Kiranya 1 keping kulit popia yang besar tu akan dapat 3 keping. (jangan jadi macam kakakecik p gunting 2…dah rugi, itu la buat time bulan posa je..habis hilang skills nya..hehehe..skills la sangatkan)
  2. Seterusnya, ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Selitkan yang bahagian ujung tu di dalam mana2 bahagian yang boleh. Buat sampai habis. (kakakecik mudah sahaja, buat kelongsong macam nak buat ketupat, hehehe)

Sudah siap semua. Nak goreng waktu berbuka terus pun boleh..kalau buat waktu malam boleh frozenkan dan goreng la bila2 nak..Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas.

3 comments: