Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Di kala dingin pagi pada 3 Ramadhan, diri kakakecik tak berapa nak sihat. Athma datang menyerang. Sahur pun tak berselera makan, jadi pahit mulut. Sebelum jamah makanan minum dahulu madu sesudah makan nasi baru makan ubat penat. Pagi tadi sahur berempat, adik baru sampai dari Bangi. Seronok la dia sempat bersahur di rumah bersama mak ayah.
Sambil makan mesti borak adik dok cerita itu ini tentang pengalaman nya berpuasa di sana. Tup2 dia bagitau masa sampai rumah tadi ada 2 ekor anak burung hinggap bertumpang teduh di pokok kat laman rumah. Katanya siap dia belai2 anak burung tak terbang pun. Jinak gamak nya.
Apa lagi selepas sahur dalam pukul 5 pagi, kakakecik dan adik jengah ke luar untuk tengok burung tu..Masih ada lagi..So, terus sambar hp dan snap gambar 2 ekor anak burung tu. Pada awal tu kakakecik tak perasan bahagian ekor dan kepala nya…hahaha…bila adik suruh ambik bahagian kepala…kakakecik pegi bahagian ekor…pelik jugak la mana matanya…rupa2nya silap bahagian la…
Elok dah snap gambar adik pun nak belai semula anak burung tu…sekali burung tu terbang, terkejut kakakecik…apalagi menjerit la…adik marah la sebab menjerit macam jumpa hantu….ooooi hantu bulan posa mana ada la…hehehe
pssst : kakakecik mengusik adik, ntah2 burung tu jelmaan
Betul la tu...burung jantan tu carik shida ngan adik kat umah...tak lama lagi lah tu...
ReplyDeleteBetul la tu...burung jantan la tu cari shida ngan adik...tak lama lagi la tu.....
ReplyDeletejelmaan imam akak ape? kihkihkih :p
ReplyDeleteehemm..tanda2 nak kenduri besar la tu kak. hee. lawa atas kepala burung tu. kenapa akak tak tangkap je buat gulai. :P
ReplyDeletegebunya burung tu.....ermm comey
ReplyDelete