Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
German Cookies…resepi mudah yang menarik hati dan minat kakakecik untuk mencuba nya tahun nie.. Hajat di hati nak ada perubahan biskut raya tahun nie…asyik2 biskut yang sama je setiap tahun.x syok jugak kan…Pada mula nya kakakecik ternampak myKembo Shida Anwar post kat wall dia..kalau x silap daripada page group Buku Resepi ke apa ntah..tengok je guna tepung apa..ooo tepung kentang…nak kena beli la la tepung nya if nak buat kan…
Rabu..selepas tutup kedai…singgah bakery di Pendang untuk membeli tepung kentang…jenguk2 ada tepung ready made.instant punya untuk germany cookies..tapi kakakecik tak beli pun…mana mencabar kan guna tepung dah siap semua..hehehe…
Tup2 khamis tu nampak kak Yatie Sinar Kehidupan share German Cookies nya di FB…lagi la kakaecik bersemangat unuk buat nya…Petang tu jugak kakakecik buat..hehehe…
Resepi : German Cookies
BAHAN-BAHANNYA :
- 125 gram mentega
- 125 gram tepung kentang
- 80 gram tepung tepung gandum
- 40 gram gula aising, diayak
CARA MEMBUATNYA :
- Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
- Ambil sedikit adunan, kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap. Kalau nak hias love love macam kakakecik tu pun boleh…hehhee…nampak sweet je kan
- Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....
***1 adunan dpt lebih kurang 70+ keping.. kalau nak lebih gandakan adunan..Kakakecik buat 2 adunan..
Alhamdulillah…biskut nie mendapat keluluasan piawaian Abang On…dia kat sedap..tapi mak lak kata xleh makan sebab dia cair bila di dalam mulut..hehehe..Selamat mencuba biskut mudah tanpa telur nie..berbaloi sebab sedap…
comelnya bentuk love2 tu
ReplyDeletefirst time dgr tepung kentang
ReplyDelete