Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebelum syawal berakhir..harus la ambik peluang sehabis baik untuk beraya dengan sanak saudara sahabat bloggers..walaupun kami hanya kenal di alam maya tapi ikatan ukhwah antara kami masih bersemarak lagi…Alhamdulillah…
Bila Aima ajak ke Shah Alam hantar barang dan adik nya…terus kakakecik setuju nak ikut..ye la da lama xjumpa kekawan di sana..Seperti yang dirancang, tercapai cuba tersasar waktu sahaja..
Lunch kami (kakakecik, Aima, Elly, kemboku Shida Anwar) di rumah Lydia Miza..terima kasih awak coz memenuhi permintaan jahat hajat tekak nie untuk menjamah nasi arab mandy ayam air tangan awak..kerepok lekor yang panas…dan jugak kek pisang yang baru dibakar menjadi rebutan kerak nya…sangat2 terharu walaupun awak sibuk uruskan anak2..
Ty, maafkan akak kecian kamu xdapat lunch di rumah kak Lydia..next time korang terjah la sendiri..dekat je kot..hehee..mintak kak Lydia wat cendawan goreng panas…
abaikan mata terpejam yang mengantok kekenyangan
kembo…awat tu…marah ke sapa..hahaha
Malam…kakakecik ke putrajaya untuk ke rumah Sue IEB, sebelum tu singgah sebentar di Alamanda ambik Qaseh, seterusnya ambik Yanty Lee (pertama kali jumpa nie walau dia asai penang). Jenuh gak kami nak memusing cari blok rumah Sue..Kami sampai umah Sue, elok azan isyak..disambut oleh Ayah Firas, Encik Bard yang siap pakai apron lagi..ye la Bard tengah goreng mee kot untuk kami anak2 dara nie..hehee..mee goreng ENcik Bard memang sodap…kalah mamak masak..dan buat pertama kali nya makan mee goreng yang de letak kulit kayu manis, bunga lawang dan juga bunga cengkih…
Dengan Sue IEB dan Sue Qaseh adalah kali kedua kakakecik berjumpa dengan mereka..Yanty Lee dan Firas buat pertama kali nya berjumpa…….Perghhh Firas malam tumau je dia dengan Ateh Shida ni…ehem ehem aura mai dah kot…
Pengakhiran raya kakakecik tahun nie di Seri Kembangan dan Putrajaya…kepada tuan2 rumah (Lydia Miza & Sue IEB) terima kasih sudi terima kunjungan kakakecik, kepada Ty dan Qaseh terima kasih sudi bawak kami keliling putrajaya malam tu..kepada mykembo dan adik manis Elly..hilang rindu nak jumpa kalian..kepada Aima, terima kasih banyak2 coz ajak kak ke KL..kepada semua, mintak maaf andai ada terkasar bahasa dalam melawak2 tu..insyaAllah nanti ada kelapangan kita jumpa lagi..yang lain2 tak dapat jumpa tu jangan la merajuk ye…
Jauh tu bejalan raya...setahun skali kan...:-)
ReplyDeleteterliur tgk ayam bakar tu ~ adehhhh
ReplyDelete