Sunday, October 20, 2013

Jom Mengukis : Biskut Cornflakes Ranggup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

cornflakes ranggup
Bertemu kembali kita..setelah 9 hari cuti sempena AidilAdha, cuti panjang x semestinya duduk saja di rumah..Hanya cuti secara rasmi di tempat kerja..tetapi sebaliknya masih bekerja di dapur rumah..Jumaat dah start baking biskut raya..buat serba sikit supaya balang kuih tak de la kosong sangat..Untuk AidilAdha nie kakakecik buat sorang2 je..tak de sapa tolong pun..anak2 buah semua tak balik..So, biskut simple je la yang mampu buat dan nak habiskan stok bahan yang beli masa raya puasa aritu..

Kebetulan conflakes ada lagi 1 kotak..anak2 abang din dah bagitau tak nak cornflakes madu..dorang dah ubah selera ke cornflakes ranggup..Apa lagi Ateh nya pun mencari la resepi yang sesuai..Raya posa aritu ternampak Ayu Citarasa Rinduan dan Kak Yatie ada buat cornflakes ranggup nie..ambik la resepi daripada blog dorang..
 bskut raya
Resepi : Biskut Cornflakes Ranggup
Sumber : Kak Yatie Sinar Kehidupanku

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri-ayak dulu
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15-20 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA

psst: boleh plak kakakecik makan biskut cornflakes nie..sebelum2 nie memang susah benar nak telan cornflakes. Alhamdulillah dapat jugak merasa nikmat makan cornflakes hehe




4 comments:

  1. awat kita x bjiran xtau...klau x leh tumpang mkn...hihihi

    ReplyDelete
  2. sis.. tiada perkataan 'ranggup' dalam kamus dewan

    ReplyDelete
  3. @Z@i Z@mR33 eh eh orang dalam pantang mana leh makan lagi biskut nie hehe

    ReplyDelete
  4. @Anonymous oh ye ke..habis tu apa perkataan yang sesuai dengan nya erk..

    thanks bgtau

    ReplyDelete