Thursday, November 21, 2013

Jom Memasak : Roti Puri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 roti puri 

Semalam dan hari ni…redup nyaman je cuaca di kawasan kakakecik..semalam hujan sepanjang hari membasahi bumi…manja2 je turun nya…kalau hujan2 nie makan roti cicah kari sedap jugak kan..Kakakecik teringat gulai ayam yang mak buat tu masih ada..elok lagi tak basi…apa lagi google la resepi roti puri…kakakecik dapat 2-3 resepi yang berlainan..tapi kakakecik cuba resepi yang dikongsi di MyResepi…

 

Kalau dulu setiap kali bulan posa..bila buka posa ramai2 belah family ayah..Mak Teh Ah akan buat..sekilo tepung..berebut2 kadang kala tak cukup…Itu dulu je la..sekarang tak de lagi buka posa ramai2 gitu..Pastu kalau pergi Perlis..sure g makan di gerai depan Taman Guru Kangar..taman selepas TNB kat roundabout tu…Nie dah dapat resepi cuba la buat sendiri…Alhamdulillah menjadi.

 

RESEPI ROTI PURI

Resepi Asal: Yatiezaini (myR)

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (boleh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air (jika perlu)
  • Minyak utk mengoreng

step roti puri

Cara-cara membuatnya :
  1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar. Kemudian gaul rata.Ketepikan
  2. Satukan garam, gula, minyak masak dan air ke dalam periuk kecil. Panaskan atas api hingga gula hancur.
  3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung (Sedikit demi sedikit) Gaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. Dengan mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti (breadcrumb)
  5. Jika perlu, tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tangan dan menjadi doh
  6. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembabkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30min.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
  7. Pastu boleh la dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil. Agak2 la saiz tu berapa ya.
  8. Canai doh seperti canai doh kuih karipap. Canai hingga habes doh dahulu.Barulah start menggoreng.
  9. Siap utk digoreng.....goreng sebijik sebijik ok...Gorengan dimulakan dengan doh yang pertama dicanai. Barulah roti sempat mengembang sementara menunggu turn untuk digoreng.

 

****Tips utk menggoreng :
Gunakan api yg kecil / sederhana, orang cakap kena pandai main api..kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mengelembong / naik kembong
Semasa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

 

psst : kalau di pasir salak katanya panggil tepung tempek…tapi roti puri nie sama je kan dengan roti arab

7 comments:

  1. baru je last week buat roti macam ni.. dapat resepi roti arab dari makcik husband.. tapi kan.. saya tak berapa suka sbb rotinya macam serap minyak.. tengok roti yang awak buat ni macam tak pulak..

    ReplyDelete
  2. kak shida dapat berapa bijik roti ni kalau guna 2 cawan tepung gandum?

    kalau simpan daam esbox pastu goreng esok esok boleh ke? macehh hihi

    ReplyDelete
  3. kira panggil roti arab. mama rajin la buat

    ReplyDelete