Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hampir 3 minggu kakakecik menikmati laksa beras Kak Chah di Kuala Perlis baru hari nie kesempatan untuk kongsi dengan semua. Sebenarnya selepas balik dari Family Trip di Langkawi, Abang Din tanya nak makan tak..mesti la nak makan kan..jom kita makan laksa beras kuala perlis..masa nie kalau tak silap kakakecik macam tarik muka skit sebab macam x sedap je laksa beras ni…Tapi bila dah makan..sampai la masih terasa2 keenakan laksanya..Kalau dulu orang pelawa makan laksa beras memang kakakecik reject..tolak tepi mangkuk laksa tu..tak mau..Tapi bila makan laksa beras Kak Chah nie..ya Allah sedap nya…habis licin kakakecik makan(tak pernah makan laksa sampai tinggal mangkuk sudu n garfu), tak padan dengan dok tak ralat nak demam tu..rasa macam nak tapau jugak bawak balik tapi tak boleh ikut nafsu makan sangat nanti merana badan..
Lokasi laksa beras Kak Chah ni di kawasan perumahan Taman Bukit Kubu Kuala Perlis, area rumah kedai tu..dekat saja dengan UNIMAP dan IKBN Kuala Perlis..senang cite tengok la map yang kakakecik share..Ini dari Changloon..
Kalau dari Jetty Kuala Perlis tu ambik je jalan yang lalu depa Shell dan Medan Selera Kuala Perlis tu..memang akan lalu depan jalan taman bukit kubu..kalau tatau jugak handphone masing2 dah canggih ada je aplikasi bagai..set je location nie..nanti dia bawak..hehe..landmark nya ikbn kuala perlis..tak pun unimap bukit kubu.
Okey kalau dah jumpa signboard nie kat kedai tu memang betul la tu..atas kedai nie pusat tuisyen..
Harga untuk semangkuk kakakecik tak pasti sebab aritu abang din ke abang mie ntah yang bayar tapi kami makan 8 mangkuk laksa, pulut udang (pulut panggang), air, sardine puff tak sampai RM50.00 pun..mungkin semangkuk tu RM3.00 –3.50 je..sebab baru2 nie Abang Din tempah untuk kenduri kawen Adam,sekilo baru RM8.00..berbaloi kan..so mungkinkah laksa kak chah akan menjadi salah satu menunya..hehehe
psst : laksa beras kak chah nie memang sedap..lebih sedap dari laksa kak su yang pemes tu..tak percaya ampa p try dua-dua dan bandingkan..hehe…apa pun laksa kak chah kena dengan selera tekak cheq kalau tak kan habis licin kan.masa kenduri Adam, sabtu lepas pun x makan nasi makan laksa kak chah je..
rasa macam kira pernah makan kat kedai nie. tak ingat. tapi laksa yang makan kat kdai tue memang sedap.
ReplyDeletetapi kena puasa makan laksa lepas bersalin huuuu