Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat dan adik yang kakakecik kenal di dunia blog ini telah melangkah ke hadapan sebagai suami isteri. Alhamdulillah Sunah dan Ady Soleh telah disatukan pada hari penuh keberkatan, Jumaat 13Disember 2013 di Kampung Baru, Bintulu.. Tepat jam 2.55petang, Siti Hasunah bt Mohammad sah menjadi isteri kepada Mohd Soleh b. Ahmad dengan sekali lafaz…Kakakecik menjadi saksi majlis pernikahan mereka berdua.. ye la pagi jumaat tu, kakakecik dan rakan2 blogger lain dah sampai di Bintulu…Pertama kali kot ke sana..Selamat pun kami sampai walau berbagai rintangan yang terpaksa tempuhi (apa tu, tunggu next entry).
Selesai sudah majlis akad nikah, kakakecik dan rerakan lain ke Kidurong tempat inapan kami selama di sana…Rehat2 kan badan dan malam nya kakakecik, Iffah, Finaz dan Norfa ke rumah Sunah kembali untuk tolong apa yang patut…pada malam tu juga ada majlis bergendang, berjoget dan berpantun (spontan) untuk menghiburkan orang kampung / sanak saudara yang bekerja / memasak bagi majlis esok nya.
Esoknya, majlis kenduri kami sampai elok orang dah susun kerusi..hehehe..terlewat kah kami sedangkan waktu kami sampai tu baru pukul 12 tghri…Oooo sana makan awal, pukul 9 pagi dah start majlis nya..tak apa la janji dapat hadirkan diri pun dah memadai..macam biasa la mesti nak bergambar dengan pengantin kan..dalam syok dok bergambar berbagai pose, pengantin paksa kami makan nasi dulu..riso nanti orang kemas habis..hahaha..Sapi masak kicap memang sedap sangat2..rasa mcam nak mintak tapau je…hehe..
Selain, nasi dan lauk pauk yang sedap nie..ada jugak dihidangkan kek..ada kek pandan, kek marble,bingka pandan, dan yang paling istimewa tu kek lapis perigi pink air tangan Puan pengantin sendiri..sedap sangat2…berulang berkeping2 makan nya…
Kepada Sunah dan Ady Soleh, akak sekali lagi ucapkan Tahniah..semoga ikatan yang terbina ini akan kekal bahagia hingga ke jannah..Selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan penuh mawaddah, sakinah warahmah.In Sha Allah..
“Barakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair”
(maksud: Semoga Allah memberkati kalian berdua dan memberkati atas kalian berdua, dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan).
..Amen..
terima kasih atas entry ini Shida.. tak puas rasanya akak melihat gambar pengantin, hihi..
ReplyDeletebuat kedua mempelai.. Barakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair
Alhamdulillah..mekasih akak sudi datang jauh2 ke bintulu..maaf atas segala kekurangan, kekalutan, kekelam-kabutan akak n kawan2 sepanjang kat sana..team yang sentiasa lasti minute sampai airport..hihi..takleh lupa sampai bebila insya'Allah...mekasih sekali lagi~
ReplyDeleteHihi.. ni la kenduri yg dikatekan tu~ walaupun x kenal sape pengantin Bintulu ni~~ tapi nak wish Selamat Pengantin Baru. Saya doakan smoga berbhagia hingga ke syurga~ ^_^ amen~~
ReplyDeleteTAHNIAH BUAT PASANGAN PENGANTIN !!!
ReplyDeleteTahniah buat psgn pengantin...
ReplyDeleteerrr...lawa bunga tgn tu