Friday, January 8, 2016

Cuka Kurma

Assalamualaikum...

Cuka kurma...1st time kakakecik dengar pada tenghari awal Disember 2015 di ruang legar kaunter pendaftaran KK Pendang..Itu pun kes kakakecik nak tukar inhaler..bila borak2 dengan kakak seat sebelah dia syorkan kakakecik amalkan cuka kurma..Katanya dia pun athma teruk tapi bila dia amalkan cuka kurma Alhamdulillah ok...dia minum cuka kurma al narbawi..katanya beli di kuala ketil..jenama lain dia telah cuba tapi tak serasi dengan athma nya..

Tapi dia tidak lah suruh kakakecik beli jenama yang sama, dia suruh cuba yang jenama lain kalau serasi dengan kakakecik Alhamdulillah..

Kebetulan 23hb ari besday tu kakakecik ada pegi Tesco Star Gate..ternampak kiosk pak arab yang turut menjual cuka kurma tapi bukan jenama al narbawi.. tak kisah la janji cuka kurma..label pun bahasa arab.so, try la minum okey..bersin2 buang penyakit la tu...kakakecik beli yang 500ml rm10..nak cuba dulu kan..kalau ok nanti beli yang 1000ml rm18..

Hampir 2 minggu kakakecik tidak endahkan botol cuka kurma tu...bila Dik Ilah balik cuti krismas tu dia bagitau Shahir pun amalkan cuka kurma ni..emmm...tapi awal minggu aritu nekad nak cuba..mana tau serasi kan..2 malam minum tidur lena..bangun tido pagi tu batuk n muntah sampai semput.seharian jugak la,walau semput kakakecik cuba tak nak sedut inhaler..alhamdulillah semput tu lega dengan sendiri..malam2 berikutnya kakakecik amalkan dan syukur sangat tiada lagi athma yang teruk..tinggal setengah botol je lagi..

Erm, mak pun sekarang dah cuba amalkan sebab cuka kurma juga boleh membuang kolestrol,garam n lemak yang berlebihan dalam badan.. cuka kurma ini mempunyai banyak sangat khasiat yang mungkin kita tatau..eh,korang mungkin tau kakakecik je yang tatau..huhuhu bila google baru tau, antara khasiatnya dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan. 

Tak rugi kita amalkan dalam kehidupan seharian.. Untuk info lebih lanjut tentang cuka kurma :

http://impiansihat.blogspot.my/2011/10/fakta-5-khasiat-dan-kelebihan-cuka_09.html?m=1

No comments:

Post a Comment