Assalamualaikum…
Lewat balik kerja pada 11 Ramadhan (hari khamis yang lepas) so shida hanya buat 1 menu ringkas sahaja…yang lain mak yang buat…hanya kami bertiga sahaja berbuka di petang khamis tersebut…shida dengan mak ayah…kak ja anak beranak berbuka di luar…..apa yang pasti hari khamis tu kami makan 2 jenis kuih bergulung..nasi plak dengan 2 jenis gulai….
Hanya popia yang shida sempat buat..itu pun guna inti sambal ikan bilis sahur…kes menghabiskan stok kulit popia
Kuih Paling Alim KETAYAP dan Gulai Ikan Tualang Kering + Terung air tangan mak….
Gulai Ikan Keli + Ubi Keladi pemberian mak ngah (adik ipar mak)
Air : Sirap Limau terpengaruh dengan CMG Adnan Ibrahim
psssssssssst : dak comey si lesung batu ada buat puding buih..ehem ehem skrg dah rajin memasak ye dik….
pandai nye shida buat popia, terliur ;(
ReplyDelete