Sunday, August 14, 2011

Ramadhan 1432 # 12 : Jom Memasak - Kuih Kasui

Assalamualaikum..

Jumaat, 12 Ogos = 12 Ramadhan…CUTI…hari masak-masak untuk shida…

Pukul 1 petang dah start buat nasi daging….mak dari minggu lepas dok teringin nak makan..shida dah dapat 2resepi nasi daging..konon nak guna resepi yang shida dapat la…tapi mak dah beli perencah nasi daging keluaran IMAN…lagi mudah kerja shida….mau plak guna rice cooker..hehhee…dah selesai semua buat nasi daging…shida rehat2 kan diri lepak depan TV…tengok drama TV2..shida ternampak mcm kuih kasui…terus rasa nak buat..sebab shida pun minat kuih tu…sms lydia miza tanya resepi, tetapi alangkah kecewa nya kerana beliau tidak ingat..huhuhu…

Kebetulan kat bengkel mak ada 2-3orang kawan dia datang bincang hal persatuan dorang..so shida main terjah je ”SAPA SINI PANDAI BUAT KUIH KASUI” sekali ada kakak tu malu2 kucing angkat tangan…shida terus mintak resepi..bagi pen dan kertas…sambil dia terang teknik2 nya…

Jom kita semak resepi kakak tu bagi..sama tak dengan resepi korang

BAHAN-BAHAN :

  • 4 cawan air kapur (ambil air setelah kapur terendam di bawah)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan gula merah
  • 8 sudu gula pasir

CARA MEMBUAT :

  1. Tepung gandum, tepung ubi, gula merah dan gula pasir di kisar bersama dengan 3 cawan air kapur
  2. Tapis bahan-bahan yang dikisar
  3. Campurkan bahan kisar dan 1 cawan air kapur (baki 1 cawan tadi)
  4. Masak di atas api perlahan..kacau sehingga kental (separuh masak)
  5. Sediakan periuk kukus dan bekas loyang….masuk kan adunan yang separuh masuk..Kukus selama 20 minit
  6. Biarkan sejuk…sadurkan potongan kuih kasui dengan kelapa parut

Jadi ke tak shida buat..jom kita tengok gambar nya…..

kasuiAlhamdulillah kuih kasui yang pertama kali shida buat menjadi…tak lupa shida bagi dekat sepiring dekat tok cik (sebab pinjam bekas loyang nya) dan sepiring jugak untuk mak ngah (balas bekas mak ngah bagi laksa)

 

nasi dging

gulai daging

Nasi daging sedap makan bersama air asam dan kari daging + kentang…nyum nyum nyum..tapi shida jugak makan bersama ayam goreng tepung….errrrrrrrrrrrrm daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap

 

 

 

pssssst : kantoi kepada adik2 kbu yang shida baru je belajar buat kuih kasui…shida buat jugak utk dorang bagi majlis buka puasa kbu di kuala perlis semalam

2 comments:

  1. mekasih kasi resepi..memang nak wat lama da..tp tak reti..aiyakk =p

    waa lama tak makan nasi daging! huishh sume teringin aih..kahkahkah

    ReplyDelete