Tart Gulung berintikan jem nenas yang dibuat sendiri sememang adalah biskut terakhir yang akan di buat menjelang raya…tart gulung ini shida belajar dari seorang mak sedara kawan baik masa study dulu..Mak Tie memang buat tart gulung untuk dijual..seingat ingatan shida 2 tahun berturut-turut, setiap kali ramadhan shida dan kawan baik (G) akan pergi ke seremban…pergi berpuasa di rumah Mak Tie..tetapi sebenarnya dan secara tidak langsung tolong mak tie buat tart gulung…upah yang kami dapat sorang 1 tupperware tart gulung dan biskut mazola…sambil tolong tu usha usha la cara mak tie membuat tart gulung…dari membuat jem hingga membuat adunan…alhamdulillah..sekarang dah hampir 10 tahun tart gulung mengikut resepi Mak Tie menjadi antara BISKUT WAJIB di rumah shida…tetapi kerja-kerja menekan adunan menggunakan acuan samprit hanya KAK JA dan DIK ILAH sahaja..shida letak jem dan gulung n bakar…
BAHAN-BAHAN :
500 gm butter
1 bekas blender kering gula halus
1 kg tepung gandum
6 sudu minyak mazola
1 sudu esen vanilla
1 biji telur
Jem Nenas
CARA-CARA MEMBUATNYA :
- Pukul butter dan gula (jangan sampai terlalu kembang)
- Masukkan telur, minyak mazola dan esen vanilla
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan
- Terap adunan menggunakan acuan samprit dan letak jem nenas..gulung dengan teliti.
- Bakar dengan suhu 150C
** SHIDA TAK SAPU TELUR DI ATAS PERMUKAAN NYA..
UPDATE…..memandang Lydia Miza menanyakan tentang inti nya….sebenarnya jem nenas tu shida buat sendiri…shida selalu guna buah nenas yang separuh masak kekuning…shida akan kupas kulit (eh eh mak yang kupas ) dan buang dia punya bulu hidung tu…shida akan potong memanjang dan potong seperti nak buat rojak(tidak senipis buat rojak la tebal dlm 2 inci) shida akan blender buah nenas dengan memasukkan air (setengah daripada bekas blender basah). Blender sehingga hancur dan masukkan sebahagian daripadanya dlm kuali dan sebahagian lagi untuk baki nenas seterusnya…masukkan nenas yang telah dipotong di dalam bekas blender yang masih berbaki nenas yang dikisar sebelum ini..ulangi sehingga nenas habis..shida jugak kisar 2 potong betik masak untuk dimasukkan bersama-sama nenas yang telah dikisar tadi.
Biarkan nenas masak di atas api perlahan dan bila agak kering masukkan sedikit gula batu. Gula kasar mengikut kesesuaian..bergantung kepada citarasa masing-masing..selalu shida buat utk 2 biji nenas yang sederhana dekat2 1/2kg gula…
sedapnyer...tgk pun dah tau sedap dan mengikut piawaian tekakku..huhu.mana resepi jem dia shida?tapis takair nenas tu?lupa lah..huhu
ReplyDelete@Lydia Miza(Aidyl Azim)
ReplyDeleteok shida dah update,shida x tapis air nya...
aima muslimah optimis pun datang rumah kali ke2 mencari2 tart nenas nie
huhuhuhu... tak penah cuba lagi buah tat nanas ni kat umah seumoq hidup kan... pasni boleh cuba lah
ReplyDelete