Sunday, October 23, 2011

Bunuh Diri…Oh TIDAK!!!!

Assalamualaikum……selamat berhujung minggu…

Siapa di antara pembaca pernah melalui pengalaman / terlihat orang bunuh diri…Bunuh diri adalah tindakan seseorang melakukan sesuatu ke atas dirinya sendiri dengan tujuan untuk menamatkan hayat atau perbuatan memusnahkan diri, biasanya kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani.

Bunuh diri hukumnya HARAM dan BERDOSA BESAR bagi sesiapa yang melakukannya.

"Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh, Allah Maha Penyayang kepadamu. Dan sesiapa berbuat demikian dengan.cara melanggar hukum dan zalim, akan Kami masukkan dia ke dalam neraka. Yang demikian itu mudah bagi Allah. Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang mengerjakannya, niscaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)” Surah An-Nisaa ayat 29-31

Jika korang tengok gambar shida kat bawah nie…agak2 boleh dikategorikan sebagai CUBAAN MEMBUNUH DIIRI TAK????

 

aku

Walaupun kesan yang bertanda itu nampak je sikit sahaja kesan dan tidak menyakitkan pun….tapi yang agak menakutkan dia betul2 dia urat penting nyawa kita….

Eh eh bukan niat di hati kecil shida nie nak bunuh diri ye…..mintak simpang la….sebenarnya masa shida dok buat decoupage semalam shida terkena penjuru kayu frame yang diberikan oleh tukang frame sebagai contoh….shida tak sangka plak tajam dan boleh terguris mcm nie sekali….ish ish kalau la shida tak sedar masa terkena tu mau menjerit “MAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK” terkejut plak mak shida…..

moral of story : berhati-hati ketika wat kerja….

p/s :Bunuh Diri bukan la cara penyelesaian yang terakhir sekiranya kita mempunyai masalah yang tidak mampu ditanggung…sebaliknya bagi mendapatkan semula kedamaian beristigfarlah kepada Allah, sempurnakan sembahyang kita, lakukan suruhan dan meninggalkan larangan. Ketahuilah dengan sembahyang itu hati akan menjadi tenang.

1 comment:

  1. bunuh diri?? err takutnye..btw lain kali buat kerja hati2 ye.. :)

    ReplyDelete